“Random sangat ini anak… nanti lah mama explain batu tu untuk apa.”
Ayat pendek tapi cukup melekat di hati para ibu yang menonton video viral dari TikTok @nuraz.66 ini. Dalam video berdurasi kurang dari seminit, kelihatan seorang ibu sedang berdepan gelagat “rawak” dari anak kecilnya yang mungkin keliru atau tertarik dengan seketul batu. Video yang kini telah mencapai 1.6 Juta tontonan ini buat netizen terhibur.
@nuraz.66Random sgt ini anak.… 🤣 nanti lah mama explain batu tu untuk apa .
Netizen Pun Join ‘Takziah’ & Kongsi Kenangan Lucu Mereka
Yang paling menghiburkan ialah ruangan komen. Netizen bukan sahaja simpati dengan si anak, malah turut ‘berkabung’ bersama Air Selangor dan berkongsi kisah masa kecil mereka:
Ads
“Dikucupnya pulak batu nisan tu. Semoga arwah Air Selangor tenang di sana.” – @nabila
“Salam Takziah buat 150mm Air Selangor Sekeluarga.” – @Arif Abdul Khalik
“Betul la tu dia doakan Air Selangor, kan asyik takde je..” – @Mat ps
“Takpe dik bukan awak sorang, acik dulu umur 7 tahun pun ingat tu kubur lama.” – @meegorengbasah
“Jgn gelak kan dia, ingat kita dulu pun pikir kan tu kubur.” – @nur cinta
Komen-komen ini bukan sahaja mencuit hati, tapi menunjukkan betapa relatable dan penuh memori zaman kecil kita semua.
Ads
Bila Anak Bertanya, Itu Tanda Mereka Sedang Belajar
Daripada video ini, kita dapati bahawa apa yang mungkin nampak sebagai gelagat ‘rawak’ atau lucu dari anak kecil, sebenarnya adalah refleksi daripada dunia penuh imaginasi dan rasa ingin tahu yang tulus. Sebagai ibu bapa, kita bukan perlu tahu semua jawapan tapi cukup sekadar memberi ruang, mendengar, dan membalas dengan tenang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Mak suruh masukkan ikan dalam akuarium.” Itu bukan skrip drama atau dialog rekaan, tetapi alasan jujur seorang murid sekolah rendah apabila ditanya pengawas sebab datang lewat ke sekolah.
Alasan unik itu mencuri perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Threads @syaa.waniey yang memuat naik senarai alasan pelbagai yang diberikan oleh sekumpulan murid yang tercatat dalam buku salah laku kerana datang lewat.
Antara alasan lain yang tidak kurang menarik termasuk:
“Mak masak nasi goreng.”
“Ayah lambat balik rumah.”
“Bangun lambat sebab abang dan kakak pun lambat.”
“Tidur lewat dan jalan sesak.”
“Salahkan ahli keluarga lain.”
Menurut hantaran yang kini telah meraih lebih 200 perkongsian, netizen rata-ratanya terhibur dengan kejujuran anak-anak ini. Ramai menyifatkan ia sebagai satu bentuk kejujuran tulen yang sukar ditemui zaman sekarang.
“Paling jujur abad ini! Budak lain mungkin akan kata ‘tertinggal bas’ atau ‘bangun lambat’, tapi dia bagi jawapan rare – salahkan mak masak nasi goreng pagi-pagi,” tulis seorang pengguna bernama Muse.
“Ini baru dinamakan ‘ikan lebih penting dari sekolah’. Tapi comel la dia,“ tambah seorang lagi netizen, Haziq.
Walaupun ramai yang terhibur, ada juga yang memandang situasi ini dari sudut lebih serius. Ada yang menyeru ibu bapa agar memainkan peranan lebih aktif dalam membantu anak-anak mengurus rutin pagi mereka supaya tidak mengganggu waktu persekolahan.
“Ibu bapa kena main peranan ajar anak tidur awal, bangun cukup waktu. Supaya jadual mereka teratur. Sebab banyak betul alasan bangun lambat, tidur lewat dalam buku tu,” kata pengguna bernama Syafiqah.
Tidak dapat dinafikan, kanak-kanak sememangnya penuh dengan kejujuran yang kadangkala mencuit hati. Walaupun alasan-alasan ini nampak ‘remeh’, ia sebenarnya membuka ruang untuk ibu bapa dan guru memahami rutin serta cabaran sebenar yang dihadapi anak-anak setiap pagi.
Daripada memarahi mereka semata-mata kerana kelewatan, mungkin ini masa yang sesuai untuk mendengar, memahami dan membantu mereka membina tabiat pagi yang lebih sihat dan konsisten.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki setiap orang tak sama tapi semangat dalam diri boleh mengubah kehidupan seseorang itu untuk jadi lebih baik. Seperti kisah murid ini, di sebalik kesusahan yang dilalui, hatinya cukup kental untuk datang ke sekolah menimba ilmu walaupun dalam serba kekurangan.
Bagi yang mengikuti kisah adik ini pasti rasa sebak kerana dalam serba kekurangan dia tak malu sehingga mendapat perhatian pihak guru untuk membantu. Kisah murid ini membuatkan kita boleh lagi bersyukur untuk berikan yang terbaik buat anak-anak.
Tetap datang ke sekolah
Seorang guru ini berkongsi kisah seorang murid miskin sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.
“Saya sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azam begitu tinggi dan datang sekolah biarpun dalam keadaan serba daif.
“Insya-Allah, saya rancang ambil dia sebagai anak angkat dan bantu sedaya mana yang tɛermampu supaya dia dapat meneruskan persekolahan seperti murid lain,” kata Mohd Nasir Mohd Zain.
Pakai kasut abang
Guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah itu tular selepas berkongsi kisah kekentalan seorang mṳridnya sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.
Mohd Nasir berkata, bukanlah niatnya mahu menagih pujian dengan memṳat naik perkongsian dia membantu membeli kelengkapan sekolah murid tahun tiga itu, namun hantaran di Facebook (FB) miliknya itu bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat terutama anak muridnya.
“Air mata saya hampir menitik melihat dia sanggup seret kakinya di lantai supaya kasut dia yang saiznya jauh lebih besar daripada kakinya tidak tertanggal manakala tangannya sentiasa memegang seluar bagi mengelak terlondeh.
“Saya fikir kalau terjadi kepada anak saya atau murid lain, pasti malu dan tak mahu pergi sekolah.
“Jadi saya tak kisah apa pun orang hendak kata kerana niat saya berkongsi kisah ini supaya ia dijadikan inspirasi kepada orang lain terutama murid lain supaya tidak menjadikan kemiskinan satu halangan untuk datang ke sekolah,” katanya.
Mempunyai empat adik beradik
Menurutnya, hasil semakan dan maklumat diterimanya mendapati kanak-kanak yang mempunyai empat adik-beradik itu datang daripada keluarga miskin.
“Saya fikir sekarang dia belajar di tahun tiga mungkin belum tahu apa itu perasaan malu.
“Bayangkan kelak bila dia naik ke tahun empat, lima atau enam, tidak mustahil dia akan rasa malu dan jika tidak pergi sekolah sudah pasti masa depan dia akan gelap.
“Jadi, jika ada sokongan moral macam ini saya rasa sɛkurang-kurangnya boleh mɛnaikkan sɛmangatnya untuk maju dalam pelajarannya,” katanya.
Katanya, dia merasa puas melihat riak wajah murid berkenaan selepas menerima kelengkapan sekolah serba baru yang dibeli di Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi Khamis lalu.
“Menjadi satu kepuasan kepada diri saya bila melihat ekspresi muka kanak-kanak itu yang sangat gembira seolah-olah apa yang diidamkan sɛlama ini tercapai,” katanya.
Tempat tukar lampin bayi adalah ruang khas yang disediakan demi keselesaan dan kebersihan si comel kita. Tapi bila ruang ini disalah guna apatah lagi digunakan untuk anjing peliharaan.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila tular satu foto memaparkan sepasang lelaki dan wanita menggunakan changing table di dalam tandas awam bukan untuk bayi… tapi untuk menukar lampin anjing peliharaan mereka!
Menerusi perkongsian seorang individu di platform Threads, foto mengejutkan itu memaparkan pasangan tersebut berada di dalam tandas wanita sambil meletakkan anjing mereka di atas meja penukar lampin — ruang yang direka khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak sahaja.
Lebih menyedihkan, pasangan itu dilihat sedang menyalin lampin anjing di atas permukaan meja tersebut, tanpa sebarang alas khas atau kesedaran tentang implikasi kebersihan. Aksi mereka sempat dirakam orang awam yang turut berada di lokasi tersebut.
“Tak faham langsung ke tempat tu untuk baby? Tu bukan tempat haiwan! Bodohnya tindakan macam ni.” – netizen marah di ruang komen.
Bukan itu sahaja, lelaki yang berada bersama wanita tersebut turut dikecam kerana masuk ke ruang tandas wanita tanpa rasa bersalah. Tindakan ini menambah lagi kemarahan ramai, khususnya golongan ibu yang sering menggunakan tandas ini untuk menukar lampin anak mereka.
Ibu-ibu memang tak boleh berkompromi bila bab kebersihan anak. Kalau dah tempat menukar lampin bayi digunakan untuk haiwan — bagaimana nak pastikan ruang itu bersih, selamat dan bebas bakteria untuk bayi kita?
Walaupun majoriti mengecam tindakan itu, masih ada segelintir individu yang mempertahankan pasangan berkenaan. Mereka berpendapat tempat menukar lampin itu boleh digunakan untuk haiwan peliharaan asalkan dibersihkan selepas digunakan.
Namun bagi kebanyakan ibu bapa, alasan itu tetap tidak dapat diterima.
“Anak saya pernah kena ruam sebab meja tukar lampin kotor! Bayangkan kalau tempat tu dah terkena najis anjing. Nauzubillah.” – luah seorang ibu prihatin.
Walaupun kejadian ini tidak dapat dipastikan lokasinya, tetapi ia membuka mata kita tentang pentingnya kesedaran sivik. Tempat awam perlu digunakan mengikut tujuan asal, terutama sekali kemudahan khas untuk bayi.
Pasangan ini mungkin menganggap ia remeh, tetapi bagi ibu ayah yang setiap hari mengurus bayi kecil, kebersihan dan keselamatan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.