Rasa Nak Gigit, Ketap-Ketap Gigi Geram Bila Tengok Bayi? Rupanya Itu Cuteness Syndrome

Share

Comelnya dia, gigit kang…” Ramai yang ketap bibir & geram bila melihat bayi. Kadang kala tertanya-tanya normalkah sekiranya mempunyai perasaan geram begitu?

Perkongsian daripada Puan Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator Parent Connect mungkin akan melegakan sesetengah ibu bapa.

Keinginan untuk menggigit & mencubit pipi bayi, menggomol seolah-olah ingin menelan dipanggil cuteness syndrome atau cuteness agression.

Ciri fizikal bayi membuatkan semua jatuh hati. Baby schema menarik perhatian orang dewasa untuk mewujudkan rasa ingin melindungi.

Melihat bayi menyebabkan rasa nak gigit kerana terlalu banyak cute stimuli menyebabkan emosi positif. 

Emosi positif berlebihan akan mewujudkan cuteness agression iaitu rasa nak gigit, gomol atau ‘makan’ bayi. Ketap gigi & genggam tangan & mula menyatakan “rasa nak gigit dia.”

Selepas itu emosi akan kembali terkawal, rasional & tenang.

Fitrah semula jadi, cute stimuli mewujudkan bonding antara ibu bapa dan anak.

Manusia normal tidak akan menyakiti bayi.

Sumber: Parent Connect


IKLAN