Sejak akhir-akhir ini penularan wabak Covid-19 dalam kalangan ibu hamil sangat membimbangkan. Malah jangkitan ini turut meragut nyawa ibu serta bayi dalam kandungan.
Terpanggil untuk menjelaskan tentang Vaksin Covid-19, Menteri Hal Ehwal Agama,
YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan kepada semua Umat Islam untuk mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung hal ini.
VAKSIN COVID-19 UNTUK IBU HAMIL
Saya mengambil maklum kenyataan Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tentang peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil.
Sepanjang Jun 2021, 17 kes kematian direkodkan di mana 15 kes belum divaksin dan 2 kes menerima 1 dos vaksin. Alhamdulillah, daripada 146, 759 orang ibu hamil yang mendaftar di MySejahtera, 20% daripadanya telah lengkap menerima 2 dos vaksin.
Ads
Saya juga menerima beberapa aduan berkenaan para suami yang tidak mengizinkan isterinya yang hamil untuk menerima vaksin. Ingin saya jelaskan bahawa vaksin COVID-19 adalah selamat. Adalah menjadi hak setiap wanita untuk mendapatkan ikhtiar perlindungan melalui program vaksinasi yang disediakan oleh Kerajaan. Berbincanglah dengan baik dan saya pasti ramai pakar di Pusat Pemberian Vaksin sudi membantu untuk meleraikan pertanyaan dan kekeliruan berkenaan vaksin COVID-19.
Hasil maklumat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta perbincangan oleh ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI yang terdiri daripada para Mufti dan Ahli Dilantik Majlis Raja-Raja pada 12 Ogos 2021M bersamaan 3 Muharam 1443H dalam aplikasi WhatsApp, maka Muzakarah telah mengambil ketetapan seperti berikut:
i) Bersetuju memperakukan keputusan terdahulu dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 Tahun 2020, iaitu; Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 adalah harus dan ianya wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia; dan
ii) Sebagaimana yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, adalah amat penting pengambilan vaksin COVID-19 bagi ibu hamil dengan mengikut nasihat pegawai perubatan bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti COVID-19.
Ads
Muzakarah juga menasihatkan kepada semua Umat Islam untuk mematuhi arahan pihak berkuasa berhubung hal ini.
Bagi ibu hamil yang belum lagi mendaftar bagi vaksin Covid-19, diharapkan dapat mendaftar segera demi melindungi nyawa ibu dan bayi dalam kandungan daripada wabak penyakit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Tiada yang lebih menggembirakan untuk setiap pasangan suami isteri selain daripada berita kehamilan sang isteri. Walaupun bukan kehamilan yang pertama, keterujaan hati tetap sama tatkala dimaklumkan isteri hamil lagi.
Pelakon Idzham Ismail ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Siti Nur Abilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang berbadan dua.
Berita tersebut dikongsi oleh pelakon Bukan Gadis Biasa ini melalui akaun Instagramnya.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Idzham dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.
Idzham dan Bella yang bekerja sebagai pramugari MAS diijabkabul pada Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Sofea Inara yang kini sudah berusia 3 tahun.
Tahniah diucapkan kepada Idzham dan Bella dengan kehamilan anak kedua ini. Pasti kaka Sofea juga tak sabar nak tunggu kelahiran bayi yang bakal dilahirkan oleh ibunya kelak. Semoga semuanya dipermudahkan!
Aktres cantik Diana Amir kini sedang hamil 7 bulan dan bakal menyambut kelahiran anak ketiga. Walau pun sedang hamil, dia masih menyusukan anak kedua sama seperti dia menyusukan anak pertamanya sehingga dua tahun.
Hebatlah Diana! Perkara tersebut diberitahu apabila ada peminat yang bertanya kepada Diana tentang perkara itu di ruangan komen Instagram beliau.
Diana yang berkahwin dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013 dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Khaulah Al Azwar, 3 tahun dan Khadija Azzehra, 1 tahun 8 bulan.
WALAU PUN BABY BUMP TAK NAMPAK SAKIT PINGGANG TETAP SAMA
Mungkin kerana sosok badan yang tinggi lampai, bertubuh langsing serta sentiasa berpakaian longgar, baby bump Diana kurang kelihatan walau pun sudah memasuki trimester ketiga kehamilan.
Ada juga follower yang bertanya tentang baby bump Diana, aktres ini menjawab walau pun kecil sakit pinggang yang dialaminya tetap sama seperti wanita hamil yang lain.
Ruangan komen pada entri yang memaparkan Diana, suami dan anak-anak sedang bergambar semasa sambutan Hari Raya Aidil Adha itu dipenuhi dengan perkongsian dan kata-kata semangat yang positif daripada peminat.
Saya berumur 29 tahun. Anak pertama berusia 10 bulan dan kini saya hamil tanpa dirancang. Panik kerana ia berlaku kurang daripada dua tahun seperti mana saranan doktor kerana saya melahirkan melalui pembedahan caesarean. Saya risaukan keadaan saya dan anak dalam kandungan. Terbaca mengenai risiko rahim terkoyak dan ia menakutkan saya. Mohon pandangan doktor mengenai hal ini.
Mummy J – Ipoh, Perak.
Puan tidak perlu panik kerana terdapat kajian menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan. Jika puan hamil setelah anak pertama berusia 10 bulan, ini bererti risiko dinding rahim koyak adalah amat rendah.
Masalah dinding rahim koyak (uterine rupture) selalunya berlaku sewaktu puan mengalami sakit kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya. Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai trial of scar (TOS). Bersalin melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai vaginal birth after caesarean section (VBAC).
Jika seseorang wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai elective repeat cesaerean section (ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kelahiran anak kedua, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS. Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya uterine rupture dan bersalin melalui VBAC, tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Amat penting bagi pesakit untuk memahami bahawa uterine rupture berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS, sekali pun seseorang wanita dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah. Kes-kes uterine rupture boleh menyebabkan masalah-masalah besar seperti di bawah:
Tumpah darah dari rahim sehingga memerlukan pemindahan darah.
Ibu dibawa ke bilik pembedahan untuk melahirkan bayi secara kecemasan.
Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen. Malah, boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.
Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.
Kesan sampingan bius penuh ketika menjalankan caesarean secara kecemasan juga tinggi. Doktor bius akan memberi penerangan sebelum pembedahan.
Kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan masalah disseminated intravascular coagulation di mana darah terus menerus mengalir keluar dari badan kerana tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.
Saya menasihatkan agar puan merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan yang merawat puan sendiri supaya rekod pembedahan yang pertama boleh disemak sebelum boleh melalui TOS. Hal ini kerana risiko uterine rupture amat tinggi (jika ia berlaku).
SOALAN INI DI JAWAB OLEH DR NORINTAN ZAINAL SHAH, PAKAR PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam dunia yang semakin kompleks ini masa hadapan anak-anak bukan lagi ditentukan oleh kebolehan semata-mata, namun dinilai oleh akses yang mereka miliki kepada pendidikan yang berkualiti.