Keibubapaan

“Rapuh Betul Hati Dia Lepas Dapat Adik” Anak Sulung Makin Cemburu. Cabaran Buat Yana Lee!

Share

Bila dapat anak kedua, tanggungjawab dan cabaran seorang ibu ternyata makin bertambah. Selain menguruskan dua anak, mengawal emosi terutama anak sulung ternyata amat mencabar.

Jom tonton tip jadi bapa cool dan terbaik. 

Pemilik jenama Leeyana Rahman, yang mesra di sapa Yana Lee turut berdepan hal yang sama. Menurut perkongsian Yana, anak sulungnya, Tyara Luthfya kini menjadi anak yang semakin sensitif dalam segala hal.

Inilah yang dikongsikan oleh Yana menerusi Instagramnya. Tidak hanya sensitif bahkan kata Yana, anak sulungnya itu semakin kuat cemburu dengan adiknya, Hanna Qalisya yang baru sahaja dilahirkan pada awal Mei lalu.

“Ni lah orang yang paling sensitive dalam dunia.

“Rapuh bethol hati dia lepas dapat adik baru,” tulis Yana melalui Instagramnya.

Bahkan melalui entri terdahulu Yana selepas bersalin pada awal Mei lalu, Tyara semakin kuat cemburu malah sentiasa bertanya hadiah untuknya setiap kali hadiah diberikan buat adiknya itu.

“Simpan sini buat kenangan.

“Tyara sekarang kuat jeles. Kalau adik dapat hadiah apa-apa mesti dia akan tanya “kawan mama bagi kat baby je ke?

“Tyara punya mana? Kuat betul dia merajuk sekarang,” tulisnya berkongsi.

 

Akui dengan cabaran menjaga emosi anak perempuannya, Yana Lee turut bertanyakan hal yang sama kepada pengikutnya yang mempunyai anak ramai.

“Korang yang ada anak lebih dua orang macam mana lahh ye hehe,” tulisnya lagi.

Terdahulu melalui Instagram, Yana turut memuat naik beberapa gambar terbaru majlis akikah anak keduanya yang baru berlangsung semalam.

Memilih tema warna putih, ibu kepada dua cahaya mata ini tampil berseri dengan warna putih sendondon bersama suami dan anak-anaknya.

“Alhamdulillah selesai sudah majlis akikah anak kedua. Mama yana is back,” kongsinya ringkas.

 

Terdahulu, Yana Lee selamat melahirkan anak keduanya yang diberi nama, Hanna Qhalisya bt Muhammad Hafiz pada 5 Mei lalu.

Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN