Pejam celik dah hampir setahun pelakon Elfira Loy bergelar seorang ibu. Elfira menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi rasa gembira kerana putera sulungnya, Muhamad Rayya Khalaf bakal menyambut ulangtahun yang pertama pada bulan hadapan.
Menurut Elfira dia merasakan waktu dan perjalanan yang dilalui sebagai seorang ibu berlalu dengan cepat dan pantas.
“Percaya tak @muhamadrayyankhalafofficial dah setahun bulan depan? Sekejap je masa berlalu dah setahun jadi mak.
“Rasa macam semalam baru belajar nak sendawakan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je,” kongsi Elfira
Sementara itu, Elfira turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anaknya itu.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Ada yang menyatakan kalau tak mahu anak kerap demam, batuk dan selesema, ibu menyusu kena kawal pemakanan. Betul ke?
Ok berdasarkan apa yang dikongsikan oleh Puan Ziela Juzaila, beliau menyatakan ramai yang belum faham tentang pantang makan minum ketika anak tidak sihat terutama demam, batuk dan selesema. Ramai yang pantang laksa bertahun-tahun, pantang pulut, pantang itu ini termasuk air kelapa sedangkan itu makanan sebenar ada khasiat tersendiri mengikut badan masing-masing. Jadi, saya akan berkongsi tentang hubungan penyusuan susu ibu dengan pengambilan makanan ketika anak tidak sihat.
Sekarang dilihat semakin bertambah ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu dan banyak juga dilihat anak susu ibu yang mengalami batuk selesema hingga melarat. Sering kena warded sering berulang ke klinik untuk neb. Selalu tidak sihat, tumbesaran pun ada yang terganggu.
Kita ibu menyusu ni ada kelebihan menyembuhkan anak yang batuk selesema hanya dengan susu ibu. Menyembuhkan dengan mudah dan tidak melarat. Mudah saja sebenarnya merawatnya dengan syarat pantang makan minum dan boost imun. Mesti jelas setiap satu tindakan dan bukan ikut-ikut orang.
Sangat penting hentikan serta-merta makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan semua makanan yang diproses dan makanan minuman yang merangsang pembentukan kahak. Hentikan sementara pengambilan semua jamu, maajun, pil-pil suplemen dan apa saja yang diproses, dibotolkan dan dikomersialkan.
Kita perlu mengambil makanan sebenar yang sesuai untuk meningkatkan imun badan. Dapur kita sarat dengan makanan yang boleh digunakan untuk boost imun. Bawang putih, halia, kunyit hidup penuh khasiat antiviral antibacterial antimucus. Memasak di rumah memberi peluang lebih cepat untuk menyembuhkan anak yang diserang batuk selesema kerana kita sendiri yang mengatur semua bahan memasaknya. Boleh melebihkan makanan yang meningkatkan imun badan.
Walaupun susu ibu bukan dihasilkan terus daripada apa yang ibu makan tetapi pengambilan makanan sebenar yang tinggi antiviral antibacterial mampu mengurangkan pembentukan kahak.
Selain pantang makan minum dan boost imun, ada lagi yang perlu dipandang berat. Antaranya;
Walaupun ada yang berani declare sugar free sedangkan sugar ada lebih 60 nama lain. Belajar baca label. Makanan yang diproses makanan yang dibungkus dari luar ada gula putih garam putih MSG dan banyak lagi yang tidak diperlukan oleh badan.
Semoga memberi gambaran kepada ibu-ibu betapa penting kita makan makanan sebenar dan elak makanan yang diproses.
Ibu bapa jangan terlalu memaksa kanak-kanak untuk menyukai aktiviti yang mereka tidak suka lakukannya. Namun anda boleh memberikan aktiviti yang bersesuaian mengikut minat dan kecenderungan anak anda.
Ini kerana sifat ingin tahu dalam dirinya dalam dirinya semakin meningkat. Bagaimanapun, perlu diingat tumpuan kanak-kanak tidak lama. Oleh itu, pelbagaikan aktiviti supaya mereka tidak berasa cepat bosan untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
Persoalan kenapa kanak-kanak sukar sangat bila ajak buat aktiviti belajar?
Ini disebabkan Kanak-kanak pra sekolah memang seorang yang aktif. Dia suka bermain dengan mainan kegemarannya. Mereka kelihatan mempunyai banyak tenaga sehingga seharian tidak makan. Malah masih boleh aktif ke sana sini bermain tanpa henti. Keadaan ini berlaku kerana sifat naluri kanak-kanak pada peringkat usia ini suka bermain tanpa mengira masa.
Keadaan ini berlaku disebabkan mereka mempunyai banyak tenaga yang berlebihan dengan otot-otot digerakkan untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Pada peringkat usia ini, pertumbesaran mereka cepat yang menyebabkan mereka semakin lasak dan aktif.
Bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap usia ini tidak harus dibiarkan bermain tanpa kawalan daripada ibu bapa atau guru di tadika. Kanak-kanak ini perlu ditunjuk ajar dan dibimbing untuk membentuk potensi dalam diri.
Didik anak tonjol kebolehan tersendiri
Potensi dalam diri kanak-kanak bukan sahaja untuk bersosial seperti bermain dengan rakan-rakan sebaya sahaja tetapi mereka ini mempunyai kebolehan untuk meneroka, berimainasi,suka mencuba sesuatu yang baru, mencabar, belajar menyelesaian masalah dan mempunyai kemahiran mengingati.
Dalam tempoh yang sama merek cuba belajar menjadi seorang yang berani dan berdikari. Dari segi pergaualan dengan rakan sebaya, dia belajar menunjukkan emosinya seorang yang setia kepada rakan sebayanya dan sedia berkongsi barang yang dimilikinya.
Motor kasar
Mempelbagaikan aktiviti akan dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak. Misalnya selepas berlari kanak-kanak boleh menggunakan tali untuk bermain lompat tali, menggunakan gelung untuk bermain ‘hula hop’ dan sebagainya. Semua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kemahiran motor kasar mereka. Guru di tadika dan ibu bapa perlu memastikan permainan ini digunakan dengan betul untuk perkembangan motor kasar mereka.
Kecerdasan berbeza
Dalam aspek pembelajaran pada usia ini, sebagai ibu bapa sudah tentu anda akan membandingkan tahap kecerdasan anak anda dengan rakan sebayanya di tadika. Namun usah ia menjadi isu kerana kecerdasan setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Begitu juga degan minat mereka. Cepat atau lambat anak ini menerima pembelajaran adalah bergantung kepada minat mereka.
Bayangkan ada kanak-kanak dengan mudah dapat melakukan pergerakan lompat dengan tali untuk aktiviti motor kasar tetapi ada kanak-kanak lain sukar untuk melakukannya. Begitu juga aktiviti kognitif seperti menggunakan ‘puzzle’ tidak semua kanak-kanak dapat menguasainya dengan cepat. Namun bagi mereka mempunyai minat yang tinggi dapat melakukan dengan mudah.
Dalam hal ini ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kematangan kanak-kanak tidak sama.
Jadi ibu bapa hendaklah mengembangkan minat anak-anak bukannya menentukan pekara mengikut kehendak ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keterujaan untuk menimang cahaya mata pasti akan dirasai oleh setiap pasangan suami isteri. Tak kisahlah sama ada anak pertama, kedua atau seterusnya rasa berdebar itu tetap ada. Tambah pula, bila nak mengetahui jantina bayi, itu juga momen yang ditunggu.
Seperti kisah ibu ini, Puan Suhaida Mohd Suhaimi, kisah kelahiran anak keenam pada 27 September 2019 adalah yang paling tak dapat dilupakan kerana mulanya ingatkan bayi perempuan rupanya bila dah keluar adalah bayi lelaki.
Malah segala persiapan juga semuanya berasaskan warna pink dan terpaksa dipakai juga sehingga usia anak 2 minggu sebelum diberikan semua kelengkapan itu kepada orang yang mempunyai bayi perempuan.
Berkongsi pengalaman lucu tersebut, Suhaida menjelaskan ketika melakukan scan diusia kandungan 6 bulan, doktor memang cakap bayi perempuan. Dalam beberapa kali juga buat scan termasuk buat 4D dan keputusan memang nampak jantina perempuan.
“Memang tak sangka sama sekali dan kami suami isteri berpegang pada keputusan scan itu membeli semua kelengkapan anak warna pink.
“Tambah pula saya tiada alahan mengandung cuma memang suka kunyah ais. Malam-malam akan buka peti ais semata-mata nak cari ais,” katanya.
Berikut perkongsian Suhaida di Facebooknya:
Annur Annis Eryna nama diberi masa dalam perut. Keluar perut jadi Muhammad Aqil Amsyar.
Pengalaman dan suprise paling best, scan 6 bulan katanya perempuan. Ayah reda sebab nak baby lelaki. Tak puas hati. Scan lagi kali ni 4D untuk nak bagi nampak jelas lagi.
Dr pun cakap perempuan juga. Ibu pun beriya lah beli segala baju, bedung dan barang semua berasaskan warna pink. Dengan nama berbulan ibu cari..
Nahhhhh sekali keluar belalaiii. Masa Dr angkat dan tanya tengok anak awak ni lelaki ke perempuan. ibu pun jawab..eh kenapa lelaki.
Jururawat dan doktor pun ketawa. Masa baby kat dada ibu lagi ibu dah call ayah dan tak tahu nak gelak ke nak nangis. Maka bergelak lah kami. Kejadiannya jadilah Mat Jambu kat hospital.
Kongsi Suhaida lagi, walaupun kisah ini dah 3 tahun berlalu, kenangan tersebut akan ingat sampai bila-bila. Cuma sekarang ini Aqil masih belum faham lagi kisah kelahirannya dan mungkin bila dah besar nanti bolehlah diceritakan momen lucu ini padanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).