Pengacara dan ibu kepada dua anak, Fiza Frizzy, 33, berkongsi yang dia sedang hamil anak ketiga meskipun anak keduanya, Mohd Fahad Syamel baru berusia enam bulan.
Menerusi laporan MH, Fiza berkata, pada mulanya masih ragu-ragu mengenai kehamilan tersebut sehingga ditegur kenalan lalu memintanya untuk melakukan ujian kehamilan.
Seperti kebanyakan ibu yang baru sahaja melahirkan anak, sudah pasti ada di antara mereka mahu ‘pasang badan’ balik, nak kembali ke bentuk badan ideal dan sebagainya.
“Tapi nak dijadikan cerita, bila ke gim, saya terfikir kenapa bahagian perut ni tak pula mengecil? Bahagian lain nampak macam okay, tapi bahagian perut tidak menunjukkan perubahan.
“Kemudian bila ada sesi ukur baju (fitting) bersama stylist, dia ada bertanya mengenai bentuk perut dan minta saya untuk buat ujian kehamilan. Jadi saya buatlah dan bila tengok, alhamdulillah positif.
Ads
“Saya belum pasti berapa usia kandungan, mungkin empat ke lima minggu. Selepas ini, perlu rujuk ke doktor untuk dapatkan kepastian,” katanya.
“Rancang 5 tahun lagi, tapi ni namanya rezeki..”
Fiza dan suami, Mohd Fazli Zulkifli bagaimanapun bersyukur dan teruja atas khabar gembira sekali lagi bakal menimang cahaya mata.
Ads
“Sebenarnya saya rancang untuk hamil anak ketiga lagi lima tahun tapi rupa-rupanya rezeki Allah SWT nak bagi lepas lima bulan kehadiran anak kedua. Apa pun saya mendoakan yang baik-baik sahaja, insyaAllah.
“Suami turut sama terkejut tapi tentunya dia gembira. Sebab sebelum kami tahu mengenai kehamilan ini, rezeki kami berdua mencurah-curah. Syukur alhamdulillah. Jadi katanya, ini dinamakan kita menumpang rezeki anak. Saya idam anak perempuan sebab sudah ada dua anak lelaki. Apa pun jika dapat anak lelaki pun saya bersyukur asalkan bayi yang bakal lahir nanti sihat sempurna seadanya,” katanya.
Ads
Fiza mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan anak sulung mereka Mohd Faeeq Zuhayr, kini berusia 4 tahun.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikut petua pantang lama, ibu berpantang mesti minum air dalam kuantiti kecil dengan alasan kononnya rahim kembang dan mengganggu fungsi bahagian intim. Tidak, ini adalah sesuatu yang tidak betul!
Pengambilan air sangat mustahak untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat. Air merupakan komposisi penting untuk memastikan tisu badan sentiasa lembap, melindungi organ dan tisu badan, melarutkan mineral dan nutrien agar mudah diserap badan, menyeimbangkan suhu badan dan sebagainya.
Ketika hamil dan berpantang, amat penting untuk ibu untuk mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi untuk memastikan fungsi tubuh sentiasa berada di tahap optimum.
Tindakan mengurangkan pengambilan cecair boleh memudaratkan hingga menggalakkan pembentukan darah beku. Ini boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kematian mengejut di kalangan ibu selepas berpantang atau dipanggil pulmonary embolism.
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mempunyai ulasan mengenai keadaan tidak sihat ini.
Menurut kajian, jika dibandingkan ibu berpantang dan ibu yg sedang mengandung, kejadian darah beku ( thrombosis ) lebih senang berlaku pada ibu berpantang dengan perkadaran 5 kali ganda lebih tinggi pada ibu berpantang.
Dalam erti kata lain, darah beku ni boleh berlaku pada kedua-dua kumpulan iaitu ibu hamil dan ibu berpantang, tetapi ibu berpantang lebih senang kena.
DARAH IBU HAMIL LEBIH PEKAT, SENANG BEKU
Selain daripada perubahan fisiologi badan semasa hamil menyebabkan darah ibu mengandung ini lebih pekat dari biasa dan senang membeku, kekurangan air ( dehidrasi ) atau tidak bergerak untuk tempoh masa yang lama, atau jangkitan kuman – boleh menyebabkan darah beku ini terhasil.
AIR MENGELAKKAN IBU ‘KEKERINGAN’ & MEMBANTU PENGHASILAN SUSU IBU
Air yg mencukupi bukan sahaja diperlukan untuk si ibu tidak mengalami kekeringan dan dalam masa yg sama penting untuk penghasilan susu badan.
Jadi bila berpantang, tak mau minum air, ataupun kuantiti air Adihadkan dah kenapa?
Air yang masuk melalui mulut tu akan diserap badan oleh sistem pencernaan. Apa kaitan antara minum air dengan faraj berlecak ?
Tahniah diucapkan buat pelakon Josiah Hogan dan isteri tercinta, Nurul Hidayu Mohamed Nordin yang baru sahaja menimang cahaya mata mata keempat mereka pada hari Selasa yang lalu.
Nurul Hidayu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada jam 1.37 pagi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang.
Josiah ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kelahiran itu dipermudahkan, namun sedikit bimbang apabila isterinya mengalami kesakitan yang lebih untuk proses kelahiran kali ini.
“Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan Covid-19.
“Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih sedikit berbanding bersalin sebelum ini. Jadi, hari-hari saya pantau keadaan dia untuk melihat perkembangannya,” katanya.
Pelakon Degup Cinta itu berkata, buat masa ini mereka belum memutuskan nama untuk bayi perempuan terbabit.
“Isteri saya baru dibenarkan keluar dari hospital. Kami masih dalam perbincangan untuk memberi nama kepada ahli baru dalam keluarga kami ini,” katanya.
Josiah dan NurulHidayu mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4. Ini adalah perkahwinan kedua pelakon terbabit.
Pada perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan yang kini berusia 14 tahun.
Selamat berpantang diucapkan untuk Nurul Hidayu. Semoga si kecil ini membesar menjadi anak yang solehah.
Pemberian kebenaran untuk suami menemani isteri di dalam dewan bersalin adalah bergantung pada dasar dan ruang terbabit di sesebuah hospital itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dalam mempertimbangkan perkara itu, pihak hospital perlu mengambil kira aspek berkenaan terlebih dahulu.
“Isu sama ada suami boleh mengiringi isteri di dalam dewan bersalin adalah bergantung pada dasar hospital terbabit dan mengambil kira ruang di tempat berkenaan.
“Ada hospital membenarkan suami mengiringi isteri di dalam dewan bersalin kerana ada ruang mencukupi dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Jika ruang mencukupi, hospital terbabit boleh mempertimbangkan perkara itu,”
Sebelum ini, hospital kerajaan tidak membenarkan suami menemani isteri di dalam dewan bersalin sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Sumber: Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.