Pejam celik dah hampir setahun pelakon Elfira Loy bergelar seorang ibu. Elfira menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi rasa gembira kerana putera sulungnya, Muhamad Rayya Khalaf bakal menyambut ulangtahun yang pertama pada bulan hadapan.
Menurut Elfira dia merasakan waktu dan perjalanan yang dilalui sebagai seorang ibu berlalu dengan cepat dan pantas.
“Percaya tak @muhamadrayyankhalafofficial dah setahun bulan depan? Sekejap je masa berlalu dah setahun jadi mak.
“Rasa macam semalam baru belajar nak sendawakan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je,” kongsi Elfira
Sementara itu, Elfira turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anaknya itu.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan.
Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah bermain:
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental
-Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal
-Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah persepsi
-Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku
-Kanak-kanak yang kurang mendapat peluang untuk bermain
-Kanak-kanak yang mempunyai kelambatan pertuturan dan bahasa
Terdapat 3 jenis permainan:
-Permainan berfungsi
-Permainan membina
-Permainan olok-olok
Permainan Berfungsi
Kanak-kanak bermain permainan berfungsi dengan eksplorasi sesuatu objek. Antara contoh permainan berfungsi adalah seperti menarik, menggoyang atau mengetuk objek, memanjat dan berlari.
Permainan Membina
Kanak-kanak membina sesuatu dengan merancang menggunakan minda. Contoh permainan membina seperti membina istana pasir atau menyusun blok secara bertingkat. Kanak-kanak akan menggunakan minda mereka untuk bermain permainan ini.
Permainan Olok-olok
Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain secara olok-olok seperti menjadi seorang doktor. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif adalah penting dalam permainan olok-olok.
Tips bermain bagi meransang pertuturan anak
Sewaktu bermain dengan anak anda, bercakaplah dengan mereka. Komunikasi sewaktu bermain dapat merangsang pertuturan dan bahasa anak anda. Gunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan ruang yang sesuai untuk anda dan anak anda bermain. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.
Aktiviti bermain mestilah sesuai dengan perkembangan anak anda. Pilih permainan yang bersesuai dengan perkembangan anak. Permainan perlu diubahsuai jika perlu bagi kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya.
Mainan atau barang-barang yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur mereka.
Kenal pasti minat anak anda dan gunakan minat tersebut untuk menarik perhatian mereka bermain.
Arahan secara lisan mestilah sesuai dengan tahap pemahaman anak anda. Gunakan bahasa yang mudah difahami.
Proses mengajar dimulakan dengan perkara asas dan kemahiran yang baru perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Model perbuatan yang hendak anda ajar. Jika anak anda mempunyai masalah untuk meniru perbuatan tersebut, beri bantuan secara fizikal. Sebagai contoh; pegang tangan mereka dan melambai ‘bye-bye’
Anak anda mungkin berasa kecewa jika waktu bermain terlalu singkat atau tempoh bermain yang terlalu lama juga boleh menyebabkan mereka berasa bosan. Rancang tempoh bermain yang sesuai dengan anak anda.
Kanak-kanak yang tidak mahu bermain akan ikut bermain jika mereka lihat anda seronok dengan aktiviti yang sedang anda lakukan.
Beri ganjaran seperti pujian jika anak anda bermain sehingga habis sesuatu permainan.
Tunjukkan yang anda juga suka apabila anak anda bermain.
Sewaktu bermain, galakkan anak anda bercakap tentang apa yang sedang anda berdua lakukan
Apabila kanak-kanak bosan dengan mainan mereka, anda boleh bermain mainan tersebut dengan cara yang lain seperti menyembunyikan mainan tersebut di dalam kotak untuk mendapatkan semula perhatian mereka.
Ingat, anak anda juga perlukan masa untuk bermain sendiri
Keselamatan sewaktu bermain adalah sangat penting. Pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa bermain, ruang bermain yang mencukupi dan peralatan yang selamat
Permainan yang sesuai mengikut umur
Sewaktu bermain dengan anak anda, pastikan mainan tersebut sesuai dengan umur mereka Berikut adalah cadangan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.
UMUR JENIS-JENIS MAINAN
0-3 bulan – Mainan yang lembut, buku yang lembut, rattles lembut 3-6 bulan – Rattles yang ringan, buku kulit keras, mainan untuk menggigit, play mat 6-9 bulan – Buku, anak patung yang lembut, bola, blok berkayu atau blok lembut, mainan perkakas rumah 2-4 tahun – Permainan yang boleh ditarik atau ditolak, permaian yang boleh ditunggang, permainan aksi seperti buaian, terowong and gelongsor (taman permainan mini) 5-8 tahun – Permainan yang boleh dimanipulasi seperti permainan potong (cut game), mainan seni dan kraf tangan
Ramai ibu bapa mengalami masalah yang sama sewaktu menjaga anak mereka yang kurang sihat, terutama bayi dan juga kanak-kanak. Mereka memerlukan penjagaan yang lebih teliti daripada ibu bapa terutama sekali dalam disiplin pengambilan ubat seharian.
Memberikan ubat kepada kanak-kanak memang sesuatu yang menyukarkan. Ia memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul. Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak.
Paling penting jangan memberi anak anda ubat dengan kaedah paksaan, dikhuatiri akan menyebabkan si kecil lemas dan terjadinya perkara yang tidak diingini.
Persediaan cecair:
– Sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak baru lahir hingga satu tahun.
– Kenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
– Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45 darjah.
– Balut bayi menggunakan kain atau selimut bayi.
– Pakai peralatan sesuai bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
– Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang dipecah atau dihancurkan:
– Kanak-kanak di antara satu tahun hingga prasekolah.
– Campurkan ubat dengan puding.
– Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
– Jangan marah atau denda si kecil jika dia mengeluarkan semula ubat itu.
– Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
– Kanak-kanak lima tahun dan ke atas selalunya boleh menelan ubat sendiri.
– Jangan sesekali benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibu bapa.
Anak memuntahkan semula ubat?
1.Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama
2.Sekiranya muntah berulang kali, berhenti dan hubungi doktor dengan segera.
3.Jika si kecil perlu makan ubat dalam jangka masa panjang, anda boleh beli alat pemecah ubat bagi memudahkannya menelan.
4.Berlainan jika pengambilan ubat untuk jangka masa pendek, anda boleh hancurkan ubat menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.
5.Anda boleh cuba melarutkan ubat mengikut arahan yang tertera pada bungkusan ubat.
6.Jika anda kurang pasti, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis supaya si kecil mendapat manfaat daripada pengambilan sesuatu jenis ubat.
Sumber: kelabmama & Jelita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa, kita sering bimbang bila anak tiba-tiba demam, batuk atau naik ruam. Namun, adakalanya masalah kesihatan si manja bukanlah kerana jangkitan kuman, tetapi sebenarnya disebabkan oleh alahan (allergy). Malangnya, ramai ibu ayah kurang sedar tentang tanda-tanda awal alahan pada kanak-kanak sehingga keadaan jadi semakin serius.
Alahan berlaku apabila sistem imun anak memberi tindak balas berlebihan terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak berbahaya, contohnya makanan, habuk, bulu haiwan atau ubat tertentu. Reaksi ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk – ada yang ringan, ada juga yang membahayakan nyawa.
Kulit Gatal & Ruam Jika anak tiba-tiba naik ruam merah, gatal atau kulit kering bersisik selepas makan sesuatu makanan, itu mungkin tanda ekzema atau alahan makanan.
Masalah Pernafasan Bunyi berdehit (wheezing), batuk berpanjangan atau hidung sering tersumbat walaupun tidak selesema boleh jadi petanda asma atau alahan habuk.
Masalah Penghadaman Anak kerap muntah, cirit-birit atau sakit perut selepas makan makanan tertentu (contoh: susu lembu, telur, kacang).
Bengkak Muka, Bibir & Mata Reaksi yang lebih serius boleh menyebabkan bengkak pada bahagian muka, lidah atau kelopak mata. Ini perlu rawatan segera.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas berulang kali, jangan tunggu lama. Bawa mereka berjumpa doktor pakar pediatrik atau pakar alahan. Ujian alergi boleh dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar. Langkah awal ini sangat penting supaya ibu ayah dapat mengelakkan pencetus alahan daripada berterusan.
Catat jurnal makanan: Tulis apa yang anak makan dan kesan selepas itu.
Jaga kebersihan rumah: Elakkan habuk, bulu kucing atau asap rokok.
Sediakan kit kecemasan: Jika anak ada alahan serius, sentiasa simpan ubat antihistamin atau auto-injector (jika disarankan doktor).
Didik anak: Ajarkan mereka elakkan makanan yang boleh memudaratkan.
Alahan mungkin nampak remeh pada awalnya, tetapi jika dibiarkan boleh memberi kesan jangka panjang kepada tumbesaran anak. Sebagai ibu bapa, peka dengan tanda awal adalah langkah terbaik untuk melindungi kesihatan si kecil. Ingat, lebih cepat dikesan, lebih mudah kita mengawalnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!