Tiap pagi kalau anda bangun tidur, hidung tersumbat, asyik bersin dan rasa tak selesa mesti ada sesuatu yang tak kena. Keadaan ini berlaku disebabkan alahan atau cuaca terlalu sejuk.
Menurut Dr Rizal Abu Bakar, ada cara untuk melegakan keadaan ini jika asyik bersin.
Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Saya dulu-dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin-bersin. Tak de lah lagi resedung resdung ni.
Petua dia macam ni:
1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita dok tengok rancangan memasak tu.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur tu.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau Cover kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap tu. Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Tempoh berpantang bagi isteri bukanlah suatu yang mudah. Kalau orang tengok, tempoh ini seolah-olah seperti isteri berehat. Disebabkan hal ini, ramai suami yang macam tak tahu apa nak buat.
Paling mudah tugas ini diserahkan kepada ibu atau mertua kerana beranggapan lagi senang. Ingat sebenarnya masa berpantanglah masa terbaik suami untuk menjaga isteri dengan baik.
Ketika ini emosi isteri tidak stabil, jagalah mereka dengan baik sekurang-kurangnya selama 100 hari bagi memastikan kesihatan fizikal dan emosi kembali stabil.
Tapi yang sedihnya ramai suami kata mereka tidak tahu buat apa? Baca perkongsian daripada seorang suami, Muhammad Ahmadmengenai apa yang perlu suami lakukan ketika isteri berpantang.
Suami yang baik adalah suami yang faham keadaan isteri ketika berpantang. Menahan segala kehendak dan menunaikan segala kehendak isteri ketika berpantang. Ini kefahaman saya dan saya rasa ini perlu ada pada setiap suami.
Dari semalam banyak lalu diwall saya status tentang suami bagi ubat tidur kepada isteri sedang berpantang buatkan ramai yang PM minta pandangan. post ini mungkin terlalu panjang(bagi lelaki). Bacalah dari hati seorang lelaki dan suami yang benar-benar sayang dan cinta kepada isteri. Ya nyawa ku taruhkan untuk isteri kerana Allah dan Rasul.
Koyakkan atau first degree tear, second degree. Tear, third, fourth (deep tear) Ini kemungkinan berlaku kepada ibu-ibu bersalin. Walaupun darah nifas (posnatal bleeding) mungkin akan kering dalam tempoh 6 minggu dan ini menunjukkan kedudukkan rahim akan berada ditempat asal. Berkemungkinan besar koyakkan tahap pertama dan kedua boleh sembuh dengan baik. Third, fourth, Allahu. Yang pernah lalui sahaja memahami betapa sakitnya, betapa sukarnya setiap pergerakkan. Lebih teruk dari cesar.
Walaupun mereka sudah boleh solat, luka sudah baik, waktu ini suami boleh ‘mendatangi’ mereka. Namun, satu perkara yang kita perlu faham tentang mereka iaitu berkaitan dengan EMOSI (hormone). Ya mereka penat 9 bulan 10 hari, proses labor berjam-jam. episiotomy, Insert branula (kadang-kadang banyak kali kena cucuk sebab urat halus), CTG dan banyak lagi medical reason yang perlu dilakukan oleh doktor dan bidan untuk memastikan ibu dan bayi selamat. Penat jaga anak siang malam menyusu ini satu kemestian.
Ini semua melibatkan EMOSI ibu. Walaupun kita lihat fizikal mereka sihat, namun EMOSI mereka masih dalam labour room, ada yang TRAUMA, PENAT, SAKIT masih menghantui mereka. Adakalanya disebabkan peningkatan hormon prolaktin buatkan mereka tidak berkeinginan untuk ‘didatangi’. Waktu dan tika ini peranan suami sangat penting. Bantu isteri sebaik mungkin. Jadi suami yang penyayang dan pendengar yang setia setiap keluhan isteri. Sentiasa mengucapkan perkataan dan kata-kata yang baik terhadap isteri. Layan isteri bagaikan dayang melayan permaisuri.
Ketepikan dahulu soal ‘CINTA’ kita. Fokus kita sehingga isteri benar-benar bersedia. Sihatkan fizikal dan mental (hormone) mereka. Bang banyak lagi cara untuk kita puaskan CINTA kita. Bukan paksa mereka, bukan curangi mereka, bukan guna pelbagai trick yang boleh menambah trauma mereka (Bagi ubat tidur etc). Bang mereka banyak kali ‘mati’ untuk kita. Jika anak 5, 5x kali mereka ‘mati’ untuk kita. Alhamdulillah masih ramai suami diluar sana sangat-sangat memahami isteri ketika berpantang.
Apa perlu suami buat?
Berpantang. Suami wajib jadi pawang 100 hari.
Dapatkan:
Bantu isteri:
Ambil tahu:
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis termenung ini perlu dirujuk ke hospital.
Ramai ibu bapa mengimpikan anak yang cemerlang dalam pelajaran. Mahu anak skor tinggi dalam setiap mata pelajaran dan sentiasa berada di hadapan. Namun, persoalannya, bagaimana sebenarnya mahu melahirkan anak yang benar-benar cemerlang?
Hakikatnya, kejayaan anak bukan terletak pada usaha anak semata-mata. Ibu dan bapa juga memainkan peranan besar dalam membentuk cara anak berfikir, belajar dan melihat dunia. Menariknya, ada beberapa amalan yang kelihatan pelik atau tidak biasa, tetapi sebenarnya sangat membantu dalam melahirkan anak yang berpotensi tinggi.
Melalui pemerhatian pakar perkembangan kanak-kanak dan pengalaman ramai keluarga, persekitaran rumah dan cara ibu bapa bertindak balas terhadap anak memberi kesan jangka panjang kepada kecerdasan mereka. Inilah asas kepada pembentukan minda yang kritis, kreatif dan berdaya saing.
Berikut tujuh tabiat ibu bapa anak genius yang boleh diterapkan untuk membentuk anak yang berfikiran luar biasa.
Apabila anak bertanya, “Kenapa langit berwarna biru?”, ibu bapa tidak terus memberi jawapan fakta. Sebaliknya, balas dengan soalan seperti, “Apa pendapat kamu?” atau “Bagaimana agaknya ia boleh berlaku?”
Pendekatan ini merangsang rasa ingin tahu dan mengajar anak berfikir serta mencari jawapan sendiri. Anak yang pintar bukan sekadar menghafal, tetapi belajar membina kefahaman dan membuat kesimpulan berdasarkan pemikiran mereka.
Cat yang tertinggal di atas meja, LEGO berselerak di lantai, dan tiada tekanan untuk sentiasa mengemas dengan segera. Kekacauan yang terkawal membantu membina pemikiran yang fleksibel dan imaginatif.
Persekitaran yang terlalu kemas dan teratur boleh mengehadkan kreativiti serta keberanian anak untuk mencuba perkara baharu. Dalam suasana bebas ini, anak belajar meneroka tanpa rasa takut untuk membuat kesilapan.
Contohnya, “Dulu ayah lemah dalam matematik,” atau “Ibu pernah gagal beberapa kali sebelum jumpa kerjaya yang sesuai.” Kisah sebegini disampaikan secara jujur dan terbuka.
Apabila anak mendengar kisah ini, mereka belajar bahawa kegagalan bukan sesuatu yang memalukan. Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan kematangan dalam kehidupan.
Di meja makan atau ketika berbual santai, idea anak didengar dan dihargai. Perbezaan pendapat diraikan tanpa mematikan suara sesiapa, walaupun pandangan anak berbeza dengan orang dewasa.
Melalui suasana ini, anak belajar bahawa sesuatu isu tidak semestinya hitam atau putih. Inilah asas kepada pemikiran kritis yang matang dan kemampuan berhujah secara rasional.
Mengumpul batu, membuka telefon lama, melukis tanpa henti atau memerhati serangga berjam-jam. Tiada ayat seperti, “Buatlah sesuatu yang berfaedah” dilemparkan kepada mereka.
Minat yang kelihatan remeh inilah sebenarnya bahan bakar kepada kreativiti dan inovasi. Ramai pencipta dan saintis hebat bermula dengan minat kecil yang disokong oleh keluarga.
Makan malam mungkin pada pukul 6 petang atau 9 malam. Hujung minggu pula diisi secara spontan mengikut keadaan dan keperluan keluarga.
Fleksibiliti dalam kehidupan seharian membantu anak membina keupayaan menyesuaikan diri, menyelesaikan masalah dan berfikir secara terbuka dalam situasi yang tidak dijangka.
Ayah boleh menangis kerana muzik yang menyentuh perasaan. Ibu boleh terharu melihat matahari terbenam. Semua emosi sama ada gembira, sedih, marah atau kagum diterima dan dihormati.
Kecerdasan emosi inilah asas kepada empati, kreativiti dan pemikiran mendalam. Anak yang memahami emosi sendiri lebih mudah memahami orang lain dan dunia sekeliling.
Kesimpulannya, anak genius bukan diukur melalui berapa banyak buku yang dibaca atau berapa tinggi markah peperiksaan mereka. Apa yang lebih penting ialah sama ada mereka dibesarkan dalam persekitaran yang menggalakkan pemikiran bebas, keberanian mencuba dan keyakinan untuk menjadi berbeza.
Inilah intipati sebenar tabiat ibu bapa anak genius yang sering tidak disedari, namun memberi kesan besar dalam jangka panjang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!