“Syukur Alhamdulillah our baby girl is here.” Tahniah buat Raja Ilya dan suami setelah selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya yang ditunggu-tunggu pada Jumaat, 1 Julai.
Sambil mengucapkan rasa syukur, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad memberitahu pengalaman bersalin yang dilalui buat pertama kali ini begitu bermakna buatnya.
Raja Ilya berkongsi berita gembira itu melalui instagramnya beberapa jam selepas bersalin.
“Syukur Alhamdulillah our baby girl is here , If you had of said to me I’ll be pregnant in 3 years I would have laughed.
“Today I experienced a miracle, a magical moment, the birth of my baby girl Talita Love. There were tears, I’m still in shock.
Ads
Dia juga turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa yang baik-baik dititipkan kepadanya sebelum proses bersalinnya.
“Thank you for all your love, support and Doa , it’s greatly felt. Tak sabar nak balik MALAYSIA awal tahun depan dengan baby, Wait for us okay..” tulisnya.
Selain itu, Raja Ilya dan suami juga telah bersepakat memberi nama Talita buat anak sulungnya itu.
Ads
Mereka juga telah membuka akaun instagram Talita untuk perkembangan terkini anaknya dari semasa ke semasa.
Untuk rekod, Raja Ilyaa telah mendirikan rumah tangga bersamaa lelaki warga Australia, Trent Garrett pada Disember 2018.
Ads
Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19 sebelum ini.
Pada 20 Julai 2025, lebih 10,000 pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa dan murid-murid Al Kauthar Eduqids (AKE) dari seluruh Lembah Klang dan Kuala Lumpur telah berkumpul bagi menjayakan AKE Sports Carnival with Friends 2025 di MAEPS, Serdang.
Ia bukan sekadar acara tahunan biasa tetapi satu pengalaman luar biasa yang sarat dengan aktiviti pendidikan, hiburan dan kenangan manis untuk semua yang hadir. Kelainan tahun ini apabila diadakan pada skala yang lebih besar dengan pelbagai acara menarik yang diadakan.
Aktiviti Bermula Seawal 8 Pagi, Penuh Energi & Warna-Warni
Karnival dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berlangsung sehingga 6.00 petang. Pengunjung disambut dengan cuaca yang cerah dan wajah-wajah ceria murid AKE yang bersedia untuk menyertai cabaran 11 checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai tugasan menarik yang perlu disempurnakan oleh murid untuk mendapatkan cop di pasport aktiviti mereka.
Sebaik sahaja berjaya mengumpul kesemua cop, mereka diraikan dengan medal eksklusif yang menjadi satu satu pencapaian yang cukup membanggakan buat si kecil!
Zumba Sarung Panaskan Suasana Pagi
Suasana pagi itu sudah hangat dengan acara Zumba Sarung yang dikendalikan penuh semangat oleh Nas Adila dan kru. Lenggok tarian penuh tenaga bukan hanya disertai guru-guru dan ibu bapa, malah murid-murid AKE juga turut menari bersama dengan penuh semangat. Riuh dan gamat! Aktiviti ini berjaya menyatukan semua lapisan usia dalam satu suasana yang cukup menyeronokkan.
Pentas Utama Jadi Tumpuan, Penuh Dengan Aktiviti, Kejutan & Idola Anak-Anak
Satu kelainan utama untuk edisi tahun ini ialah pengisian pentas utama yang sarat dengan aktiviti, games dan kejutan sepanjang hari. Antara rakan penaja yang menyemarakkan suasana pentas utama ialah Hellothere Skinlab, Pocky, Yayasan CNI, KFC dan Yakult yang tampil dengan pelbagai aktiviti interaktif dan hadiah menarik.
Lebih mengujakan, pentas utama turut dimeriahkan dengan penampilan khas Didi & Friends! Watak kesayangan ramai ini naik ke pentas dan menari bersama-sama ratusan kanak-kanak yang memenuhi kawasan sekitar. Memang meriah, penuh warna-warni, senyuman dan sorakan, menjadikan pentas seolah-olah pentas impian buat anak-anak AKE.
Selain itu, satu lagi slot yang berjaya mencuri tumpuan ialah slot bercerita bersama Abang Paan. Dengan gaya penyampaian bertenaga dan penuh ekspresi, Abang Paan bukan sahaja menarik perhatian anak-anak, malah ibu bapa pun turut sama terhibur dan larut dalam kisah yang disampaikan. Suasana pentas ketika itu ibarat kelas bercerita gergasi, dengan semua mata tertumpu dan telinga bersedia menyambut setiap patah perkataan.
Didi & Friends Cipta Sejarah bersama AKE!
Tahun ini juga menyaksikan rekod baharu dicipta apabila berjaya disenaraikan dalam Malaysia’s Book of Record (MBOR) bagi kategori The Largest Children Participation in a Story Telling Event.
Penyampaian sijil MBOR telah disampaikan oleh Pn. Siti Hajar binti Johor kepada En. Che Yusaidi (Chief Commercial Officer dari Warnakala Studios) dan Mr. Edison Cheam (Senior AVP, GenNext Content) dari Astro, disaksikan oleh Datuk Bakhtiar Aliff, Ketua Pegawai Eksekutif AKE dan Datin Nor Fadilah, Ketua Pegawai Operasi AKE. Detik ini bukan sahaja membanggakan warga AKE, malah menjadi inspirasi buat semua murid yang hadir.
Pelancaran Muzik Video Terbaharu Bertajuk ‘Baby Khalifah’ Acara karnival ini turut menyaksikan satu lagi momen bersejarah iaitu pelancaran muzik video terbaharu bertajuk ‘Baby Khalifah’ yang menjadi lagu tema Al Kauthar Eduqids yang dicipta bersama Didi & Friends .
Lagu tersebut dilancarkan secara rasmi pada jam 3.00 petang pada hari yang sama di saluran YouTube Didi & Friends dan terus menerima sambutan hangat dalam kalangan murid-murid yang tidak sabar untuk menyanyikannya bersama.
Konsert Bintang Kecil Tutup Tirai dengan Penuh Gaya
Menjelang petang, suasana di MAEPS terus hangat dengan Konsert Bintang Kecil yang menjadi acara penutup. Tujuh orang kanak-kanak berbakat besar tampil mempersembahkan nyanyian, tarian dan permainan alat muzik.
Acara ini dikendalikan oleh pengacara ceria dan penuh karisma, Haziq Hussni, yang berjaya memastikan pentas sentiasa hidup dan penonton terhibur.
Sukan, Keluarga & Kenangan, Semua Dalam Satu Hari!
AKE Sports Carnival with Friends 2025 membuktikan bahawa acara sukan kanak-kanak boleh disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan, mendidik dan mencipta kenangan manis untuk seisi keluarga. Ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, tapi juga memperkukuh hubungan antara ibu bapa, guru dan anak-anak. Syabas AKE! Tahun ini, AKE bukan sahaja berjaya menganjurkan karnival, tapi mencipta pengalaman yang takkan dilupakan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Che Ta, pasti sudah tergambarkan akan kecantikan dari kepala hingga ke kaki yang dimiliki ibu berusia 50 tahun itu. Tak pernah tak cantik. Itulah yang boleh diperkatakan mengenai ibu yang seorang ini.
Rupanya bukan hanya dirinya, malah Che Ta juga turut menjaga penampilan diri kesemua anggota keluarga, baik suami mahupun tiga anaknya, Ammar Effendy, Aniq Ezzra dan puteri kesayangan, Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi perkongsian video, Che Ta mengakui kedua-dua anak lelakinya turut diajar untuk berpenampilan segak malah sentiasa memakai kasut berbanding mengenakan selipar di kaki apabila keluar dari rumah.
Walau hanya ke kedai, bagi ibu ini berpenampilan baik mencerminkan diri mereka sendiri. Dek kerana itulah mereka diajar untuk tampil kemas sentiasa.
Menerusi video temu bual di Tik Tok Che Ta turut memberitahu sebab sebenar dia melarang anaknya memakai selipar.
“Zaman dulu selipar kan buruk macam selipar jamban. Tapi sekarang okay je.
“Ammar dan Aniq ketika mereka membesar, saya memang tak ajar pakai selipar. Tiada selipar, hanya kasut,” katanya berkongsi.
Pun begitu kata Che Ta lagi, berbanding dua anak lelakinya, hal itu tidak terjadi kepada anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana yang diajar oleh suaminya, Zain Saidin untuk tampil lebih santai.
“Tapi bila Aaisyah, sebab bukan saya 100% yang ajar dia tetapi Zain. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain. Bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta,” seloroh Che Ta.
Tambah Che Ta lagi, dia ibu yang paling gembira dalam soal menguruskan pakaian suami serta anak-anak supaya kelihatan ‘sedondon’.
“Saya enjoy, bila tengah malam saya akan susun dan pilih baju apa nak pakai. Bila benda tu you memang suka, memang takkan penat. Seronok sangat,” kongsi Che Ta lagi.
Perkongsian Che Ta itu sudah semestinya mendapat pujian ramai kerana bukan mudah untuk menyedia dan mempersiapkan satu keluarga untuk tampil sedondon dan bergaya.
Alhamdulillah. Semalam Atu Zero sah menjadi bapa kepada dua orang anak. Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Atu melahirkan rasa syukur serta berterima kasih kepada isterinya kerana memberi hadiah hari jadi paling bermakna untuknya.
Ketika Atu berkongsi berita gembira ini dengan peminatnya, mereka semua mengucapkan tahniah serta mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.