Setiap ibu mesti nak bagi yang terbaik untuk anak. Tapi bila suruh belajar, anak cepat bosan tak sampai lima minit dah hilang minat.
Kadang-kadang kita pun risau, “Kenapa ya dia susah nak fokus macam dulu?”
Sebenarnya, ini antara tanda awal yang dipanggil brain rot keadaan bila otak anak terlalu biasa dengan hiburan cepat sampai aktiviti belajar terasa berat dan membosankan.
Kalau Mommy nak tahu lebih lanjut dan baca perkongsian penuh,
boleh ikuti tulisan di Facebook Hana Shahadan.
Mommy perasan tak, anak-anak sekarang susah duduk diam, cepat bosan, cepat marah, cepat hilang sabar.
Baru 5 minit buat kerja sekolah, dah gelisah. Baca buku 2 muka surat, terus menguap.
Tapi bila buka TikTok atau game, mata tak berkelip, macam dunia lain tengah tarik jiwa mereka.
Itulah yang orang panggil “brain rot.”
Bukan istilah pelik, tapi keadaan bila otak anak terlalu biasa dengan hiburan cepat, rangsangan laju, sampai otak dah tak mampu fokus pada benda realiti yang perlahan.
Dan sedihnya,
ramai ibu ayah tak sedar pun tanda-tandanya.
7 Tanda Anak Sedang Alami Brain Rot:
1️⃣ Susah Fokus Pada Apa-Apa Yang Tak Ada Skrin
Suruh buat latihan 10 minit pun dia gelisah. Tapi game 2 jam boleh, tak penat langsung.
Ads
2️⃣ Minta Hiburan Berterusan (Perlu “stimulus” setiap masa)
Jalan 5 minit: “Bosan.” Tunggu makanan 2 minit: “Boring, nak phone.”
3️⃣ Sukar Tenang & Cepat Marah
Bila rangsangan otak terlalu laju, anak jadi cepat triggered bila dunia tak ikut “kelajuan” yang dia biasa.
4️⃣ Kurang Imaginasi & Tak Tahu Main Sendiri
Dulu boleh cipta cerita dengan anak patung. Sekarang, bila tak ada skrin: “Tak tahu nak main apa.”
5️⃣ Habit ‘Scroll’ Tanpa Fikir
Scroll, scroll, scroll… sampai lupa dunia. Otak dah ketagih maklumat cepat, bukan berkualiti.
6️⃣ Susah Tidur (mind overactive)
Ads
Badan penat, tapi otak masih ligat, sebab sebelum tidur, otaknya “dipanaskan” dengan video laju.
7️⃣ Hilang Minat Pada Aktiviti Fizikal & Dunia Sebenar
Taman permainan kalah dengan iPad. Main basikal kalah dengan YouTube. Realiti kalah dengan virtual.
.
Kenapa Ini Bahaya?
Sebab anak kecil sepatutnya belajar dunia melalui:
– sentuhan – bunyi semula jadi – bergerak – berimaginasi – berkomunikasi
Tapi bila otak dah “terbakar perlahan-lahan” oleh kadar hiburan yang melampau, anak hilang kemampuan paling penting dalam hidup:
kemampuan untuk fokus, sabar dan berfikir.
Ads
.
Apa Mommy Boleh Buat?:
✔️ Kurangkan hiburan laju (TikTok, YouTube Shorts). Ganti dengan konten perlahan & mendidik.
✔️ Buat “slow time” setiap hari. 15 minit tanpa skrin. baca buku, lego, mewarna.
✔️ Ajak anak grounding, sentuh bumi & bergerak. Alam mampu sembuhkan overstimulated brain.
✔️ Create “family no-phone hour”. Makan sama-sama tanpa skrin.
✔️ Tonton dan main sama-sama. Biar kita tahu apa yang masuk dalam otak dia.
.
Ibu ayah,
anak kita bukan rosak, otak mereka cuma terlalu penat hidup dalam dunia yang laju.
Tugas kitalah untuk tarik mereka balik perlahan-lahan ke dunia sebenar…
dunia yang ada bau rumput, bunyi gelak kita, dan kasih yang tak boleh diganti oleh mana-mana skrin.
Sumber: Hana Shahadan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekolah adalah tempat anak-anak belajar banyak perkara, bukan hanya tentang pelajaran tetapi juga tentang hubungan sosial, sahabat, dan cabaran emosi. Kadang-kadang, mereka mungkin berdepan situasi yang menekan seperti pergaduhan kecil, rasa terpinggir, ataupun kes buli. Dalam keadaan begini, penting untuk ibu ayah mendidik anak supaya berani meluahkan perasaan mereka.
1. Elak Anak Memendam Perasaan
Ramai kanak-kanak cenderung memendam rasa bila berdepan masalah kerana takut dimarahi, tidak mahu menyusahkan ibu ayah, atau rasa malu. Bila dipendam, perasaan ini boleh menjadi luka emosi yang berpanjangan. Anak mungkin jadi murung, hilang keyakinan, atau mula menolak untuk ke sekolah.
2. Latih Anak Kenal Emosi Mereka
Dengan galakan ibu ayah, anak belajar untuk menamakan perasaan mereka seperti sedih, marah, kecewa atau takut. Contohnya, bila anak kata, “Saya sedih kawan ejek saya,” itu membantu mereka faham apa yang berlaku dalam diri. Kesedaran emosi ini adalah asas untuk kesihatan mental yang sihat.
3. Bina Hubungan Kepercayaan
Apabila ibu ayah memberi ruang dan telinga untuk mendengar tanpa cepat menghakimi, anak akan rasa selamat bercerita. Kepercayaan ini sangat penting supaya bila ada perkara besar berlaku, contohnya kes buli, anak tahu siapa tempat pertama untuk mereka mengadu.
4. Elak Masalah Menjadi Lebih Serius
Banyak kes buli di sekolah jadi semakin teruk kerana anak tidak berani bercerita. Dengan membiasakan anak meluahkan perasaan, ibu ayah boleh bertindak awal dengan berbincang dengan guru, mencari jalan penyelesaian, atau sekurang-kurangnya menenangkan hati anak sebelum masalah melarat.
5. Contoh daripada Ibu Ayah
Anak belajar dengan melihat. Jika ibu ayah sendiri berani berkongsi perasaan contohnya, “Hari ni ibu penat, jadi ibu perlu rehat sekejap” anak akan rasa normal untuk meluahkan emosi mereka juga.
Mengajar anak meluahkan perasaan bukan sekadar membantu mereka berdepan masalah di sekolah, tetapi juga membentuk mereka menjadi individu dewasa yang sihat dari segi emosi. Ingatlah, bila anak rasa selamat untuk bercerita, itu tandanya kita sudah berjaya menjadi tempat perlindungan utama mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti sekolah ni apa agaknya aktiviti yang anda pilih untuk anak-anak. Samada bercuti atau menghabiskan masa di rumah sahaja? Di rumah pun tak salah cuma mama kenalah kreatifkan minda supaya anak tak bosan sepanjang hari. Sebaiknya cari aktiviti yang mampu uji minda dan otak anak. Barulah makin berkembang.
Aktiviti yang dikongsikan oleh ibu, Aimi Zafira ni memang menarik. Aktiviti sains seperti ni sebenarnya mampu buat anak berfikir lebih jauh. Bonding mama papa pun makin kuat dengan anak. Yang penting anak happy. Jom cuba.
Aktiviti paling mudah hujung minggu untuk distract anak. Yang penting ada 2 bahan ni yang ade je kat dapur rumah.
Baking soda
Cuka
And less mess! Kehkeh! Aktiviti ni dah beberapa kali buat, and masih mendapat sambutan anak anak. Hihi!
Bahan extra lain :
Belon
Corong ( kalau ada )
Masukkan baking soda dalam belon sehingga suku atau separuh belon. Untuk lebih mudah, guna corong untuk masukkan baking soda. Kalau tak ada corong, gulung kertas pun boleh.
Masukkan cuka dalam botol. Agak agak je la cukanya. Saya prefer pakai botol kaca sebab lebih stabil. Masukkan mulut belon keliling botol. Pastikan belon yang ada baking soda sentiasa di tepi botol.
Tegakkan belon, perlahan lahan masukkan baking soda dalam botol.
Yeyy! Boleh tengok belon makin besar. Biasanya budak budak sangat excited part belon makin besar, sambil tengok buih buih dalam botol tu.
Kredit: Aimi Zafira
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Stimulasi sensori amat penting untuk membantu anak mencapai potensi dirinya sejak awal lagi. Ia juga peluang untuk anda dan si kecil mengukuhkan hubungan (bonding). Ikuti panduan yang disediakan ini.
Stimulasi sensori pada ketika ini akan membantu untuk menguasai pelbagai kemahiran pada masa akan datang. Kalau dilakukan dengan konsisten dan berterusan, anda mungkin boleh menjimatkan wang untuk yuran tuisyen untuknya kelak! Bonding boleh dikuatkan dengan aktiviti sensori yang bersifat attachment antara anda dan si manja.
5 aktiviti attachment ibu bapa dan anak
Tiru aksi anak
Aktiviti ini tidak semestinya memerlukan sebarang barangan atau mainan. Apa yang diperlukan ialah ibu atau bapa dan si manja dan bersedia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Idea asas untuk aktiviti ini adalah agar ibu bapa bermain dengan meniru apa yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti dengan memulakan anak dengan bertepuk tangan bersama-sama dan mempunyai ibu bapa bertepuk tangan dengan pantas yang sama seperti si anak.
Apabila kanak-kanak mengubah gaya bertepuk tangan (seperti lebih kuat atau semakin perlahan), ibu bapa harus menirunya. Interaksi mata, senyuman, dan ketawa juga membantu menggalakkan hubungan yang sihat dan memperbaiki atau meningkatkan ikatan. Boleh juga dipelbagaikan aktivitinya seperti melompat, bermain dengan mainan atau ekspresi wajah.
Beg kacang
Anda boleh menggunakan beg berisi kacang atau mainan lembut yang lain sebagai objek. Minta anak meletakkan beg kacang atau mainan lembut di atas kepalanya. Kemudian anda duduk di hadapannya dan letakkan tangan di hadapannya. Biarkan anak menanduk beg tersebut ke dalam di tangan anda.
Si manja perlu menerima isyarat kerdipkan mata anda sebelum menanduk beg tersebut (Ini akan menggalakkan hubungan mata.) Perbanyakan hubungan mata sebanyak mungkin). Anda dan si manja tentunya akan seronok dengan aktiviti ini. Ketawa penyembuhan dan dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hubungan.
Tunggang kuda!
Aktiviti menunggang belakang mama atau papa boleh membantu mengukuhkan hubungan ibu bapa dan anak. Pada fasa usia ini, anak-anak memerlukan banyak hubungan fizikal dengan anda. Si kecil bukan sahaja perlu dibelai secara fizikalnya, rasa disayangi, selesa dan selamat bila berada dekat dengan anda.
Aktiviti fizikal seperti ini bukan sahaja boleh mengikat ikatan anda dan anak, ia juga rangsangan vestibular di mana memberikan diri mereka pergerakan dan tarikan graviti. Selain itu, ia mengurangkan ketakutan si manja. Dia semakin berani menaiki belakang anda dan mengimbangi diri semasa anda bergerak.
Urutan
Gunakan losen, minyak kelapa dara atau minyak zaitun untuk mengurut tangan atau kaki si manja. Cara ini boleh meningkatkan daya tarikan dan menguatkan hubungan ibu bapa dan kanak-kanak. Efeknya sama seperti urutan bayi.
Urutan boleh melegakan dan memberikan ketenangan serta mengurangkan ketegangan. Amat sesuai jika anak yang suka bertindak agresif agar otak mereka kurang defensif.
Menyikat rambut
Biarkan si manja menyikat rambut anda sebagai aktiviti sensori yang berkesan merapatkan hubungan antara kalian berdua. Kemudian anda pula menyikat rambutnya. Aktiviti ini selain dapat memahirkan motor halus tangan si manja, ia juga merapatkan hubungan anda berdua.
8 faedah sensori dengan aktiviti attachment kepada si kecil
Aktiviti sensori bukan sahaja baik untuk jalinan hubungan antara ibu bapa dan anak, ia juga turut membantu perkembangan. Lima manfaat aktiviti sensori kepada anak ialah seperti berikut:
Kajian menunjukkan bahawa aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
Membangun dan meningkatkan memorinya.
Sangat bagus untuk menenangkan anak.
Membantu anak belajar sifat deria (panas, sejuk, melekit, kering dan sebagainya).
Cara yang bagus melatihnya mengendalikan emosi dan stres.
Membina hubungan yang erat antara ibu bapa dan si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.