Cuti sekolah dah bermula! Bukan anak-anak saja yang teruja bahkan mama papa juga pasti sudah merancang apa aktiviti yang mahu dibuat sempena cuti sekolah kali ini. Selain pulang ke kampung, boleh juga bonding time bersama anak-anak di destinasi percutian yang menyeronokkan.
Tahukah mama papa, GL Play by Gamuda Land merupakan pilihan terbaik untuk bawa anak-anak begembira sempena cuti sekolah. Memang seronok kerana di sana bukan hanya ada satu tarikan, tetapi enam! Semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri yang pastinya memberi pengalaman baru kepada seisi keluarga.
CABAR DIRI DI GAMUDA COVE, KUALA LANGAT!
1. Discovery Park
Di GL Play by Gamuda Land, banyak tarikan yang best untuk bergembira bersama anak-anak. Salah satunya adalah Discovery Park di Gamuda Cove, Kuala Langat yang bakal membuatkan adrenalin mengalir laju!
Sahut cabaran di Goosebumps Rope Course yang mempunyai 57 elemen memanjat untuk dewasa dengan ketinggian 16m manakala 11 elemen untuk kanak-kanak yang pastinya mencabar keberanian anda. Sesuai untuk anda yang sukakan cabaran, paling penting dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang diyakini.
2. Cove Aerobar
Cove Aerobar pula sesuai untuk anda yang mahukan kelainan ketika menikmat juadah istimewa di sini. Berkonsepkan food-tainment, anda dan keluarga boleh melihat keseluruhan pembangunan di Gamuda Cove dari ketinggian 35m!
3. Safari Insta-Tour Ride di Paya Indah Discovery Wetlands
Sesuai sungguh untuk mama papa yang ada anak-anak kecil. Bawa anak mengenali alam semulajadi di sini. Rakamkan kenangan terindah di tiga lokasi menarik iaitu Bamboo Trail, Tasik Sendayan dan Rumah Melayu.
Seronoknya mengelilingi ketiga-tiga lokasi ini dengan perjalanan dua hala dengan trak safari yang ada di sini. Paling penting, perjalanan melawat kesemua lokasi menarik ini diiringi renjer taman hidupan liar yang akan berkongsi pelbagai info berkaitan alam semulajadi.
Ads
4. SplashMania
Jom, main air di SplashMania dengan tarikan kapal lanun terbesar serta dengan jumlah 39 jenis gelongsor dan tarikan air di sini!
Anak-anak pasti teruja bermain di Treasure Tower, gelongsor berwarna-warni dan baldi air yang menanti pengunjungnya untuk dibasahkan! Selain itu, anda sekeluaga juga dapat menikmati masa terbaik di Mini Mania. Antara tarikan lain di sini andalah Mini Monsta, Tiny Twista dan Ravage River.
Yang syoknya, anda boleh mengelilingi kawasan tema air ini melalui sungai dengan 8 checkpoint yang berbeza yang pastinya menjanjikan pengalaman hebat!
Untuk mama papa yang masih mencari-cari destinasi percutian terbaik untuk seisi keluarga bolehlah dapatkan harga promosi hanya RM79 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak dan warga emas hanyalah RM63 termasuk foto digital tanpa had. Promosi sah sehingga 31 Mac 2023.
BERSANTAI DENGAN FAMILI DI GAMUDA GARDENS, RAWANG!
Ads
1. Xploria
Ada beberapa tarikan di sini yang sesuai buat anda sekeluarga untuk bersantai. Ajaklah anak-anak untuk menikmati pemandangan di sini dengan menaiki Donut Boat Ride. Anak-anak pasti teruja berada di dalam bot berbentuk donat sambil merakam gambar kenangan seisi keluarga.
Syoknya dapat main basikal dalam air kan? Untuk anda yang mahukan kelainan, bolehlah berbasikal di tasik apabila berkunjung ke Xploria. Satu pengalaman berbeza yang menarik! Bukan itu saja, anak-anak boleh bergembira bermain go-kart di Crazy Kart yang dipantau oleh staf di sana untuk keselamatan.
2. Big Bucket Splash
Untuk mama papa yang mahu bermain air dengan anak-anak bolehlah ke Big Bucket Splash. Merupakan taman permainan air yang pastinya memberikan pengalaman berbeza ketika berada di sini.
Ads
Kedudukan strategik di Gamuda Gardens yang bertemakan hutan hujan dengan keluasan 1,000 kaki persegi dengan pelbagai tarikan seperti papan gelongsor, kolam, baldi hujan dan banyak lagi. Tambah menarik, anda juga boleh mengadakan majlis istimewa atau parti di sini.
BERSERONOK ‘BONDING TIME’ DI TWENTYFIVE7, GAMUDA KEMUNING!
Sesuai sangat anda sekeluarga meluangkan masa bersama-sama di Quayside, twentyfive7 ini. Kalau nak relaks, ayuh cuba Flamingo Pedal Boat! Comel sungguh bot Flamingo berwarna merah jambu ni, dah tentu anak-anak perempuan sukakannya. Bersantai dengan bot ini mengelilingi kawasan tasik.
Tak cukup sekadar mengayuh bot di sekitar tasik, anda boleh mencuba Waterfront Superfly. Sesuai untuk pengunjung yang suka cabaran melibatkan ketinggian, memang best! Anda dapat merentasi kawasan Quayside dan melihat keindahan pemandangan di sini. Dapat mencabar diri sambil melihat pemandangan indah di kawasan sekitar. Syoknya!
Bukan itu saja, anda boleh dapatkan tiket melalui promosi Pembelian dengan Pembelian – Dapatkan tiket SplashMania dan anda akan mendapat 50 peratus potongan harga untuk tarikan lain di GL PLAY.
Diam tak diam usia kandungan pelakon Mawar Rashid sudah pun berusia enam bulan. Mawar yang baru berhijab beberapa bulan lalu kelihatan cantik dan berseri-seri sejak kehamilan keduanya ini.
Terbaru menerusi instagram, suami kesayangan Mawar, Raf Yaakob memaklumkan kandungan isterinya, kini sudah pun mencecah enam bulan.
Malah menerusi entri itu juga, Raf turut memaklumkan kandungan isterinya dan anak di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Bukan itu sahaja, malah bapa penyayang ini juga memberitahu mereka kini sedang memikirkan nama anak.
“@mawarafjunior dah masuk enam bulan usia dalam kandungan Mekwa. Alhamdulillah so far semua okay, baby dan Mommy sihat je. Nama je masih duduk fikir-fikir lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama juga, Raf turut menambah malah mencadangkan warga maya berkongsi nama dengan pangkal huruf R buat bayi mereka kelak.
“Sekarang dah ada RAYYAN, RAYSAA & RAFAEL. Cuba korang cadangkan nama yang bermula dari huruf “R” for baby boy or girl,” katanya lagi.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac 2019. Raf turut mempunyai dua orang anak, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan bersama bekas isteri.
Semoga kehamilan Mawar dipermudahkan hingga proses bersalin kelak. Apa agaknya nama R yang paling sesuai untuk Mawar dan Raf?
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ibu mana yang tidak sayu hati melepaskan anak kecilnya yang sebelum ini sentiasa di bawah jagaan kini melangkah ke alam persekolahan.
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza turut merasai kesayuan yang sama bila mana melepaskan anak sulungnya, Siti Aafiyah ke sekolah pagi tadi.
Mahu membiasakan diri dengan persekitaran dan menimba ilmu, si comel Aafiyah yang kini berusia empat tahun sudah pun ke sekolah.
Menerusi Instagramnya, Dato’ Siti pagi tadi, penyanyi kesayangan ramai ini memuat naik sekeping gambar ketika menghantar Aafiyah ke sekolah.
Malah Siti turut berkongsi cerita kisah Aafiyah yang begitu semangat untuk ke sekolah malah bangun awal pagi untuk bersiap.
“Alhamdullillah, Harini first day Aafiyah masuk preschool. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah. Dia tak cranky pun.
“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah,” tulis Siti.
Bahkan kata ibu cantik manis ini lagi, Aafiyah bukan sahaja dengan mood yang begitu baik untuk ke sekolah bahkan begitu bersemangat untuk bersama kawan-kawan.
Menurut kata Siti lagi, dia begitu gembira walau dalam rasa sayu melihat anaknya yang kini sudah pun besar untuk melalui dunia baru dalam hidupnya.
“Semangat betul dia nak ke sekolah. Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah.
“Ayah ibu yang panggil minta salam. Ibu nak nanges tapi tahannnn jek,” kongsinya lagi
Dalam pada itu, Siti turut mendoakan agar perjalanan baru anak kecilnya itu dipermudahkan malah sentiasa terang hati untuk belajar.
“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain .. aamin ya rabb. (Tq teacher Na bantu Aafiyah),” tulis Tok Ti di Instagramnya.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut penyanyi kesayangan ramai ini turut sama mendoakan Aafiyah dipermudahkan malah memuji semangat yang ditunjukkan anak kecil itu.
Terdahulu, anak sulung Dato Siti, Siti Aafiyah dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2018. Siti dan Datuk K turut sama menyambut kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Afwa pada 19 April 2021.
Biar pun sudah punya pengalaman melahirkan anak, ibu mana yang tidak rasa bimbang untuk kembali sekali lagi bertarung nyawa di dewan bersalin. Bagi Mawar Rashid, biarpun sudah dua kali melahirkan anak namun perasaan gementarnya tetap ada.
Tinggal lagi sebulan lebih, Mawar yang kini sarat hamil tujuh bulan itu sudah pun merasai gementarnya.
Menurut perkongsian Mawar menerusi Instagramnya, dia kini sudah mula merasa debarannya bila tinggal lagi sebulan lebih untuk menyambut kehadiran cahaya mata ketiganya bersama suami.
Bahkan kata Mawar lagi, di kala dia sarat tujuh bulan ini, dia semakin cepat penat apa lagi bila berjalan banyak, lebih dari biasa.
“Throwback 5 months pregnant. Now i’m 7 months.
“Sekarang ni banyak berehat sebab cepat penat. Nervous lagi sebulan lebih tambah lagi sorang. Memang normal ke rasa nervous mommies?,” kongsi Mawar.
Malah melalui entri yang sama, Mawar turut memuat naik beberapa keping gambarnya ketika hamil lima bulan. Nampak seri ibu hamil.
Kongsi Mawar lagi, dia kini gemar memanjakan diri malah turut mengidam makan burger lobster sebelum bersalin tidak lama lagi.
“Mengidam burger lobster. Bawak mak-mak makan sini. Kebetulan mak-mak pakai sedondon. So cute 😘 #7m,” kongsi Mawar lagi.
Semoga kelahiran cahaya mata ketiga ini dipermudahkan.
Terdahulu, Mawar mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raf Yaakob pada 9 November 2018. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.