Anak kecil ni, lagi di marah lagi teruk perangainya. Kenapa jadi macam ni? Sebabnya anak belajar dari apa yang kita buat pada mereka. Cara kita tengking, pukul, marah-marah sebenarnya buat anak fikir mereka pun boleh buat seperti itu juga jika rasa tak puas hati.
Jadi apa salahnya kalau kita sebagai ibu bapa tunjukkan contoh yang baik juga pada anak-anak. Tegas tak salah tapi biarlah pendekatan kita itu lebih lembut dan berjaya buat anak faham.
Berikut antara 3 kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bila rasa nak marah anak yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan.
3 kaedah yang benar-benar buatkan saya berjaya menangani perasaan marah. Yelah anak main HP lepas itu campak sehingga pecah screen. Siapa tidak marah kan? Tapi saya cuba yang ini:
1) Saya akan lakukan DEEP BREATHING. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali dan saya duduk sambil BERUSAHA SENYUM. Ketika ini saya akan mula rasa boleh fokus apa tindakan yang baik untuk betulkan keadaan.
Ads
2) Saya bisik dalam hati.
Itukan anak saya yang diamanahkan oleh الله. Kenapa disebabkan HP saya nak tengking atau pukul dia sampai menangis? Ketika inilah saya perlu tunjukkan akhlak yang baik terhadap anak dalam mendidik. Saya pujuk lagi hati dengan zikir :
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) Zikir sebanyak mungkin dan Istiqfar dan baca
حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Sebanyak mungkin sehinggakan saya rasa sangat tenang dan mampu untuk peluk dan cium anak.
Ads
3) Saya minta maaf kepada anak. Saya cakap muhammad Afiq abi minta maaf ya sebab bagi Muhammad main HP. Abi janji lepas ini afiq nak main HP,abi temankan afiq. Lepas tu tiba-tiba anak peluk saya,cium tangan saya. Lagi saya terkejut dia siap cakap TERIMA KASIH abi.. ya Allah 3 tahun dah pandai cakap terima kasih.
Rupanya bila kita minta maaf dan senyum kepada anak,mereka akan rasa gembira dan mudah dengar cakap. Sampai hari ini anak saya dah tak main dah HP. Bila dia nak pegang je terus saya cakap. Muhammad anakku sayang,itu kan abi punya.. sambil saya senyum dan terus dia tak main lagi dan datang kepada saya peluk lagi.
Ads
Ya الله .. rupanya mudah sangat kan nak kawal amarah. Baru saya belajar,rupanya bila kita marah ni syaitan bersama kita datang menggoda dan cuba untuk hancurkan kita. Tapi Kan الله ada berfirman.:
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Apa tips anak minum air kosong banyak? Banyak kan mak ayah ada dilema payah sungguh anak nak minum air kosong. Bila diberi tolak, kalau minum pun sikit saja. Tapi jika air manis laju pula.
Sampaikan dah habis cara ibu-ibu nak ambil hati anak supaya suka minum air putih berbanding air berperisa. Nak tahu macam mana untuk pastikan anak boleh ‘jatuh cinta’ minum air putih, Dietitian Nur Hafizah Mohd Sobri ada jawapannya.
Beza sangat kalau tengok Ammar sehari berkali isi botol air dia. Memang kuat minum air kosong. Meh acikdietitian share tips
1. Mula dari kecil
Masa makanan pelengkap lagi dah boleh mula galakkan anak minum air kosong
banyak. Beri air kosong dari air manis contoh macam jus buah
2. Sentiasa offer anak air kosong
✅’adik nak air?..nah air kosong’
❌’ adik haus?…nah air teh’
jangan mula offer air manis…sentiasa offer air kosong sahaja..
jika anak tolak..boleh cakap ‘air ni sahaja yang ada’
3. Sentiasa standby air kosong
Sentiasa standby botol air kosong di tempat yang anak minta air. Contoh
– dalam kereta
– di bilik tidur
– waktu bersukan/main taman
– dalam beg sekolah
Lagi bagus setiap tempat botol air berbeza. Macam Ammar botol pergi sekolah lain dengan botol dekat bilik. Senang nak keep track minum air banyak mana
4. Elak ada air manis dalam peti ataupun buat air manis
Air manis untuk anak dalam peti saya hanya minuman berkultur (contoh vitagen/calcium etc) dan kalau habis..habislah..saya tak beli lagi. Ttunggu sampai masa saya beli barang di pasaraya baru saya beli lagi.
Waktu makan utama pun tak perlu buat air manis. Baik gantikan manisan dari air kepada buah.
5. Buat cara ambil air kosong mudah
Nak galakkan anak minum air, buatlah cara mereka mudah nak dapatkan air kosong tu
– sediakan tempat dapatkan air dengan mudah dan selamat…rasa hampir semua rumah ada mesin penapis air dah..ajar anak guna. Kalau tiada tu haaa ada je tempat letak air atau isi siap-siap dalam botol.
– sediakan cawan siap-siap sebelah tempat ambil air. Tak adalah sikit sikit MAKKKKK NAK AIIIIRRR..ada yang jadi hulk nanti aysik nak melayan anak ambil air
6. PALING PENTING….anda sendiri kena jadi contoh yang baik
Suruh anak minum air kosong tapi kita buat air teh minum depan depa…haish…nanti mak ayah yang kena piapp nanti.
Sekian
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak memang mencabar. Apa lagi bagi mama pama yang memiliki anak ramai dan kesemuanya aktif. Anak terlalu aktif, lasak dan hyperaktif selalu menjadikan kita takut untuk membawanya ke mana-mana sahaja.
Bukan aktif saja tapi nakal malah langsung tidak mendengar kata ibu ayah. Selain cara didikan, makanan juga mainkan peranan dalam soal ini.
Namun ada banyak perkara yang boleh diamalkan. Antara cara yang dikongsikan oleh saudara kita, Ahmad Mhd Mhd Muhayadi, boleh kita amalkan buat anak-anak kita. Mungkin tidak berubah menjadi yang terbaik tetapi berubah menjadi lembut hatinya dan senang dibentuk.
13 cara ni mak ayah patut cuba amalkan.
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agresif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezeki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Al Fatihah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al Fatuhah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatihah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.
Kredit: Ahmad Mhd Mhd Muhayadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun bergelar doktor perubatan, Dr.Izzar Anwari juga masih sama seperti bapa-bapa lain. Sebagai bapa dia mengakui dia menjadi lebih berjaga-jaga terhadap anak-anaknya sendiri.
Memenangi hati anak bukan mudah lebih-lebih lagi anak perempuan. Menjawab persoalan daripada Fizza, Hos Anugerah Pa&Ma Gala 2022, Dr. Izzar berkongsi nasihat tentang pembahagian masa bersama-sama anak.
“Anak lebih suka pada ibu bapa yang banyak luang masa. Bila ada masa terluang memang saya bagi 100% pada anak. Jangan menyesal bila anak dah besar anak dah tak nak pada kita.”
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera turut berkongsi bagaimana cara layanan terhadap dua puteri tercintanya itu.
“Selalu yang nampak baik ayah berbading mak yang selalu jadi singa kan, tapi pernah je tertengking anak, naik suara dan ugut-ugut anak. Tapi biasanya rasa bersalah dan minta maaf dengan anak. Kena jaga hati anak takut budak-budak ni pendam sebab dia tak pandai nak cakap dia sedih.”
Tidak hairanlah kenapa Dr. Izzar Anwari dianugerahkan dengan Anugerah Best Papa Millennial 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian Dr. Izzar, ikuti perkongsian di bawah.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.