Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Anak-anak kita, bukan semuanya sama. Ada yang cepat belajar, ada yang sebaliknya. Kalau semua anak-anak kita bijak, itu bonus. Alhamdulillah.
Cuma bila ada yang agak lambat dalam belajar, duduk kelas hujung, jangan pula kita membanding beza dengan anak kita yang lain.
Jangan bandingkan dengan yang lebih bijak dan cekap dalam pembelajaran. Sangat penting sebenar memberi semangat dan dorongan, bukan tekanan.
Anak-anak, walau masih kecil tapi mereka memerhati. Asyik si adik sering dipuji, asyik kejayaan kakak sering diulang, asyik kehebatan abang sering dijulang.
Dia mesti rasa kecil hati dan rendah diri. Betapa dia pun mahu dipuji, betapa dia pun mahu disanjung. Tapi apakan daya, dia sedikit lambat dalam belajar. Bukan dia hendak begitu, tapi dah memang begitu Allah letak dia.
Anak-anak ini, pasti ada kelebihan lain pula. Pasti ada, cuma mungkin kelebihan dia kurang menonjol dimata kita. Kalau jumpa kelebihan itu, cepat-cepat sokong. Cepat-cepat puji, pasti dia tersenyum riang.
Mungkin dia pandai menjada adiknya. Mungkin kemahiran dia mengemas rumah. Mungkin juga handal memasak. Atau mungkin dia jenis yang ringan tulang suka bantu kerja di rumah.
Kita orang tua kena pandai perhati reaksi dan emosi anak. Jangan disebabkan kata-kata kita yang sering membanding beza membuat mereka rasa rendah diri. Membuat mereka makan hati dalam diam.
Aku biasa mengajar kelas hujung. Kelas murid paling lambat dan perlahan. Kalau kena cara motivasi, kalau kena cara menaikkan semangat, mereka mampu sebenarnya.
Mampu berjaya walau agak lambat. Walau mereka perlu usaha berlipat kali ganda lebih banyak. Usaha lebih dari murid biasa.
Tugas kita, ibubapa dan guru ialah memotivasikan mereka. Biar mereka rasa kita sentiasa ada di setiap jatuh bangun mereka.
Aku secara peribadi pernah mendorong beberapa murid yang dapat keputusan E pada awal peperiksaan, akhirnya mendapat A di dalam peperiksaan sebenar dalam beberapa bulan sahaja. Tanpa tuisyen, tanpa bantuan luar.
Tapi usaha murid-murid itu memang 3-4 kali ganda lebih pada murid biasa. Kenapa mereka berusaha lebih? Kerana ada orang sentiasa memberi mereka semangat dan dorongan.
Berapa banyak kisah-kisah orang berjaya yang dulunya pernah gagal. Pernah mendapat tempat tercorot dalam kelas terakhir. Bahkan ada yang tak habis belajar pun.
Malah ada yang dulunya tidak pandai membaca walau dah di tahun 5, tapi kini bergelar Doktor PhD. Pasti ada motivasi hebat disebalik kejayaan mereka.
Bila anak kurang pandai, ingatlah. Jangan membanding beza. Beri semangat, sokonglah dia. Anak kita, biar kita menjadi pencetus motivasi hebat itu.
Kita selalu bimbang anak kita stress setiap kali dipaksa belajar. Jangan tersalah langkah. Situasi bagaimana yang seharusnya kita paksa dan situasi bagaimana pula yang boleh menimbulkan stress melampau pada anak?
Belajarlah kenal pasti dua perkara ini. Tak salah biarkan anak sedikit stress di waktu kecilnya agar dia kenal potensi dirinya sendiri. Malah jadi lebih cekal kelak. Inilah yang cuba disampaikan oleh OT, Pn Aisyah Rozalli.
Saya tulis sebab saya risau dengan salah faham kita untuk “tidak paksa anak belajar”. Saya adalah seorang terapis kanak-kanak.
Dan antara perkara yang saya sangat tak suka lihat adalah anak-anak yang dipaksa belajar sehingga stress melampau. Stress kecil tak mengapa.
Contoh: “Alamak! Thufayl belum buat homework… Nak pergi main kena siapkan homework dulu.”
– Ini stress kecil. – Biar. Stress kecil ini bagus. – Mendidik anak bertanggungjawab, delayed gratification. – Belajar rasa puas dengan diri, bila berjaya siapkan kerja sekolah. – Satisfaction dengan keberjayaan diri melakukan role sebagai pelajar adalah pembinaan Emotional Quotient yang saaaangat penting.
Tapi, stress besar, saya tak sokong. Contoh: “Tak payah main! Buang masa! Ambil buku! Baca! Anak ayah kena rajin. Tak payah ikut budak-budak sangat asyik main!” – Ini stress besar. – Hentikan. Stress besar tidak bagus. – Stress besar buat anak hilang role dia sebagai kanak-kanak. – Mereka perlu main. – Main adalah waktu anak-anak belajar banyak kemahiran penting.
Namun begitu. Saya ada jumpa ibu ayah yang agak ekstrim. Ekstrim macam mana? Ekstrim dengan tidak mengajak langsung anak belajar menyintai ilmu.
Ada perbezaan yang besar antara TIDAK PAKSA ANAK BELAJAR dengan BIAR ANAK TAK NAK BELAJAR. Anak-anak perlu belajar boundary. Ianya penting. Setiap anak Allah dah equip dengan kepelbagaian kecerdasan.
Ada yang otaknya dibina untuk jadi pandai ilmu matematik. Ada yang otaknya dibina untuk jadi pandai bahasa. Mudah belajar bahasa. Ada yang otaknya dibina untuk jadi pandai visual-spatial. Melukis memang bijak sangat. Ada yang otaknya dibina untuk jadi pandai berinteraksi dan bertoleransi. Bijak sangat mengawal orang. A good leader.
Tapi, kesemua kecerdasan ini, kita takkan jumpa jika sekiranya kita TAK CHALLENGE. Dalam pendekatan terapi, ada satu pendekatan yang kita panggil “JUST RIGHT CHALLENGE”.
Maksudnya, untuk latih anak-anak ini kuasai kemahiran, kita perlu challenge mereka just right untuk mereka boleh lepasi. Apa impact JUST RIGHT CHALLENGE ni?
1. Kita buat anak rasa empowered. Sebab kita bagi challenge yang mereka boleh lepasi.
2. Kita tingkatkan keinginan anak untuk belajar lagi dan lagi cabang ilmu atau kemahiran yang kita beri Just Right Challenge tadi.
3. Kita buat anak rasa mereka “pandai” dan rasa cenderung dengan kemahiran atau cabang ilmu yang kita beri Just Right Challenge itu.
Apa akan jadi lepas tu? Anak akan EKSPLORE DAN EKSPLORE. Masa inilah kita masuk bersilat.
– Belikan lebih banyak buku berkaitan kecenderungan dia tu. – Ajak anak expand kemahiran dia based on kecenderungan yang kita jumpa tadi. – Ajak anak buat lebih banyak aktiviti yang trigger creative and problem solving skills mereka berkait dengan kecenderungan mereka tadi.
Apa lagi yang kita boleh expect lepas tu? ANAK KITA AKAN MINTA NAK BELAJAR! Best kan bila anak jatuh cinta dengan ilmu macam tu?
Impian kita nak tengok anak kita berpotensi jadi Muslim penguasa ilmu yang boleh selesaikan tanggungjawab Fardhu Kifayah. TAPI kesemua di atas takkan jadi kalau kita tak buka peluang anak belajar.
Kita tak berikan JUST RIGHT CHALLENGE untuk anak rasa mereka mampu dan seronok untuk eksplore lagi dan lagi. Impact-nya apa?
Bila masuk umur anak kita nak buat keputusan samada nak menggali ilmu lagi atau tidak, anak kita buat keputusan untuk tidak mahu. Sebab? Dia tak tahu.
Sebenarnya dia mampu belajar matematik. Tapi, sebab kita tak nak paksa masa kecil, kita tak pernah beri just right challenge pada anak kita. Dan anak kita kekal dalam ketidaktahuan potensinya.
Dia tak tahu. Sebenarnya dia mampu jadi penulis yang hebat. Tapi, sebab kita tak nak paksa masa kecil, kita tak pernah beri just right challenge pada anak kita. Dan anak kita kekal dalam ketidaktahuan potensinya.
Nampakkan apa yang saya nak cuba sampaikan ni? Jangan sebab kita takut anak kita stress, sampai kita terlepas pandang kecenderungan anak kita.
Niat murni kita nak anak kita membesar tanpa stress. Jadi berubah. Anak kita membesar tanpa tahu dan kenal potensi dirinya sendiri. Kesian dia nanti.
Bersederhana ya buat keputusan untuk anak. Jangan sampai anak stress melampau. Jangan sampai anak tak tahu halatuju dirinya.
❤️AisyahRozalli❤️ Seorang mama yang berusaha buat keputusan terbaik dalam membesarkan anaknya, setiap saat, setiap ketika.
Semakin membesar anak akan menunjukkan personaliti masing-masing. Anak perempuan selalunya akan dipengaruhi kuat oleh ibu atau orang yang paling rapat. Seperti Aishah, sudah mula minat barang kemas yang diperbuat daripada emas. Like mother, like daughter.
Aaisyah Dhia Rana, anak bongsu selebriti Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan menginjak ke usia 5 tahun 1 November dikatakan tidak hairan untuk membeli mainan apabila di bawa ke kedai permainan. Tapi bila dibawa ke kedai barang kemas, barang kemas yang dimintanya.
“Btw Kesukaan budak2 bkn kita yg mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yg dia nmpak depan mata .. kalau dh celik mata nmpak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bau , mmg tu yg dia mau !
“So pls tk payah nk dok komen mcm2.. org lain cara pun lain.. jgn ingat org lain pun mcm kita.. cara masing2 berbeza ? .
Para follower aktres ini memberikan komen yang menyokong minat Aisyah. Rata-rata mengatakan emas adalah baik untuk pelaburan masa depan. Ramai juga yang mengakui minat kepada barang kemas oleh kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu dan orang di sekeliling.
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.