Mengidam bukan hal mengada-ngada. Bukan saja-saja terfikir hendak makan, jauh sekali menyusahkan suami atau ahli keluarga. Ia sukar diungkapkan dengan kata-kata. Rasa terlintas dalam fikiran dan hanya ingin merasa, begitu kata sesetengah wanita hamil.
Elfira Loy yang bakal melahirkan bayi sulungnya tidak lama juga melalui momen indah ini. Namun menariknya keinginan Elfira untuk merasai beberapa makanan direalisasikan oleh ibu dan adik beradiknya yang lain. Alahai sweetnya.
Perkongsiannya di instagram buat peminat rasa terharu dengan kejutan yang diberikan keluarga Elfira ini. Demi kakak kesayangan, mereka berjaya merancang percutian demi mencari beberapa makanan yang diidamkan oleh El.
I secretly saved a file for my “ mengidam trip “ which is to Penang . Banyak nak pegi sini situ nak try semua benda in one trip . Tapi , malu nak cakap sebab takut mengada haha.
Ads
So pendamkan sahaja food hunting mengidam itu dalam saved file dalam instagram.
Tapi bila dah hujung-hujung adalah cerita cerita tunjuk tunjuk kat orang bila orang tanya apa je yang teringin nak buat tapi tak buat lagi , saja bagi happy. Sekali @ritanadira_ told mama about this and mama planned this trip. Thank youuuuuuu!
Ads
Sadly my husband couldn’t join because harini dia kerja tapi saya ada adik saya @ahmadezzrinloy yang bawakan. Yelah dia nak jadi “favorite uncle “ to this baby. ALHAMDULILLAH , bestttt semua dapat kecuali kacang tumbuk tu. But thank you!
Can checkout @elfarisfamily page kalau nak tahu el pegi mana. Ada lebih 10 tempat best El pegi.
Netizen juga tidak terkecuali memberikan nasihat dan panduan yang terbaik buat El ketika bercuti di Penang. Tidak ketinggalan juga yang menyarankan beberapa tempat untuk El cuba. Menarik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mempelajari dan melancarkan bacaan Al-Quran sangat elok. Apa yang dilakukan Mawar ini wajar dilakukan semua!
Mawar Rashid mempelajari Iqra untuk membantu kefasihan bacaan dan dalam masa yang sama memperdengarkan ayat-ayat suci kepada si kecil dalam kandungan. Perkara ini diberitahu Mawar menerusi Instagramnya.
mawarashid Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all..
Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran. Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni.
Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar.
Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah ?
And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat ?
Ibu yang pertama kali disahkan hamil pastinya ternanti-nanti saat untuk melakukan scan atau imbasan kehamilan untuk melihat janin di dalam kandungan.
Apa ada sebenarnya dengan scan dan imbasan ini? Jom ketahui apa yang boleh anda jangkakan ketika melakukan scan awal kehamilan, seperti yang dikongsikan oleh Hello Doktor.
Prosedur scan atau ultrabunyi (ultrasound) merupakan ujian diagnostik tanpa rasa sakit yang dilakukan kebanyakan wanita semasa tempoh kehamilan.
Gelombang bunyi berfrekuensi tinggi akan bergerak ke dalam rahim dan kembali daripada janin sebagai getaran. Gema yang dihasilkan akan diterjemah ke isyarat elektrik dan dipancarkan sebagai gambar hitam putih pada monitor – memaparkan tisu lembut dan organ bayi.
2 jenis imbasan
Terdapat 2 jenis imbasan yang boleh dilakukan ketika awal kehamilan. Ini yang anda perlu tahu.
1. Transvaginal Probe
Janin berada di dalam pelvis pada awal kandungan dan gelombang bunyi tidak dapat melepasi tulang, maka transvaginal probe- transduser dimasukkan ke dalam faraj, bagi membolehkan doktor melihat rahim melalui serviks. Prosedur ini dilakukan dengan probe berbentuk seakan tongkat yang ditutupi sarung lateks, seperti kondom.
Untuk scan awal kehamilan ini, doktor akan menggunakan sedikit pelincir dan memasukkan transduser ke dalam faraj secara perlahan. Peranti akan digerakan bagi membentuk gambar yang diperlukan di skrin. Ia tidak menyakitkan pada dasarnya, cuma mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
2. Transabdominal Ultrasound
Selepas beberapa minggu pertama, kebanyakan doktor akan melakukan ultrabunyi pada perut bagi prosedur scan awal kehamilan.
Gel akan disapukan pada kulit perut bagi membolehkan transduser – peranti seakan mikrofon, meluncur dengan lebih mudah dan meningkatkan penghantaran gelombang bunyi ke dalam badan.
Doktor akan menggerakkan transduser pada perut dengan sedikit tekanan dan gelombang bunyi yang diterima akan menghasilkan gambaran bayi dalam kandungan.
Waktu sesuai scan di awal kehamilan
Umumnya waktu untuk melakukan scan kandungan pertama adalah berbeza bagi setiap individu.
Scan awal kehamilan (minggu ke 6-8)
Pemeriksaan ultrabunyi yang dilakukan sekitar minggu ke 6 – 8 kehamilan biasanya disyorkan jika ibu hamil mempunyai gejala kehamilan berisiko tinggi seperti:
* Pendarahan
* Sakit perut
* Sejarah keguguran kandungan
* Sejarah kecacatan kelahiran
* Komplikasi kehamilan
Biasanya doktor akan menggunakan prosedur transvaginal probe untuk mendapatkan gambaran lebih jelas berkaitan degupan jantung bayi, tarikh jangkaan bersalin dan juga perkembangan semasa kehamilan anda.
Doktor juga dapat menentukan sama ada ia kehamilan berganda atau mempunyai risiko kehamilan ektopik – janin membesar di tiub fallopio dan bukannya rahim.
Imbasan Dating (minggu ke 10-13)
Sekiranya tidak melakukan scan awal kehamilan pada minggu ke 6 – 8, anda mungkin akan menjalani ultrasound dating sekitar 10-13 minggu kehamilan.
Pemeriksaan transabdominal ini akan meramalkan due date, memeriksa degupan janin dan menentukan jumlah bayi dalam kandungan. OB-GYN turut akan memeriksa anatomi asas janin seperti panjang kepala.
Ukuran tersebut penting untuk dilakukan bagi menentukan apakah ukuran janin bersesuaian dengan ukuran sepatutnya berdasarkan haid terakhir ibu hamil.
Scan kandungan: Tinjauan anatomi (minggu ke 18-20)
Jika anda tidak menjalani scan awal kehamilan pada trimester pertama, prosedur ultrabunyi anda biasanya dilakukan sekitar minggu 18 – 20.
Untuk imbasan pada tempoh ini, doktor akan menilai hampir 35 elemen termasuklah berkaitan otak, jantung, buah pinggang, limfa, wajah, jantina dan sebagainya.
Ukuran diameter dan keliling kepala dan perut serta panjang tulang paha bayi turut akan diambil. Doktor akan mencari dan menilai ciri fizikal yang menunjukkan sebarang kelainan.
Namun seperkara yang perlu ibu fahami, pemeriksaan imbasan ini tidak dapat mengesan semua kecacatan kelahiran dan hasil scan normal tidak menjanjikan bayi sihat 100%.
Walau bagaimanapun, melakukan imbasan menggunakan alat diagnostik hebat ini dapat membantu memastikan kehamilan dan bayi dalam kandungan berada pada landasan yang betul.
Persediaan untuk scan
Apakah persediaan bagi ibu hamil sebelum melakukan scan kandungan?
* Bagi wanita yang kehamilannya kurang daripada 14 minggu, akan diminta untuk mengisi pundi kencingnya dengan kapasiti yang mencukupi.
* Gelombang bunyi dapat bergerak lebih baik melalui cecair, maka pundi kencing yang penuh dapat meningkatkan kualiti ultrabunyi pada imbasan tempoh awal kehamilan.
* Pakai pakaian yang bersesuaian untuk melakukan ultrasound, seperti pakaian yang memudahkan akses ke perut.
* Terdapat sesetengah tempat menawarkan penggunaan ultrabunyi 3D yang memberikan gambar bayi berkualiti dengan lebih perincian. Teknologi ini biasanya digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan lebih baik, serta mengesan kelainan wajah atau kecacatan tiub saraf.
Kita selalu ingat trauma hanya dirasai oleh orang dewasa. Hakikatnya, bayi yang masih dalam kandungan juga boleh ‘merekod’ tekanan yang dialami oleh ibunya.
Lebih menyayat hati, ramai ibu hamil yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga terpaksa melalui penderitaan fizikal dan emosi yang bukan sahaja memudaratkan diri mereka tetapi turut mengancam keselamatan si kecil yang belum lahir. Situasi trauma ibu hamil seperti ini semakin membimbangkan dan sering berlaku tanpa disedari.
Ramai ibu di luar sana mungkin tidak sedar bahawa setiap tekanan, ketakutan, dan kesakitan yang mereka alami ketika hamil sebenarnya memberi impak besar kepada perkembangan bayi. Bila tubuh ibu sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, hormon stres seperti kortisol meningkat secara mendadak dan inilah yang akhirnya memberi kesan langsung kepada tumbesaran bayi dalam kandungan.
Menurut Pengamal Perubatan Am, Psikiatri dan Kesihatan Mental, Dr. Fakrul Azren Azhar, mangsa keganasan rumah tangga lazimnya berdepan trauma yang sangat mendalam seperti:
Dalam keadaan sebegini, ibu hamil bukan sekadar hidup dalam ketakutan tetapi turut kehilangan rasa selamat dan harga diri. Jika trauma ini berlarutan, ia boleh berkembang menjadi Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dan gangguan kemurungan major. Inilah realiti pedih yang dialami apabila trauma ibu hamil tidak dirawat segera.
Lebih merisaukan, hormon stres yang tinggi secara kronik boleh mengganggu perkembangan bayi, antaranya:
Ini menunjukkan betapa kuatnya hubungan emosi antara ibu dan bayi. Bila ibu terancam, bayi juga menerima ‘isyarat’ tekanan yang sama melalui aliran hormon dalam badan.
Kehamilan sepatutnya menjadi waktu yang penuh kasih sayang, ketenangan dan impian. Tetapi trauma boleh menjadikan ibu:
Bonding bukan berlaku selepas bayi lahir sahaja – ia bermula sejak dalam rahim. Sebab itu sokongan emosi sangat penting untuk memastikan ibu merasa selamat dan dihargai.
Mengulas beberapa kes termasuk tragedi menimpa Jahidah Nordin, Dr. Fakrul menjelaskan bahawa tidak semua pelaku keganasan rumah tangga mengalami gangguan mental klinikal.
Sebaliknya, ramai mempunyai ciri-ciri berikut:
Dalam sesetengah kes, pelaku mungkin mempunyai Gangguan Personaliti Antisosial atau Narsistik, yang menjadikan mereka tidak melihat pasangan sebagai manusia yang perlu dihormati tetapi sebagai “milik” yang boleh dikawal. Sejarah trauma pelaku juga boleh mempengaruhi corak tingkah laku ini, namun ia tidak pernah menjadi alasan untuk menjustifikasi penderaan.
Kehamilan adalah fasa yang memerlukan perlindungan, bukan penderaan. Trauma yang berlaku pada ibu bukan berhenti pada tubuhnya sahaja malah ia menembusi hingga ke rahim, memberi kesan kepada bayi yang tidak berdaya. Kes-kes trauma ibu hamil bukan sahaja merosakkan emosi ibu, tetapi turut mencorakkan perkembangan bayi selepas lahir.
Sebagai masyarakat, kita tidak boleh diam. Sebagai pasangan, suami perlu menjadi tempat perlindungan bukan punca ketakutan. Sebagai keluarga, kita perlu membuka mata dan bertanya khabar. Sebagai rakan, kita perlu peka sebelum terlambat.
Kerana dalam setiap tubuh wanita yang sedang mengandung… ada satu nyawa kecil yang juga “merasakan” dunia melalui ibunya. Dan bayi itu berhak datang ke dunia dengan penuh rasa selamat, bukan trauma. Setiap langkah kecil untuk menyokong ibu hamil mampu mengubah masa depan seorang anak.
Keletihan biasa? Semua ibu pernah rasa. Tapi apa jadinya bila keletihan itu sampai tahap hilang fokus, minda “auto‑pilot”, dan keputusan yang diambil boleh menyebabkan bahaya kepada anak sendiri?