Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak mereka untuk membesar dengan sihat dan sempurna. Antara aspek yang paling penting untuk merealisasikan hasrat ini adalah pemakanan anak-anak. Namun begitu, ia juga merupakan aspek yang agak sukar untuk dilaksanakan dengan baik kerana kebanyakan ibu biasa sering melakukan kesilapan ketika waktu makan bersama anak. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenai kesilapan-kesilapan tersebut.
Menetapkan peraturan terhadap anak ketika makan
Kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menetapkan peraturan ketika makan. Sebagai contoh, anak-anak perlu menghabiskan sajian utama terlebih dahulu sebelum dapat makan manisan yang diingini mereka. Kanak-kanak sebenarnya mempunyai kebolehan semula jadi yang tersendiri untuk menentukan kadar pengambilan makanan mereka yang sepatutnya tanpa perlu ditetapkan oleh ibu bapa. Perkara seperti ini sebenarnya hanya akan mengurangkan keyakinan diri kanak-kanak terhadap gaya pemakanan mereka lalu mengakibatkan mereka tidak lagi mahu makan bersama anda.
Seharusnya, ibu bapa perlu membiarkan sahaja dahulu mereka makan sebanyak atau sedikit manapun makanan mereka dan berikan juga manisan yang mereka kehendaki. Cuma, nasihatkan anak anda pada waktu yang lain akan keburukan membazir atau makan terlalu banyak. Paling penting, pastikan anak anda selalu berasa gembira sepanjang waktu makan bersama anda.
Memaksa anak makan makanan yang mereka tidak suka
Ads
Selain menetapkan peraturan, perbuatan memaksa anak makan makanan yang mereka tidak suka juga adalah kesilapan yang sangat perlu dielakkan. Antara makanan yang kebanyakannya tidak disukai oleh kanak-kanak adalah sayur-sayuran. Malangnya, sayur-sayuran adalah makanan yang paling penting dan bernutrisi untuk tumbesaran kanak-kanak. Jadi, apakah yang boleh dilakukan?
Ibu bapa seharusnya menggunakan diri sendiri sebagai contoh. Jika anda sendiri memilih makanan, tidak mustahil anak anda juga akan mengikut karenah anda. Selain itu, anda juga boleh lakukan sedikit trik dengan mencampurkan sayur-sayuran yang dipotong-potong kecil dan campurkan ia ke dalam sajian utama anak anda.
Tiada struktur yang betul
Ads
Hampir kesemua kanak-kanak mempunyai perangai yang sama dalam hal pemakanan iaitu mereka akan makan ikut kemahuan mereka sendiri. Ini bermakna tiada waktu spesifik untuk mereka makan. Sebagai contoh, mereka cenderung untuk makan sajian utama atau snek pada bila-bila masa tanpa struktur yang tetap. Ini adalah tidak wajar kerana snek hanya perlu dimakan untuk mengisi perut pada waktu senggang antara satu waktu makan dengan satu waktu yang lain.
Ibu bapa seharusnya membentuk satu struktur makan yang lebih tetap dan teratur. Aturkan waktu sajian utama dengan snek pada waktu yang spesifik setiap hari bagi membiasakan diri mereka dengan keadaan ini. Namun begitu, jangan pula anda terlalu tegas dengan mereka dan mula mengabaikan mereka meskipun mereka mengadu lapar semata-mata hanya mahu mengikut struktur makan yang ditetapkan.
Tiada pilihan makanan yang pelbagai
Ads
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anak anda tidak mahu makan masakan anda? Kejadian ini kemudiannya akan mengakibatkan kemarahan dan pertelingkahan antara anda dan anak anda. Ini sebenarnya tidak sepatutnya terjadi dan perlu diubah dengan segera. Apakah yang perlu dilakukan untuk memperbetulkan keadaan ini?
Sebenarnya, ia adalah agak mudah. Apa yang ibu bapa perlu lakukan adalah menyediakan pilihan menu yang pelbagai dengan kesemua pilihan tersebut mengandungi nutrisi dan khasiat yang tinggi. Kemudian, biar anak anda sendiri yang memilih makanan mereka. Dengan ini, tidak akan berlaku lagi sebarang ketidakharmonian semasa makan bersama anak-anak anda.
Aktiviti makan bersama keluarga sebenarnya adalah satu aktiviti kekeluargaan yang perlu dilakukan dengan perasaan yang seronok dan gembira. Sebagai ibu bapa, anda perlu untuk menjadikan ritual makan bersama anak-anak sebagai satu kebiasaan bagi membiasakan mereka dengannya. Paling penting, sentiasa kawal perasaan anda ketika di meja makan agar suasana makan bersama keluarga sentiasa aman dan harmoni.
Tak susah pun nak cipta bonding dengan anak tanpa keluarkan modal yang banyak. Memasak di dapur antara salah satu aktiviti yang paling kuat bonding selain cukup disukai anak-anak kita.
Susah nak memasak makanan berat, biskut atau snek ringkas antara makanan paling senang dan cukup disukai kanak-kanak. Nak buatnya pun senang je. Anak-anak pun boleh ‘hand on’ sekali ketika menerap kuih. Samperit Susu Paddle Pop ini pasti buat anak-anak gembira.
Selain manis dan sedap, penggunaan warna-warnanya yang pelbagai ni confirm buat anak-anak tertarik. Tak percaya? Jom buat resipi ni. Perkongsian ibu muda, Zai Seroy Asyraf di facebooknya ini wajar kita tiru. Kotor sikit tak apa asalkan bonding dengan anak berkualiti.
Menariknya, ibu muda ini hanya guna empat bahan sahaja untuk buat samperit khas untuk anak-anak ini. Menarik dan paling penting samperit paddle popnya menjadi kesukaan anak-anak.
Jom kita cuba.
Samperit Susu Paddle Pop
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm tepung ubi
1/2 tin susu manis
450gm tepung jagung
Pewarna merah jambu, biru dan kuning.
Cara-cara:
1. Campurkan mentega dengan susu manis. Gaulkan rata tetapi jangan terlalu lama.
2. Masukkan tepung ubi bersama tepung jagung dan uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan adunan kepada tiga warna dengan warna pink (strawberi), kuning (vanila) dan biru (keladi). Gentelkan menjadi kecil dan buat sampai habis adunan.
4. Ambil sedikit setiap warna dan gabungkan menjadi satu. Bila da siap cantumkan senang la nak masukkn dalam acuan…
5. Masukkan ke dalam acuan samperit dan paipkan di atas dulang yang telah disapu dengan mentega.
6. Letakkan coklat cip di bahagian tengah.
7. Bakar selama 13 minit dengan suhu 170 C, panas atas dan bawah. Pastikan letak loyang di rak paling bawah supaya tak hangus atasnya.. 😉
8. Angkat dan sejukkan.
Kredit: Zai Seroy Asyraf.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pulut kuning sememangnya menjadi juadah pilihan pada hari raya. Rasanya yang berlemak dimakan pula dengan rendang daging, rendang ayam ataupun sambal bilis memang kombinasi yang sangat sedap.
Namun juadah pulut kuning kini bukan hanya dihidang pada hari raya sahaja, hari biasa juga menjadi hidangan pilihan ramai. Pun begitu, pulut kuning sebenarnya cepat basi kerana bahan pembuatan terdiri daripada santan. Bagi yang inginkan pulut kuning bertahan lama, boleh ikuti resipi ini.
RESEPI PULUT KUNING
Fav saya musim raya ni buat pulut kuning dengan rendang dan sambal ikan bilis. Honestly pulut ni saya dah biasa buat..so saya just main campak-campak je. Anyway saya bagi juga resepi..anggaran saya agak-agak ye. Selamat mencuba.
Bahan-bahan: 1 kg beras pulut 2 1/2 cawan santan pekat (saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan) 2 keping asam gelugur 1 sdb serbuk kunyit 1/2 sdb gula Dalam 2 sdt garam (agak-agak..uolls rasa la) 1 helai daun pandan Daun pisang utk alas pengukus
Cara penyediaan: 1. Cuci beras pulut. Rendam dalam air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata-ratakan beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurangkurangnya tiga jam.
2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dalam kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.
3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dalam loyang..simpulkan daun pandan letak dalam beras. Kukus selama 20 minit.
4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JANGAN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UNTUK KALI KE2.
5. Campurkan gula dan garam dalam santan..panaskan seketika atas dapur. Jangan sampi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama tak basi cepat.
6. Gaulkan santan tadi dengan pulut..gaul sedikit demi sedikit sampai semua santan sebati dengan pulut. Biarkan ia rehat dalam 10 minit.
7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit…SIAP.
Budak perempuan 7 tahun jatuh kondominium tingkat 29 di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.