Kebanyakkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari. Bergantung kepada bayi, ada yang menyusu dengan lebih kerap pada siang hari. Ada juga yang menyusu dengan lebih lama pada waktu malam.
Kebiassaanya bayi menyusu 15-20 minit setiap kali tempoh penyusuan. Ini hanyalah anggaran penyusuan yang biasa dilakukan bayi di awal kelahiran. Corak penyusuan bayi berbeza.
Jika berat badan bayi berada di bawah paras yang sepatutnya, ibu bapa harus menganalisa semula corak pembuangan bayi, kekerapan penyusuan dan pelengkap yang betul bagi memastikan dia mendapat susu secukupnya. Jika kesemuanya baik. Ibu bapa tidak perlu risau.
Ibu bapa boleh mempraktikkan cara-cara berikut bagi meningkatkan kembali berat badannya. Perlu diingatkan bahawa pengambilan makanan yang berlemak oleh ibu tidak akan mempengaruhi berat badan bayi. Ikuti Perkongsian dari pakar Laktasi, Puan Ratzuraini Rahim;
Ads
Menyusu dengan kerap
Menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali sepanjang hari dan pada waktu malam. Pastikan bayi menyusu dengan lebih kerap pada waktu malam kerana pada ketika itu, paras hormone prolactin adalah lebih tinggi dan penghasilan susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak dapat membantu pertambahan berat bayi
Menyusu dengan lebih lama sebelah payu dara
Jangan tukar payu dara dengan segera sebelum bayi mendapatkan hindmilk yang kaya dengan lemak penting untuk tumbesaran bayi. Bagi bayi yang mempunyai masalah kurang berat badan, puan boleh mengepam dahulu susu awal (foremilk) dan disimpan supaya semasa sesi penyusuan, bayi dapat lebih banyak hindmilk.
Ads
Sentuh kulit ke kulit
Banyakkan sentuhan kulit ke kulit apabila menyusukan bayi. Ia dapat menghilangkan stress dan mengeratkan hubungan anda berdua. Sentuhan kulit ke kulit juga dapat membantu meningkatkan berat badan bayi. Gunakan penggendong bayi untuk memudahkan sesi sentuhan kulit ke kulit.
Ads
Tawarkan kedua belah payudara setiap kali sesi penyusuanDalam usaha menambah berat badan bayi, adalah lebih baik jika bayi menyusu dengan lebih lama di kedua-dua belah payudara. Jika dia sudah menyusu pada sebelah payudara dan tidak mahu menyusu lagi, cuba usap bayi dan sendawakan dahulu sebelum cuba untuk menawarkan payudara satu lagi.
Urutan payudara
Urut payudara perlahan-lahan ketika menyusu ia dapat membantu hindmilk yang kaya dengan kalori dikeluarkan dengan lebih efektif. Gunakan sebelah tangan untuk melakukan urutan perlahan-lahan dengan pergerakan ke bawah agar susu mengalir ke ductus dan seterusnya ke puting.
Urutan bayiUrutan bayi secara konsisten setiap hari dapat membantu pertambahan berat badan dan penghadaman bayi.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai suami, walau terasa berat dugaan dan pengalaman yang dilalui apabila saksikan isteri tersayang melalui sakit kontraksi hamppir 30 jam, dia perlu kuat.
Apatah lagi bayi yang dilahirkan langsung tidak menangis dan paru-parunya kecut sebelah akibat banyak tertelan najis hingga tahap kritikal!
Walau terlalu letih dan tak sanggup menyaksikan isteri yang menanggung kesakitan nak lahirkan anak tetapi bapa ini perlu kuat demi dua orang tersayangnya. Baca perkongsian Asyraf Hairstyle Production tentang dugaan yang dilalui sebelum mengecap kemanisan hidup bersama isteri dan anak tersayang.
Aisy lahir tak menangis langsung…
Happy couple anniversary for 8 years my dear.
Bagi yang dah baca cerita pasal pos saya yang lepas. Terima kasih bagi yang cakap status saya tu hanya rekaan semua.
Ni video keadaan semasa isteri saya mengandung dan keadaan semasa nak beranak dan anak saya betul betul tertelan najis sampai paru paru kecut sebelah.
Couple dari form 1 sampai kahwin.
Dalam sedar tak sedar harini 4.3.2018 genap kita bersama selama 8 tahun kan awak. Dari awak form 1 sampai sekarang kita masih bersama.
Ingat tak dulu masa sekolah, nak jumpa pun susah kan? Buat date hanya pada waktu sekolah lepas sekolah masing-masing tak boleh keluar rumah. Nak buat date petang pun bagi alasan kat mak ayah sebab kena pergi latihan kawad kaki.
Tak lama kita bersama, selepas 4 bulan awak di tarik masuk ke asrama dekat selangor. Kena sekolah dekat SKBBST. Maklum la terpilih murid paling cerdik masa UPSR dapat 5A. Masa tu perit saya rasa terpaksa berpisah dengan awak.
Selepas 1 tahun terpisah sedar tak sedar awak buat satu pilihan yg amat mnyayat hati buat saya, awak kembali tukar skolah bersama dengan saya balik. SMKSO DUNGUN. Dan selepas pada tu kita masih lagi bersama.
Bertahun kita lalui detik-detik bersama, bermacam macam masalah dan rintangan kita hadapi bersama.
Genap slepas 6 tahun couple. Jodoh kita masih kuat, 20.6.2016 tarikh kita nikah. Masa tu baru kita boleh jalan jauh sikit kan sayang sebab kita dah halal. Boleh pergi luar dari Dungun dah masa tu, boleh tidur kat lain dah masa tu.
Cukup tarikh 1.2.2017 selepas 8 bulan kita nikah doktor cakap awak dah mngandung. Bertapa gembiranya kita masa tu. Scan tengok baby masih seketul darah. Setiap minggu pergi scan kan sebab tak sabar sabar nak tengok baby.
Muka awak mula sembab dan berat badan awak naik mendadak dari 58kg ke 78kg. Perubahan yang sangat ketara, tetapi saya tetap sayangkan awak, awak sanggup tinggalkan bentuk badan asal awak demi anak kita.
Genap 10 haribulan 9 2017 kita sama-sama cek beby dan doktor cakap awak terpaksa beranak paksa sebab pergerakan baby slow sangat masa tu. Tak cukup 10 kali dalam masa sehari. Tapi masa tu awak berkeras cakap kat doktor yang baby memang tak de ape ape masalah. Awak mintak balik dan nak tunggu tarikh due date beby. Biar keluar secara normal.
Genap tarikh baby sepatutnya keluar, masa tu awak masih tidak rasa perut mengeras atau tanda tanda baby nak keluar lagi. Selepas seminggu tarikh doktor bagi untuk menunggu baby masih tidak keluar dan kita terpaksa serah diri ke hospital HSNZ KUALA TERENGGANU.
Kena Induce 4 Kali
Hari pertama di hospital doktor telah masukkan ubat induce pertama, selepas tu bukaan masih 1cm dan saya buat keptusan kepada doktor mintak untuk czer sahaja sebab. Lepas tu doktor tidak bagi czer dan masukkan ubat kedua dengan ketiga. Sakit contraction awak dah tinggi tapi bukaan tetap masih 1cm. Saya tetap dengan keputusan pergi dekat doktor cakap nak czer sebab bukaan lansung tak bergerak, masa tu awak dah sakit sangat. Doktor masukkan ubat ke 4 dan slepas 3 jam pada tu bukaan masih lagi 1cm.
Contraction awak kuat sangat sampai awak terbaring atas lantai menahan kesakitan. Pukul 12 malam doktor bagi keputusan untuk awak berpuasa sebab terpaksa di czer pada pukul 9 pagi. Tepat pukul 9 pagi masih menahan kesakitan yang teramat sangat doktor datang dan cakap tahan puasa sampai pukul 2 petang.
Masa tu awak dah pucat tak boleh bercakap, walaupun hospital kerajaan tak boleh menunggu lama masa tu saya tetap tunggu walaupun dihalau berkali-kali oleh guard, saya suami dan dia mengandungkan anak saya, takkan saya sanggup tinggalkan dia menahan kesakitan seorang diri sambil menunggu di kedai kopi? Tak, saya tetap tunggu saya tak kisah kalau ape pun terjadi.
Dah pukul 2 masih tak de makluman dari bilik bedah, sampai pukul 5 petang masih menunggu. Doktor cek bukaan masih lagi 1cm dan bilik bedah masih belum panggil. Cukup pukul 7 malam saya dah tak tahan tengok situasi awak macam nyawa dah separuh badan langsung tak boleh bercakap. Saya mula mengamuk dekat kaunter dalam wad, kenapa boleh jadi macam ni, suruh puasa pukul 12 malam janji nak bedah pukul 9 pagi tapi ni dah pukul 8 malam masih tak boleh masuk bilik bedah.
Akhirnya ada doktor turun cakap banyak kes emegency dia kene buat dulu dan yang isteri saya induce 4 ubat bukaan 1cm puasa sehari dan tahan contraction dekat 30 jam tu masih tak boleh buat lagi. Betapa hancurnya lagi hati saya melihat isteri terlantar di atas lantai menahan kesakitan merayu meminta ubat tahan sakit.
Doktor cakap kalau nak bedah kena sambung puasa sehari lagi sebab doktor pakar semua dah nak balik sebab doktor pakar keje sampai petang shaja. Masa tu saya rasa macam nak gila. Sekarang isteri dah nyawa ikan, macam mana nak tunggu esok? Macam menunggu mati. Capai phone terus call hospital SALAM SPECIALIST operator cakap cost pembedahan mungkin dalam 14 ribu. Masa tu duit tidak penting lagi berbanding nyawa anak dan isteri.
Call pukul 8 submit pukul keluar pukul 9. Masa tu satu lagi perkara yang tak boleh saya lupa, nk keluar dari hospital pun ambik masa setengah jam sebab saya terpaksa papah isteri saya, beberapa kali rebah terlantar sebab perut terlalu keras. Jalan 300 meter macam 3kilometer rasa masa tu.
Pukul 10 sampai dekat SALAM. Semua doktor dan petugas laju sambut kedatangan saya. Tak smpai 15 minit submit terus masuk bilik bedah. Masa tu awak dah tak sedarkan diri sebab terlalu sakit. Pukul 11 malam awak selamat lahirkan anak kita MUHAMMAD AISY FIRASH seberat 3.6kg
Azankan Baby Dalam Kotak Oksigen
Azankan anak dari kotak oksigen
Tidak cukup dengan ujian tu. Aisy keluar dalam keadaan tidak menangis langsung.
Doktor pakar kanak-kanak cakap aisy dah tertelan najis dan paru paru sudah kecut sebelah. Dan bernafas dalam kotak oxigen. Masa tu saya rasa macam dah xde ape2. Seorang diri handle semua benda. Doktor cakap kalau terlambat mungkin aisy tak dapat diselamatkan. Cuba fikir balik macam mana kalau tunggu je dekat hsnz untuk beranak esok?
Keluarga semua tidak sampai lagi. Kalau org lain boleh azankan anak sambil pegang.
Tapi saya terpaksa azankan aisy dalam kotak oxigen hanya buka pintu dekat telinga dia sahaja.
Doktor bergegas bawak Aisy ke hospital HSNZ balik untuk buat rawatan. pagi pukul 8 masa tu saya tengah jaga awak berpantang hari pertama di hospital salam. Doktor dari HSNZ call suruh datang cepat sebab anak kritikal sangat kena tandatangan surat jika berlaku apa-apa. Masa tu saya dah lesu, tidak dapat berfikir apa apa lagi. Terus pergi ke hospital dan tandatangan. Tengok Aisy ditebuk.
Selepas 12 hari baby boleh keluar hospital
Alhamdulillah selepas 12 hari Aisy berada di hospital bawah jagaan HSNZ. Aisy kembali pulih dan boleh keluar.
Dan sekrang hari ni 4.3.2018 aisy genap 5 bulan. Setelah menjalani dugaan yang besar, Aisy kini tidak pernah sakit dan membesar dalam keadaan yang sangat-sangat happy.
Kepada sesiapa yang nak tengok gambar baby boleh follow ig wife saya nurrhakimah
Aisy membesar sihat dan ceria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila sebut soal bertangas, ramai ibu-ibu kita dulu-dulu pasti akan galakkan amalan ini selepas bersalin. Katanya untuk mengecutkan rahim, membuang angin dan mempercepatkan luka sembuh. Tapi betul ke semua tu terbukti dari segi perubatan?
Pakar bedah dan saintis perubatan, Dr Amalina Bakri, dalam satu perkongsian di media sosial baru-baru ini membangkitkan persoalan ini:
“Bertangas lepas bersalin, bagus ke tak sebenarnya?”
Antara Tradisi & Ilmu Perubatan
Ramai wanita meyakini bertangas kerana diwarisi turun-temurun sebagai salah satu cara penjagaan diri dalam tempoh berpantang. Namun begitu, Dr Amalina mengajak wanita untuk menilai semula amalan ini dari sudut sains.
“Let’s talk – what’s fact and what’s myth,” kata beliau.
Beliau turut berkongsi sumber rujukan daripada Cleveland Clinic dan Curee Appeal—dua institusi kesihatan yang sering menekankan pentingnya bukti saintifik dalam penjagaan kesihatan wanita.
Apa Kata Sains?
Sains menjelaskan bahawa faraj wanita mempunyai sistem pembersihan semula jadi yang tidak memerlukan bantuan wap panas. Malah, menggunakan wap panas berlebihan boleh menyebabkan iritasi, luka melecur atau gangguan keseimbangan bakteria baik dalam faraj.
Bukan itu sahaja, bertangas jika dilakukan terlalu awal (ketika luka masih belum sembuh) boleh mengundang:
Luka lambat sembuh
Risiko jangkitan bakteria
Radang pelvis
Ketidakseimbangan pH faraj
Dr Amalina: “Hormati Budaya Tapi Jangan Takut Ilmu”
Dr Amalina tidak menolak budaya, namun beliau menyeru para wanita untuk lebih cakna dan berani menilai amalan tradisional menggunakan fakta dan ilmu.
“Your healing, your way. Hormati budaya, tapi jangan takut ilmu,” ujarnya.
Amalan bertangas memang sebahagian daripada warisan, namun apa yang lebih penting adalah keselamatan dan kesihatan ibu selepas bersalin. Tak salah berpantang, tapi biarlah berpada dan berdasarkan ilmu perubatan yang sahih.
Ibu-ibu Pa&Ma, tubuh anda telah berjuang melahirkan insan tersayang. Berilah peluang untuk ia pulih dengan cara yang selamat dan lembut. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengambilan epal antara pilihan snek sihat yang membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari. Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh. Kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan vitamin C.
Menurut laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, mendedahkan sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat. Buah epal menjadi kegemaran golongan kanak-kanak dan juga dewasa. Teksturnya yang ranggup dan manis membuatkan epal tidak jemu untuk dinikmati.
Epal Bagus Untuk Anak-anak Ada Asma
Untuk pengetahuan ibu bapa, dari aspek kesihatan, buah epal ini dapat membantu anak yang ada asma dan beberapa masalah lain lagi.
Melalui perkongsian Dr Mazliana Mazlan, beliau menasihatkan ibu bapa yang ada anak menghidap asma, boleh berikan epal. Buah epal adalah real food terbaik untuk anak.
Cuba banyakkan buah epal untuk anak yang ada asma. Paling kurang sehari sebiji, untuk kurangkan risiko serangan asma jadi lebih teruk.
Paling Kurang Makan Sebiji Sehari
Lagi banyak epal yang anak makan, lagi kurang risiko kekerapan nak dapat serangan asma, insyaAllah.
Dalam epal ada flavonoids. Kandungan inilah yang buat tahap asma anak kita makin baik.
Flavonoids akan mantapkan fungsi paru-paru anak.
Bila ada sesuatu yang trigger asma anak, paru-paru dapat bekerja dengan baik. Maka serangan asma pun akan jarang berlaku, atau tak teruk sangat seperti sebelumnya.
ADA KAJIAN MENYATAKAN IBU MENGANDUNG YANG MENGAMBIL EPAL 4 BIJI SEMINGGU, RISIKO ASMA PADA ANAK YANG DIKANDUNG AKAN BERKURANG LEBIH 37 PERATUS. JADI KALAU ANDA ADA SEJARAH KELUARGA DENGAN MASALAH ALAHAN SEPERTI ASMA, EKZEMA, RESDUNG ATAU PSORIASIS, ADA BAIKNYA JADIKAN EPAL SAHABAT BAIK KETIKA MENGANDUNG.
Dengan izinNya, Insya Allah akan berkurang risiko alahan untuk ‘transfer’ kepada anak. Sama-sama kita cuba banyakkan real food untuk anak-anak ya, lebih kena jaga bila anak ada masalah alahan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.