Neqayl atau panggilan manjanya Ney Ney sudah mula makan makanan pejal atau solid food pertamanya pada usia 4 bulan lebih. Dah besar rupanya anak selebriti terkenal, Nora Danis dan suami, Nedim. Mesti seronok mereka dapat merasai momen yang berharga ini kan?
Apa yang lebih menarik, makanan pertama Ney Ney dimasak sendiri oleh Nedim. Untung betul Ney Ney dapat daddy yang pandai masak kan? Nedim juga berjanji akan masak makanan setiap hari untuk Ney Ney supaya makanan tersebut sihat dan segar.
Malang tak berbau..Itu yang berlaku pada seorang ibu apabila matanya mengalami kecederaan yang agak serius gara-gara anak berebut chopstick dan tercucuk ke dalam matanya ketika sedang solat berjemaah dengan suami.
Menerusi perkongsian oleh Ummu Naielah di Facebook mengenai kejadian tersebut, anak-anaknya yang sedang berebut chopstick ketika itu secara tidak sengaja telah tercucuk matanya sewaktu dia sedang solat.
Kesan dari tusukan chopstik tersebut di dalam mata, dia mengalami luka dan koyakan di bahagian mata putih. Moga dapat dijadikan pengajaran oleh ibu bapa lain untuk menyembunyikan benda tajam daripada anak-anak.
Dugaan 10 Ramadan
Umi tengah solat Maghrib berjemaah dengan abi, masa nak sujud tu tetiba rasa macam gelap dunia sekejap, umi just nampak biru ungu macam siaran tv nak putus gitu, meronta-ronta umi kat tempat kejadian sebab pedih nak mati.
Rupanya kakak duk berebut chop stick dengan adik pastu terlajak tangan cucuk kena mata umi, patutlah rasa macam gelap dunia, buka pelan-pelan mata suh suami check, innalillah ada luka sampai pendarahan dalam mata.
Apa lagi, pecut gi kat kecemasan, tak boleh buka mata sebelah. Pengajaran buat parents lah, nampak anak-anak main benda tajam terus rampas jangan leka, alhamdulillah mujur tak kena kat anak-anak.
Update:
Pagi ni kena gi klinik pakar mata untuk jahit dalam mata, ada koyakan yang agak dalam jugak kat bahagian mata putih, jika dibiar takut jangkitan kuman, ni tepek kapas sebab sapu antibiotik dalam mata…
Balik semalam kul 12.30 tengok budak-budak ni dah tidur, bangun pagi ni boleh pulak dia main mata lanun umi ni, lawak agaknya.
Kejadian sebenar
Awal-awal kena, Naielah berlari pergi nangis kat bucu dinding sebab rasa bersalah, sebenarnya kakak nak solat jemaah dengan umi abi tapi adik pergi kacau, kakak pun nak rampas la chopstick tu dari adik tapi nak dijadikan asbab Allah nak angkat dosa umi yang banyak ni, tercucuk pula mata umi yang masa tu umi tengah nak sujud, hari first solat berjemaah di rumah asbab masjid tutup.
Umi tak marah dia cuma umi gelepor macam cacing kepanasan masa tu sebab sakit sangat-sangat hanya Allah yang tahu.
Suami ingat Ida kerasukan mulanya sebab tengah solat tiba-tiba je menggelupur, adehh sabar jelah.
Asbab kejadian ni dapat tahu punca migrain teruk
Terus pecut pergi emergency selesai cek mata apa semua, alhamdulillah nak dijadikan asbab juga dapat tahu punca migrain teruk selama ni rupanya berpunca dari mata belah kanan yang dah rabun teruk, selama ni tak pernah perasan sebab bergantung pada mata kiri dapat lihat elok dan rasa tak ada apa-apa masalah.
Tapi disebabkan cederanya mata kiri dan bila terpaksa tutup sebelah mata, baru perasan mata kanan yang celik tu memang tak nampak apa satu pun, nampak blur je semua, buat ujian mata dan memang sah mata kanan dah rabun teruk, perbezaan pada anak mata, doktor kata kelabu.
Jadi bila dah jadi gini, bergantung pada suami je pimpin tangan nak berjalan nak pergi bilik air, seolah ‘buta’ sementara. Tapi kalau tengok HP dan baca quran tu boleh la sebab jarak dekat, jarak semeter dah tak nampak apa-apa.
Jadi lepas dah sembuh elok mata kiri ni nanti ada appoinment cek power mata dan plan rawatan selanjutnya.
MasyaAllah 2 hari tak lena tido malam sebab berdenyut, bergantung pada pain killer je
alhamdulillah dah makin okay sikit, apa pun terima kasih sangat-sangat atas setiap doa yang dititipkan, tak terbalas satu-satu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya sentiasa berdoa wabak COVID-19 segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dahulu,” kata seorang balu yang kematian suami akibat COVID-19.
Noradilah Rani, 33, berkata selepas kematian suaminya, Mohammad Yusof Haron, 34, pada 17 Mac tahun lalu akibat pendemik COVID-19, tanggungjawab membesarkan enam anak berusia setahun hingga 11 tahun digalas sepenuhnya.
Noradilah yang sebelum ini hanya seorang suri rumah berkata, beliau seperti menerima tamparan hebat apabila suaminya meninggal dunia akibat dijangkiti wabak itu.
Katanya, selain Allahyarham suaminya, beliau bersama empat anaknya, turut dijangkiti wabak itu, namun mereka kembali pulih selepas dikuarantin selama lebih dua minggu.
Berniaga kecil-kecilan sara 6 anak
Beliau kini berniaga ayam gunting dan minuman secara kecil-kecilan di Jalan Antoi, Kampung Melayu Majidee di sini, sejak Jun lalu, juga mahu bangkit bersama semangat baharu bagi membesarkan enam anaknya.
“Walaupun terasa perit kerana kini perlu menjadi nadi keluarga, saya akan terus berusaha meningkatkan pendapatan keluarga dengan sedikit bakat memasak yang dikurniakan Allah.
“Saya tidak menjangka wabak ini akan berlarutan sehingga dah genap setahun (24 Januari) dengan kehidupan kita sudah berubah mengikut norma baharu sepanjang masa.
“Selain berniaga ayam gunting dan minuman secara kecilan, saya juga akan mula menghasilkan biskut dan roti bagi jualan sebagai menambah pendapatan.
“Alhamdulillah, kerajaan Johor ada menyumbang oven dan pembancuh kuih dan roti bagi saya memulakan perniagaan membuat kuih dan roti.
“Saya juga bersyukur kerana permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sudah diluluskan bagi menambah pendapatan perbelanjaan membesarkan anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi.
Suami pesakit Covid pertama meninggal dunia di Johor
Pada 17 Mac lalu, suami Noradilah, Mohammad Yusof, meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19 dan dirawat selama seminggu di Hospital Permai, Johor Bahru.
Mohammad Yusof adalah pesakit COVID-19 pertama meninggal dunia di Johor dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Surau, Kampung Dato’ Hajah Hasanah, di sini.
Sementara itu, Noradilah turut berharap masyarakat patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) terutama pemakaian pelitup muka.
Katanya, sebagai bekas mangsa yang pernah dijangkiti COVID-19 bersama empat anaknya, pengalaman berkenaan mengajarnya erti kesabaran selain memastikan SOP sentiasa dipatuhi.
“Saya masih fobia dengan wabak ini dan cukup menjaga anak-anak supaya tidak keluar rumah tanpa pemantauan atau sesuka hati,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
ADAM50 adalah program yang diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warga negara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.
Insentif unit amanah RM200 diberikan secara percuma sebagai dana permulaan bayi anda. Bagaima insentif ini diberi? Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) dan Ejen ASNB.
KURANG SAMBUTAN
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember ini berikutan kurang sambutan.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program itu.
Beliau berkata, peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya.
PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MAC 2019
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di sini, hari ini.
Bagi ibu bapa yang menimang cahaya mata pada tahun 2018, jangan lepaskan peluang mendaftar bagi program ADAM50 dan daptkan insentif unit amanah RM200 yang diberikan secara percuma sebagai dana permulaan bayi anda.
Imun ibu hamil mengalami perubahan semula jadi sepanjang kehamilan. Ketahui punca sistem imun menjadi lemah, risiko jangkitan serta cara berkesan untuk menguatkan daya tahan badan ibu dan melindungi kandungan.