Memiliki keluarga bahagia impian setiap pasangan berumah tangga. Dalam keluarga, pelindung yang baik perlu ada bagi seorang suami.
Suami atau bapa bukan sekadar menyara keluarga dan berperanan melindungi isteri, malah bapa jugalah memberi kebahagiaan dan kedamaian keluarga.
Apabila isteri bahagia kerana suaminya bertanggungjawab, dia akan menjadi ibu yang baik kepada zuriat dan hasilnya anak akan membesar dengan kasih sayang, tunjuk ajar serta b berjaya dunia akhirat.
Gambar Hiasan
Melalui apa yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol, besar tanggungjawab suami melindungi isteri. Sekali isteri terasa, parut itu mungkin akan kekal diingati sampai bila-bila.
Dah jadi suami, jangan sekali naik tangan pada tubuh badan isteri. Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.
Ads
Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga. Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.
Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri. Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.
Ads
Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.
Apabila seorang ibu atau ayah jerit pada anak “hey hey diamlah. Mama/papa tengah pening ni!” Apa yang dicontohkan pada anak itu?
Ketika seorang ibu atau ayah kata pada anaknya “japlah tak leh sabar sikit ke” dengan suara tinggi, apa yang sedang diajar pada anak itu?
Di saat seorang ayah atau ibu berkata “dah berbuih dah mulut ummi/abah cakap. Tak dengar dengar. Degil betul!” Agaknya apakah mesej yang sedang ditanam di subconscious mind si anak.
Ketika kita marah, stres, suhu emosi menggelegak pada anak lakukan 3 perkara:
1. Alihkan kedudukan kita. Kalau sedang duduk, bangunlah. Atau bersandar sebentar.
2. Pandang ke arah lain. Elakkan bertentang mata dengan si anak.
3. Tarik nafas dalam dalam melalui hidung. Hembuskan melalui mulut. Perlahan. Diulang tiga kali.
Setelah selesai baharulah mula bercakap dengan anak. Pasti ada perubahan. Nada suara lebih lembut dan tenang.
Boleh cuba. Boleh amalkan. Sila rasai sendiri perbezaannya.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bilangan anak semakin bertambah, lagi bertambahlah kos perbelanjaan keluarga. Dan sudah semestinya ada waktunya mak ayah berdepan dengan masalah tidak cukup duit untuk berbelanja dihujung bulan.
Mengamalkan perbelanjaan berkhemah dan konsep tabungan sebenarnya amat membantu mak ayah menguruskan perbelanjaan anak-anak dan keluarga.
Konsep mudah yang boleh dikongsikan adalah dengan cara ‘sorok duit’ atau ‘duit selit-selit’ yang sebenarnya boleh membantu kita di hujung bulan.
Menerusi perkongsian perunding kewangan Azizul Azli Ahmad, ini caranya ‘sorok’ duit, supaya hujung bulan tidak sesak hingga kena ikat perut menunggu gaji.
Ini caranya. Mungkin wang yang diselitkan ini boleh bantu anda sekiranya berlakunya kecemasan. Inilah perkongsian tentang enam tempat yang paling bagus untuk simpan duit sebelum gaji masuk.
1. Celahan dompet
Simpan amaun yang anda selalu gunakan di antara bahagian dompet yang paling mudah. Selitkan RM20 atau RM50 di celahan dompet yang anda rasa susah untuk keluarkan.
Jumlah yang anda selitkan itu ikutlah diri masing-masing. Jadi, apabila sedar duit sudah habis, masih ada beberapa wang kertas tersembunyi di celah bahagian dompet kita.
2. Laci pejabat
Sediakan sebuah tabung khusus di dalam pejabat. Anda boleh beli tabung murah di kedai RM2 atau gunakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Ikutilah kreativiti anda, hiaslah ikut suka.
Asalkan tabung itu boleh memberi anda motivasi untuk menyimpan. Tapi, jangan lupa untuk pastikan tabung anda tersembunyi dan berkunci di laci pejabat.
3. Dalam komponen kereta
Di dalam kereta, ada beberapa komponen kenderaan yang agak tersembunyi. Setiap kereta mempunyai rekabentuk yang berbeza.
Cuba teliti celah-celah kecil yang anda boleh selitkan duit ‘kecemasan’ di situ. Tetapi pastikan duit tersebut juga boleh dikeluarkan, jangan nanti tersumbat di dalam komponen kereta tersebut.
Satu tip untuk anda, pastikan anda tidak lupa, jika tidak, akan disedut oleh tukang cuci kenderaan apabila waktu ‘vacuum’ bermula.
4. Belakang ‘casing handphone’
Ramai yang amalkan teknik ini. Sebab mungkin kita akan lupa membawa dompet, tetapi telefon jarang akan lupa. Setuju atau tidak?
Biasanya, mereka akan meletakkan duit RM10 sehingga RM50 dalam ‘casing handphone’, terpulanglah pada diri masing-masing.
Terdapat juga banyak rekabentuk ‘casing’ handphone’ yang ada ruang untuk letakkan duit. Biasanya ia dipanggil ‘phone wallet’.
Ada banyak pilihan yang cantik dan murah di pasaran. Cuma pastikan duit anda tersembunyi dan tidak menarik perhatian orang lain.
5. Pemegang kad nama (name tag holder)
Teknik ini biasa digunakan juga sebab ramai yang simpan duit di dalam pemegang kad nama mereka waktu bekerja di pejabat.
Sama dengan ‘casing handphone’, simpanan ini juga boleh selamatkan anda bila anda keluar makan tengahari ketika di pejabat.
Atau belilah ‘lanyard’ untuk gantungkan pemegang kad nama di leher anda untuk mudahkan anda apabila keluar nanti.
6. Simpan dengan pasangan anda
Pastikan pasangan anda boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit anda. Paling-paling simpan dengan ibu. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu berikan duit kepada orang lain untuk simpankan?
Sebabnya adalah mungkin anda akan rasa segan untuk minta balik duit tersebut. Jadi, lama-lama duit tersebut akan terkumpul.
Kesimpulannya, ia terpulanglah di mana anda suka selitkan duit kecemasan ini.
Selepas sudah simpan, apabila telah gunakan wang tersebut, jangan lupa untuk isi semula duit itu.
Pilihlah tempat strategik yang anda rasa tidak akan hilang dengan mudah. Tetapi jangan sampai orang tahu simpanan kita berapa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan untuk ahli keluarga sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan. Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.
Jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonenal yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak berkenaan telah bertukar warna menjadi perang kehitaman, minyak berkenaan perlu dibuang.
Minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, dan kuih-muih. Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang.