“Saya beli suplemen sebab anak tak cukup makan dari sumber real foods. Saya bagi anak suplemen nak naikkan selera makan. Saya bagi anak suplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana…’
Ada ke mommies tergolong dalam kumpulan di atas? Jika ada, ibu patut dengar penjelasan dari Dietitian, Nur Hafizah Sobri.
JANGAN BELI SUPLEMEN UNTUK ANAK JIKA TUJUAN UNTUK NAK NAIK BERAT BADAN
Selepas tanya pendapat mommies di media sosial masih ramai yang salah anggap fungsi suplemen dan menyalahgunakan suplemen tersebut untuk anak-anak.
Berikut fakta suplemen:
Suplemen yang dijual di farmasi yang SAH mengandungi MICRONUTRIENT seperti zat dan vitamin
Tujuannya untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu sepeti
1. Sakit (demam, selsema, iron deficeincy anemia etc)
2. Penyakit tertentu yang memerlukan zat tersebut dalam kuantiti yang lebih contoh kanser etc
3. Tidak boleh makan untuk memenuhi keperluan secara mencukupi contoh koma
TAPI SUPLEMEN
1. TIDAK BOLEH Naikkan berat badan anak.
Supplemen mengandungi MICRONUTRIENT yang tiada kalori. Yang menaikkan berat badan adalah kalori yang datang dari gabungan karbohidrat, lemak dan protein. Kalau ambil suplemen untuk tujuan naikkan berat tiada gunanya….
Ads
2. TIDAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK tanpa real foods
Anda sentiasa fokus untuk ambil vitamin C nak kuatkan imuniti tapi lupa vitamin C fungsinya apa. Ia MENYOKONG sistem imuniti tapi bukan pertahanan utama
Nak bagi immune sistem kuat bukan saja Vitamin C tapi perlu antioksidan lain seperti Vitamin a dan E, perlu sumber Protein yang merupakan building blocks utama kulit, tisu,darah dan macam macam lagi.
Anda ambil vitamin C tapi masih tak amalkan diet yang sihat dan seimbang vitamin C tu takkan fungsi dengan baik
3. BUKAN UNTUK ANAK PANDAI
DHA banyak dalam bentuk suplemen sekarang dan YES banyak kajian menunjukkan DHA mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak.
Ads
Tapi yang utama datang dari stimulus kepada otak bukan DHA sahaja.
Stimulus datang dalam bentuk
– komunikasi
– hands in bermain
– problem solving (menyelesaikan masalah)
– main di luar
– bertanya
Anak anda makan DHA setiap hari tapi stimulus hanya datang dari gadget. Sukar untuk meningkatkan kecerdasan otak anak nanti. Mak ayah pun tengok fon je…mana datang stimulus komunikasi…
4. TIDAK CUKUP UNTUK NAIK SELERA MAKAN
Lysine antara zat yang dikatakan boleh naikkan selera makan. Tetapi mengikut carian kajian saya (boleh juga jika ada yang jumpa) tiada kajian terhadap keberkesanan lysine untuk meningkatkan selera makan dalam manusia. Yang ada hanya dalam haiwan…
Anak-anak akan berselera jika mereka
– makan on time
– aktif dan menggunakan tenaga yang diambil dari waktu makan sebelumnya
– menu yang balanced
Maka zat ini masih belum dibuktikan berkesan sebagai appetite stimulant dalam manusia atau kanak kanak. SEMUA YANG ADA DALAM SUPLEMEN ada dalam real foods. Galakkan anak makan real foods…
Ads
Antara tipsnya:
1. Jangan paksa anak untuk asyik makan menu yang sama..asyik nasi nasi nasi….kalau anak nak makan pasta silakan, tapi buatla jadi balanced
2. Sentiasa ada buah standby
3. Sentiasa ada air masak dalam botol standby
4. Jauhkan/sorokkan/simpan/jangan beli sumber yang tak sihat macam jajan, coklat, gula gula..OUT OF SIGHT OUT OF MIND
5. Galakkan mereka aktif main di luar.
Good luck mommies. Jangan asyik bergantung pada suplemen je tau..
**Kalau nak bawa anak explore dengan aktiviti luar yang menyeronokkan, boleh kunjungi Farm In The City (Petting Zoo Pilihan Pa&Ma)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sebentar tadi kita dikejutkan dengan pemergian wanita yang berusia 25 tahun, mangsa keracunan puding buih di Terengganu. Berdasarkan siasatan awal, telur tamat tempoh yang digunakan untuk membuat puding buih itu dipercayai menyebabkan punca keracunan.
Sebelum ini, kira-kira 100 individu membabitkan 20 keluarga mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu.
Memilih telur yang baik amat peting untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan. Buat pilihan yang betul agar tidak terbeli telur yang rosak. Begitu juga sebelum memecahkan telur untuk dimasak, anda perlu tahu telur tersebut masih elok atau sudah rosak. Untuk memilih telur yang terbaik, ikut langkah ini.
1. PERIKSA KULIT TELUR
Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Jika masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung.
Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.
2. GONCANG TELUR
Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya.
Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik.
Telur putih yang sudah rosak tidak dapat ‘mengikat’ kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Oleh itu, apabila digoncangkan ia akan berbunyi.
3. RENDAMKAN DALAM AIR
Ketika anda di rumah, tiba-tiba teringin makan telur. Bagaimana anda mahu tahu jika telur itu masih boleh digunakan?
Rendamkan saja. Telur yang masih baik akan terendam, jika sudah seminggu disimpan akan tenggelam dengan posisi sedikit senget.
Telur yang tersimpan lebih kurang 2-3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Sekiranya anda rendam telur dan ia timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak. Namun, jika waktu anda rendamkan telur itu dan ia tenggelam sepenuhnya, bermakna telur itu masih segar dan selamat untuk digunakan.
4. PERHATIKAN KUNING TELUR
Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik.
Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ ketika anda pecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi dah masuk fasa makan pejal? Ini panduan lengkap untuk ibu ayah baru yang mungkin tertanya-tanya bila masa sesuai, jenis makanan yang selamat, dan bagaimana cara memperkenalkan makanan pertama kepada si manja.
Fasa ini memang mendebarkan, lebih-lebih lagi buat ibu ayah yang pertama kali melaluinya. Ia bukan sekadar soal memberi makan, tetapi juga membina asas tabiat pemakanan sihat anak sejak awal. Dengan pengetahuan dan persediaan yang betul, proses ini boleh jadi menyeronokkan untuk ibu ayah dan bayi.
Bila Waktu Sesuai Untuk Bayi Mula Makan Pejal?
Menurut World Health Organization (WHO) dan American Academy of Pediatrics (AAP), bayi biasanya bersedia mencuba makanan pejal sekitar usia 6 bulan. Pada peringkat ini, sistem pencernaan mereka sudah matang untuk menerima makanan selain susu.
Namun, jangan terlalu awal dan jangan pula terlalu lambat. Memperkenalkan makanan pejal sebelum waktunya boleh membebankan perut si kecil, manakala jika ditunda sehingga 8–9 bulan, bayi mungkin jadi cerewet makan.
Tanda bayi bersedia untuk makanan pejal:
Mampu menegakkan kepala dengan baik.
Boleh duduk dengan bantuan.
Menunjukkan minat pada makanan.
Tidak menolak makanan keluar dengan lidah secara automatik.
Susu Masih Sumber Nutrisi Utama
Walaupun bayi sudah mula makan, susu ibu atau formula tetap menjadi sumber nutrisi utama sehingga mereka berusia satu tahun. Makanan pejal pada usia ini hanyalah untuk penerokaan rasa, pembelajaran dan pengalaman baharu. Jadi, jangan risau kalau bayi hanya makan sedikit pada awalnya.
Jenis Makanan Pejal Sesuai Untuk Bayi
Bagi ibu ayah baru, mungkin timbul persoalan: “Makanan apa yang sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas?” Berikut adalah panduan:
Makanan kaya zat besi – Bijirin bayi yang diperkaya zat besi, puri daging ayam, daging lembu, ayam belanda, lentil atau kacang merah yang dilecek.
Buah-buahan & sayur-sayuran – Pisang, avokado, puri keledek, lobak merah, labu, epal atau pir yang dikukus dan dikisar.
Makanan alergenik (diperkenalkan secara berhati-hati) – Mentega kacang (dalam kuantiti kecil), telur, ikan salmon, atau yogurt asli. Jika bayi tiada sejarah ekzema atau alahan, makanan ini boleh diperkenalkan awal.
Cara Betul Perkenalkan Makanan Pejal
Mulakan dengan 1–2 sudu kecil sehari.
Sajikan puri atau makanan lembut terlebih dahulu.
Tingkatkan tekstur kepada makanan lebih pekat atau makanan jari lembut bila bayi sudah pandai kunyah.
Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa dan tunggu 2–3 hari sebelum cuba makanan baharu. Ini penting untuk memantau tanda alahan.
Jangan paksa bayi makan. Anggap sesi ini sebagai waktu bermain sambil belajar.
Jadual Pemberian Makanan Ikut Usia
6–7 bulan: 1 hidangan sehari (puri lembut/lecek).
7–8 bulan: 2 hidangan sehari (puri pekat, sedikit makanan jari).
8–9 bulan: 3 hidangan sehari (makanan jari lembut, makanan dikisar kasar).
10–12 bulan: 3 hidangan utama + 1–2 snek (makanan keluarga yang dipotong halus).
Makanan Yang Perlu Dielakkan
Untuk elakkan risiko alahan, tercekik atau bahaya kepada kesihatan bayi, ibu ayah perlu jauhkan makanan berikut:
Madu
Susu lembu segar
Kacang bulat atau keras
Anggur bulat
Epal mentah
Popcorn
Gula-gula keras
Makanan bergula atau bergaram tambahan
Fasa perkenalan makanan pejal adalah perjalanan yang penuh pengalaman indah buat ibu ayah dan si manja. Ingat, setiap bayi berkembang dengan cara berbeza. Yang penting, perkenalkan makanan secara berperingkat, penuh kesabaran dan jadikan ia saat yang menyeronokkan.
Dengan panduan ini, ibu ayah baru boleh lebih yakin memulakan langkah pertama si kecil dalam dunia makanan pejal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak mahu anak bijak. Anak yang bijak harus dirangsang lebih awal penggunaan otaknya. Usaha paling awal boleh dilakukan oleh ibu ketika waktu hamil lagi. Ambil makanan yang baik, fokus untuk pembentukan otak bayi.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, Pakar Otak, ketika awal kandungan lagi, iaitu sebaik tulang belakang terbentuk, pemakanan yang tepat sangat disyorkan untuk ibu hamil.
Pemakanan yang paling tepat pastinya pemilihan makanan yang mengandungi folid asid dan juga vitamin B12 yang sangat membantu pembentukan darah merah. Antara yang dikongsikan oleh Dr Rizal adalah daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi.
Malah kata pakar otak ini juga, tumbuh-tumbuhan juga begitu disarankan kerana sememangnya diyakini sifat semulajadinya yang baik untuk tubuh.
“Antara makanan yang kaya dengan folate adalah seperti sayuran hijau seperti asparagus, brokoli, avokado, kekacang seperti badam, kuaci dan sebagainya.
“Malah avokado juga mempunyai kandungan tersendiri yang baik dari rambut hingga keseluruhan tubuh.
Begitu juga dengan bijian-bijian yang bagus untuk pembentukkan darah merah pada bayi.”
Makanan dengan sumber folate – asparagus, brokoli, kapsikum, bendi,
Makanan dengan sumber Vitamin B12 -lobak merah, telur, mangga, apricot, pic dan sebagainya.
Jangan dilupa pengambilan makanan dengan nutrisi zink yang tinggi kerana ia membantu perkembangan otak bayi.
Antara makanan dengan kandungan zink yang tinggi adalah seperti tembikai, ayam, bayam, badam, dark coklat, ikan salmon begitu juga dengan ikan kembung yang sama khasiatnya dengan ikan salmon.
Ibu hamil juga dinasihatkan makan makanan dengan vitamin C yang tinggi untuk menghasilkan kulit anak dan bayi yang cantik ketika hamil.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.