Selebriti media sosial, Cik Epal berkongsi momen membeli jam tangan berjenama mewah sempena ulang tahun kelahiran suaminya.
Menurutnya, setiap isteri pastinya tak kisah berhabis wang ringgit untuk suami tercinta.
“Ramai je isteri yang tak kisah nak berhabis untuk suami, tapi tak ramai suami yang tahu menghargai.”
“Hadiah ni pon bagi aku tak ternilai dengan harga cinta dan setia dia. Aku tak sempurna, aku banyak kekurangan tapi cara suami aku layan dan hargai aku buatkan hidup aku rasa sempurna. @jofliam seorang suami yang terbaik untuk aku dan ayah yang hebat untuk Han&Yuki.”
Ads
“Aku percaya je, mana-mana perempuan sekali pon, kalau pasangan kita layan kita sepatutnya, kita akan balas berganda dengan apa yang kita terima. Kan?”
“Dunia ni hanya sementara. Hargailah MASA kerana setiap saat yang berlalu tu tak akan berulang kembali.”
Rata-rata golongan isteri bersetuju dengan pendapat Cik Epal dan turut berkongsi pengalaman mereka.
adina_shariati You know CE, I cakap the same thing CE tulis – Hargai MASA kat suami masa anniversary Ogos 2022. I also bagi hadiah jam kat dia. October 2022 dia kena stroke (memory loss). Dan dia tak ingat pun MASA suka duka dia dulu. So betul CE -Hargailah MASA❤️
Ads
sarahusof93 sy dpt blnje suami garmin pun dy happy sgt2 dh. itu pun kumpul berbulan. haha. nk kumpul 50k pun blum tu. ini almost 100k. maigadd . smoga one day aq pun dimurhkn rezki mcm ni. Amin
eva_lovelies yup.thats true..perempuan bila berada bersama lelaki yg tepat dia jadi lebih hebat berganda walaupun pada asalnya dia memang hebat,begitu jugak sebaliknya.tulah kuasa soulmate 😍
Aksesori pam susu sebenarnya ada tempoh hayatnya sendiri. Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini kerana tanggapan kita terhadap pam susu adalah gajet penyusuan yang selagi fizikalnya elok, selagi itulah kita akan pakai.
Kaunselor Laktasi, Nad Masrom berkongsi tentang tempoh hayat plastik dan aksesori pam susu yang perlu kita semua ketahui dan ‘take note’ supaya tidak memberikan kesan buruk kepada bayi. Ikuti perkongsian ini.
TEMPOH HAYAT PLASTIK
Tahu tak ibu-ibu, botol susu dan corong pam yang digunakan ada tempoh hayatnya. Tak boleh guna bertahun-tahun lamanya walaupun fizikal nampak elok sahaja.
Kebanyakan corong pam dan bekas simpanan susu diperbuat dari polimer jenis polypropylene (PP). Perlu patuhi tempoh hayat dan ditukar ikut waktu demi keselamatan bayi. Jika tidak, bahan kimia plastik akan larut dalam susu.
Melainkan jenis termosplastik yang berkualiti dan tahan haba serta UV yang lebih lama seperti tritan, PPSU, PES. Itu pun biasanya dalam tempoh setahun sahaja.
Jika calar, perlu ditukar serta-merta. Kawasan calar boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan lebih mudah bahan plastik terurai dan larut dalam susu.
Kalau jumpa botol atau corong yang bersentuhan dengan susu tapi bila guna steam sterilizer terus melebur, hati-hati. Bahan plastik yang digunakan mungkin tidak selamat untuk bayi kita.
Jika nak menyahkuman, perlu ketahui jenis yang kita nak guna adakah bersesuaian dengan jenis botol atau corong plastik yang kita ada.
Jika menggunakan bekas jenis PP, lebih baik gunakan steam sterilizer. Jika nak gunakan UV sterilizer, jenis PP ni mudah longgar ikatannya selepas 6 hari terdedah dengan cahaya UV. Dan tempoh hayat akan jadi lebih pendek berbanding steam sterilizer.
Jika gunakan UV sterilizer, boleh gunakan bekas plastik yang berkualiti seperti tritan, PPSU atau PES. Kebanyakan jenis plastik ini adalah tahan kepada haba, impak dan UV.
Sebab itu, jika ibu ada peluang menyusukan bayi secara terus, manfaatkan sebaiknya peluang ini. Tak perlu risau terdedah dengan bahaya plastik ini.
Tapi sebagai ibu bekerja (seperti saya), gunakanlah secara berhemah dan tahu tentang tempoh hayat plastik. Walaupun BPA free, ia tidaklah 100% selamat.
Masih lagi ada bahan pengeras lain yang digunakan untuk menggantikan BPA yang dibimbangi kesannya kepada kesihatan anak (antaranya kanser).
Sama-sama kita cakna dan sebarkan tentang ilmu ini kepada ibu-ibu yang tidak tahu.
Pastinya seorang ibu akan membayangkan menyusu anak selama dua tahun ini macam lama je. Namun dalam keadaan tak sedar itu, tiba-tiba kita rasa Ya Allah anak dah boleh berjalan dan berlari pun.
Memang tak dinafikan seorang ibu nak cuba yang terbaik untuk susukan anaknya. Sebab itu dalam Islam sendiri pun Allah dah suruh kita merancang penyusuan untuk anak sebaik dilahirkan ke dunia.
Kewajipan bapa pula memberi makanan dan pakaian pada ibu ikut cara sepatutnya. Bapa kena pastikan kebajikan, keceriaan makan minum isteri yang baik bagi memastikan tempoh penyusuan buat anak berjalan lancar.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dalam Webinar Mama Tak Penat SusukanAnak, beliau menjelaskan sebaik-baik penyusuan susu ibu memang 2 tahun tapi andai kata dah usaha semaksimum mungkin tetapi ibu tak dapat capai target tersebut usah bersedih.
Sebab itu sebenarnya perjalanan penyusuan susu ibu bukan diletakkan di bahu isteri semata-mata. Suami juga harus sepakat dan kena tahu untuk proses yang baik mesti ada ilmu.
Mungkin untuk anak pertama ibu gagal menyusukan sehingga 2 tahun tapi untuk anak seterusnya tak semestinya tak berjaya. Lagi satu apa yang selalu saya dengar dari rakan-rakan saya yang bergelar pakar laktasi, kebanyakan ibu menyusu akan datang apabila ada masalah penyusuan.
Memang betul tapi sebaik-baiknya kena datang masa merancang nak ada anak dan bawa sekali suami. Suami yang baik tolonglah bagi sokongan pada isteri, bawa isteri jumpa pakar.
Bukan apa, jika isteri stres, dukacita, risau, bimbang dan sibuk fokusnya untuk menyusu sehingga anak dua tahun jadi terbantut dan pengeluaran susu juga tak banyak. Lagipun ibu yang menyusukan anak ni antara 8 ke 12 kali sehari dia akan beri susu buat anaknya.
Lagi satu saya nak ingatkan walaupun dah usaha tapi tak dapat juga mungkin ada hikmahnya. Ibu jangan rasa kecewa sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri dan anak.
Boleh minta upah dengan suami
Kongsi Ustazah Isfadiah lagi, isteri yang menyusu anak sebenarnya boleh minta upah dengan suami. Mesti ramai isteri tak terfikir kan tapi hakikatnya memang begitu. Ada ulama yang mengatakan kalau isteri minta, suami kena bagi.
Tapi saya percaya ibu-ibu mesti tak tergamak nak buat begitukan sebab anak sendiri. Biarpun isteri tak minta, suami janganlah lepas tangan pula. Daripada sudut ni suami mesti beri sokongan moral, beri penghargaan, waktu isteri susukan anak tu boleh siapkan apa-apa makanan yang mudah untuk isteri dan sambil menyusu isteri boleh menikmatinya. Ni pun akan beri mood gembira.
Jika ada rezeki lebih tak salah pun nak berikan yang lebih mahal. Apa yang penting suami tak boleh lepas lepas tangan dan mesti ambil tahu. Ayah tetap kena terlibat dalam hal penjagaan anak.
Jangan ‘tidur mati’ kalau anak menangis tengah malam. Suami bangunlah dulu dan angkat anak sebelum bagi isteri susukan. Cuba ringankan isteri dan bila sokongan ini isteri dapat, dia pun akan bersungguh-sungguh
Makanan sunnah milkbooster terbaik
Bila sebut bab pemakanan untuk ibu menyusu, makanan sunnah antara milkbooster terbaik. Makanan sunnah adalah makanan yang diamalkan oleh nabi.
Dalam hal ini Ustazah Isfadiah tekankan ibu yang menyusu jangan lupa minum susu. Susu yang baik adalah susu kambing. Kalau boleh setiap hari sebab ni bagus untuk kalsium dalam badan.
Saya syorkan juga amalkan minum air madu. Satu sudu madu tu campur dengan air suam dan sebaik-baiknya biarlah madu asli.
Buah delima, jus buah delima atau cuka delima pun bagus. Khasiatnya untuk kulit, perkembangan otak dan jantung. Selain itu minyak zaitun, makanan tambahan perlu diamalkan setiap hari. Ini kerana dalam minyak zaitun tu ada asid lemak untuk bantu perkembangan saraf otak ibu dan anak.
Buah tin yang segar lagi bagus jika nak amalkan sebab ada omega 3 dan omega 6. Sekiranya susah nak dapatkan makanan sunnah yang disebutkan tadi, buah kurma paling senang. Boleh jadi snek antara masa menyusu dan sangat kaya dengan protein, gula, serat oleh ibu dan anak.
Selain menyentuh pemakanan sunnah, Ustazah Isfadiah juga turut berkongsi amalan yang yang boleh ibu menyusu amalkan. Antaranya adalah amalkan bacaan surah Al Fatihah bila rasa mood tak elok. InsyaAllah bila baca Al Fatihah hati boleh rasa tenang je.
Surah Al- Fatihah ni sebagai ruqyah dengan perasaan yag tak baik. Lagi satu boleh amalkan surah Al Insyirah.
Paling penting juga yang perlu dibaca tiap kali ibu menyusu sambil tenung muka dan usap kepala anak bacalah Ya Qowiyyu Ya Matin untuk bantu meningkatkan produksi susu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat Angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina yang selamat menyambut kelahiran bayi ketujuh mereka semalam.
Menerusi beberapa perkongsian Dr Sheikh Muszaphar, anak ketujuh mereka yang merupakan seorang bayi lelaki itu dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.98kg.
Sembilan bulan menanti kelahiran anak ketujuhnya, Dr Sheikh Muszaphar dilihat cukup teruja dan bahagia kala bertemu dengan buah hati terbarunya.
Menerusi entri terbarunya, bapa penyayang ini turut berkongsi nama yang cukup indah buat putera mereka.
“Sheikh Muhammad. Nama yang dipilih. Demi cinta pada Nabi kita yang terakhir.
“Tapi anak-anak mahu beberapa nama lain. Noah mahu Ibrahim. Tasha suka Isaac. Adam nak Adam Junior.
“Eusoff & Emelia tak kisah apa-apa nama. Hanya Bella yang setuju dengan nama pilihan ni. Masing-masing ada citarasa yang berbeza.
“Mari panggil dia Sheikh kecil buat masa ini,” kongsinya lagi.
Semalam Dr Sheikh mengumumkan kelahiran bayi comel mereka yang dilahirkan di sebuah hospital di Damansara.
“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat.
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat.
“Terima kasih semua atas doa,” tulisnya dalam hantaran Instagram.
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina turut mempunyai dua pasangan kembar, Adam dan Noah serta Emelia dan Eusoff.