Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang rezeki dalam rumah tangga. Rezeki harus dilihat dari pelbagai sudut, bukan sahaja pekerjaan dan juga wang. Sayang dan kasih pada ahli keluarga juga termasuk dalam kategori rezeki yang harus kita syukuri.
Sebak sangat semalam dah 5pagi balik lewat dari pengerang johor. Terharu ramai sangat yang hadir. Bila sampai rumah 2 orang anak saya terjaga terus peluk saya kata rindu ayah. Sayang ayah.
Ads
Saya lagi rindu sayang mereka teramat sangat. Erm. Rindunya.. Peluk isteri. Peluk anak-anak. Cakap sayang.
Ads
Itulah ubat dan menjadi rezeki buat kita. Ucapan sayang, suap makan dan peluk isteri anak asbab Allah sayang kita. Bila Allah sayang dia berkatkan rezeki, berkatkan masa, berkatkan hidup kita.
Ads
Ramai orang ingat rezeki ini cuma pergi kerja. Beri salam dalam rumah juga asbab rezeki.
Bila tak mengasihi tidak dikasihi. Segala penat letih lesu hilang bila dapat cium peluk isteri dan anak-anak. Luv u bidadariku. Luv u anak-anakku..muah..muah..-ebitlew
Sejak-sejak akhir ini kita sering dilanda bencana alam tanpa kita duga. Banjir secara tiba-tiba, ribut petir dan sebagainya yang membolehkan kita perlu bersedia dalam segala kemungkinan.
Kekurangan stok bekalan makanan yang melanda dunia ini membuatkan kita sentiasa perlu bersedia dengan stok makanan saban waktu. Beras yang menjadi makanan ruji kita perlu sentiasa ada namun bagaimana nak simpan beras pada tempoh yang lama?
Tip pack beras pada saiz yang kecil seperti yang dikongsikan oleh Mardziatul Irqin ini anda kena cuba. Berbaloi untuk stok simpanan makanan.
Ramai yang inbox dan komen macam mana nak prep beras, ni sharing dari beberapa cara dan tips yang korang boleh guna.
Kat bawah tu mai share juga link vacuum plastic dan vacuum sealer machine. Moga sharing memberi manfaat dan dapat bantu sikit-sikit.. Selamat mencuba. Jangan stop prep, please prep!!! Demi sesuap makanan.
Kawalan infestation beras ni ada beberapa faktor, antaranya adalah udara (oxygen), suhu dan kelembapan. Kalau boleh cari cara untuk kawal faktor ni insyaAllah tahan lama.
Kutu beras ni boleh menyebabkan kerosakkan pada beras, after effect dari pembiakan dia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.
Kutu beras tak tahan suhu sejuk kurang dari -18°C dalam 3 hari dan tak tahan panas 55°C lebih dari 2 jam (ini berdasarkan maklumat pembacaan saya kajian tentang kutu beras). Sebab tu ramai yang suggest masuk beras dalam peti sejuk dulu, then jemur supaya hilang moist, kemudian baru seal dalam apa-apa bekas yang tidak mudah berlubang.
Beras di vacuum seal, dimasukkan OA (oxygen absorber) dan disimpan di tempat yang rapi dan kurang fluctuation suhu, untuk kawal faktor tadi.
Kehadiran oksigen dan perubahan suhu boleh memberikan environment yang condusive untuk pembiakan kutu tadi, kalau masih ada larvae kutu yang survive semasa food preservation process.
Test run saya buat dari tahun 2016, guna botol mineral 500ml, compact kan, dan tutup ketat, tanpa additional OA. Setakat hingga tahun ni, tiada kutu beras langsung.
Setiap tahun saya cuba masak satu botol untuk rasa, beras boleh dimakan, tiada toxication, cuma rasa kurang fresh. Warna beras juga jadi sedikit kekuningan.
Tips ke 2 1) Cari tapis, letakkan atas periuk/bekas dan masukkan beras secukupnya. Pastikan semuanya KERING.
2) Gaul, ramas atau ayak. Kutu dan habuk-habuk akan jatuh ke takung. Beras yang dah diramas tu asingkan ke dalam bekas bersih lain.
3) Kutu dan habuk terkumpul. Beras yang terjatuh tu boleh diayak sekali lagi.
4) Makhluk perosak yang telah diasingkan.
5) Beras yang bersih boleh di repack. (Mylar dan O2 absorber, vacuum, botol mineral, freezer 3 hari etc…).
6) Kalau nak guna pun tak perlukan banyak air untuk basuh sebab habuk dah buang siap-siap. Menjimatkan air sangat penting ketika bencana.
Petua orang tua dulu-dulu yang sangat berkesan nak matikan bubuk antaranya
1. Cili kering 2. Asam keping
Tips ke 3 Paling mudah boleh pakai plastik grainpro. Harga mahai sikit Rm35/sehelai. Ada 2 jenis RZ30 (ziplock – tapi boleh isi sikit je) dan RT69 (kena ikat).
Kehadiran anak dalam keluarga memang dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat, setelah ada anak lelaki ditanya pula bila nak ada anak perempuan. Rasa down kadangkala tak boleh dielak.
Apatah lagi bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata. Pertanyaan tentang kehadiran zuriat boleh menimbulkan rasa sedih pula. Namun perkongsian daripada bapa ini sedikit sebanyak boleh menguatkan hati.
Cara memberikan respons kepada apa yang terjadi itu boleh memberikan kekuatan dan ketenangan. Bersangka baik dengan Allah apa sahaja yang diberikan ada kebaikannya yang tidak diketahui hari ini dan menjadi hikmah pada masa akan datang.
Bapa 3 cahaya mata lelaki ini berkongsi semangat, cara untuk kekal positif dan tenang dengan apa yang dikurniakan oleh Allah.
Belum direzekikan dengan anak perempuan pun boleh mental beb!
Apatah lagi belum dikurniakan anak mahupun belum bertemu jodoh.
Chill gaiss! Ni aku share sikit benda baik untuk korang hadam
3 rules yang aku rasa boleh kita sama2 pakai untuk kekal tenang dan bersyukur dengan apa yang ada
Gini kawan-kawan. Kadang-kadang kita ni nak sangat benda lain. Sedangkan kita tak perlukan benda tu buat masa itu. Contohnya kita nak sangat kerja yang bergaji 10k. Rupanya time tu kita bukan perlukan gaji 10k. Tapi kita perlukan gaji 5k dengan ada masa untuk spend dengan keluarga.
Sama macam kes anak ni. Bersangka baik dengan Allah. Mungkin aku perlukan 3 orang anak lelaki ni ketika aku tua nanti. Anak lelaki ni lah yang akan usung keranda aku nanti.
Mereka juga bertanggungjawab menjaga ummi mereka jika ditakdirkan aku pergi dulu. Kehadiran 3 orang anak lelaki lebih diperlukan bagi aku dan isteri baik di masa hari ini mahupun akan datang
Begitu juga if belum dikurniakan anak. Mungkin keperluan buat masa ini hanya seorang suami atau isteri. Jika belum bertemu jodoh. Keperluan kita adalah terus fokus berbakti kepada ayah dan ibu.
Ingat. Apa yang kita ada sekarang ini lah sebenarnya kita perlukan!
Menjaga seorang anak perempuan bukan mudah. Kehormatannya kelak. Batasan pergaulan nya. Banyak perkara yang mungkin aku dan isteri tak mampu pun untuk tanggung bebanan itu. Bila kita sedar akan ketidakmampuan kita tu. Maka hati ini akan berasa lapang. Dah kau tak mampu. Takyah kecoh lah nak macam2! Gituuuuu….
Terkadang kita ni nak sangat something yang best. Sedangkan benda yang best itu mungkin sahaja datang dengan pakej tanggungjawab yang kita tidak mampu galas.
Sama juga macam yang belum berkahwin. Tangungjawab yang ditanggung bukan sikit2 gais. May be yang masih bujang tu belum mampu menggalas bebanan sebagai suami mahupun isteri.
Rules ini terpakai dalam segala aspek kehidupan kita. Jika bab anak. Melihat orang yang belum ada anak bahkan belum direzekikan perkahwinan sahaja mampu menghadirkan rasa syukur.
Yang belum dikurniakan anak. Melihat orang yang belum berkahwin
Yang belum berkahwin melihat orang yang kehilangan ayah atau ibu
Yang sudah kehilangan ayah atau ibu melihat orang yang sebatang kara
Yang sebatang kara melihat orang yang langsung tiada tempat tinggal
Begitulah seterusnya…
Di dalam bab kerjaya dan kehidupan pun sama. Melihat orang lebih susah menimbulkan rasa syukur kita dengan nikmat yang ada. Melihat orang yang lebih maju pula akan memotivasikan kita untuk terus berusaha untuk mengejar mereka yang lebih berjaya.
Kerap kali melihat ke bawah dan keatas sambil hati mengingat kepada Allah insyaallah kita akan lebih tenang.
Ok. Moga bermanfaat untuk kita semua.
Doakan anak2 aku ini kelak menjadi aset kami ke syurga.
Alhamdulillah dikurniakan isteri dan anak2 yang baik. Juga bijak bergaya dihadapan kamera.
Aku akhiri dengan satu quot
“Bahagia itu tidak hadir dengan banyaknya yang kita ada. Ianya hadir dengan bersyukur nya dengan apa yang ada”
Pejam celik pejam celik dah masuk 18 hari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Maknanya dah 18 hari juga kita duduk di rumah bersama ahli keluarga. Mungkin ada yang dah serupa hantu Kak Limah terjerit-jerit depan anak-anak.
Makin lama terasa makin mencabar pula melihat perangai anak-anak setiap hari selama 24 jam. Belum lagi ditambah dengan perangai si bapa. Paling mencabar bagi ibu-ibu sudah pasti apabila mengeluarkan arahan agar anak-anak menyiapkan kerja sekolah ataupun mengulang kaji pelajaran. Fuhhh nak tercabut anak tekak kan bila anak tak bagi kerjasama?
Patutlah guru-guru disekolah terpaksa menghukum anak-anak murid jika mereka ingkar. Semuanya bertujuan untuk mendidik anak kita agar patuh dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Encik Mohd Fadli Salleh berkongsi pengalaman ibu-ibu apabila terpaksa mengajar anak di rumah.
Aku tanya seorang beberapa orang parent, apa kesukaran paling tinggi masa mengajar anak mereka di rumah. Ini antara respon mereka.
“Anak akak, baru suruh ambil buku dah buat muka. Mula kata mengantuk, mula kata penat, mula kata lapar nak makan, mula nak mandi. Masa kita suruh belajar semua benda lain dia nak buat. Geram betul.”
“Saya pula cikgu, suruh buka buku dan buat. Bila tanya cakap faham. Bila suruh buat tak boleh. Katanya tak faham, nak tanya saya takut.”
“Anak saya pula sikit-sikit menangis. Bayangkan cikgu, suruh ambil buku dah bergenang airmata. Suruh tulis punya la lambat Ya Auowwoh (nada pelakon sinetron Indon).
Bila saya tinggikan suara sikit menangis. Bukan marah, bukan pukul. Lepas tu merajuk tak nak buat. Nak buat macamana cikgu? Tolong la saya.”
“Saya langsung tak boleh ajar cikgu. Geramnya Ya Ampunnnn. Kita ajar lain dia buat lain. Kita marah dia menangis. Saya suruh anak saya yang besar je ajar.”
Haaa, apa pula masalah yang kalian hadap? Tulis-lah kat komen. Sama-sama kita hilang sabar bersama. Haha.
Kita perlu berterima kasih pada guru-guru yang mengajar anak kita menjadi anak yang pandai. Anda sendiri merasai bukan senang untuk mendidik anak-anak yang mempunyai pelbagai perangai dan ragam. Setuju?
Keperluan bayi baru lahir yang wajib disediakan oleh ibu ayah sebelum kelahiran. Ketahui senarai lengkap barangan asas bayi termasuk lampin, pakaian, tempat tidur, penyusuan dan keselamatan.