Selebriti media sosial, Aisyah Hijanah berkongsi rasa sebak apabila tak lama lagi bakal menimang cahaya mata kedua.
Menurutnya, dia risau untuk berbahagi kasih namun rezeki yang diberikan oleh Allah harus dijaga dengan baik.
“Sedih juga sebenarnya bila kena kongsi rasa sayang untuk Khadeejah. Bukan apa, dia baru setahun lebih, tapi dah ada tanggungjawab baru sebagai kakak. Tapi Alhamdulillah, Khadeejah ni cepat belajar & berdikari”
“Lagi 2 minggu Khadeejah akan dapat adik, itupun paling awal”
Tambah ushawan bagi jenama Hijanah ini lagi, anak sulungnya seolah-olah mengerti bakal menjadi kakak tidak lama lagi.
Ads
“Baiknya Khadeejah, dah tahu dia akan jadi kakak tak lama lagi. Suka membaca, suka main & suka siap perut”
“Anak yang sangat berdikari & cepat belajar. Kadang tu rasa sedih juga sebab terpaksa kongsi rasa sayang. Tapi rerzeki daripada Allah jangan kita tolak”
“Khadeejah dah rasa tanggungjawab & buat semua sendiri. Dia nak mewarna, membaca”
Memanjat kesyukuran di atas rezeki kehamilan, Aisyah turut memohon doa ramai agar urusan bersalin anak keduanya ini dipermudahkan.
Ads
“Alhamdulillah syukur, keluarga kami makin berkembang. Slowly grow semuanya dari bawah. Alhamdulillah, banyak yang Allah beri kepada kami sekeluarga.”
“Semoga ada keberkatan dalam keluarga kami ❤️. Doakan adik Khadeejah dapat lahir dengan normal & baik tanpa sakit-sakit”
Selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu, pasangan selebriti Akim dan Ummu Shaikhah Stacy Anam turut berkongsi pilihan nama ringkas untuk anak lelaki mereka.
Kongsi Akim menerusi satu petikan akhbar, dia dan Stacy sepakat memilih nama ringkas iaitu Isa untuk bayi lelaki mereka.
Malah kata Akim lagi, nama ringkas itu dipilih kerana ia cukup dekat dengan nama dua anaknya yang lain.
“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella,” kongsinya.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Akim turut berkongsi rasa terujanya saat melalui detik kelahiran anak keduanya ini.
Berkongsi keterujaan itu, Akim yang juga bapa kepada seorang cahaya mata turut berkongsi rasa terharunya bila mana dapat menemani Stacy di dewan bersalin.
Paling menyentuh hati kata Akim lagi, dia dapat mengazankan anak lelakinya.
“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu tadi dalam dewan bersalin buat pertama kalinya.
“Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya waktu itu, sangat luar biasa.
“Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” jelas Akim lagi.
Terdahulu, Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Eshaal Afiq Akim, 5 dan putera yang baru dilahirkan, Isa.
Pasangan penyanyi ini juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella De Luna Valentina yang kini berumur 10 tahun.
Masa berpantang amat ditunggu-tunggu oleh ibu-ibu hamil. Ketika itulah masa yang sesuai untuk si ibu mengembalikan bentuk badan asal sebelum hamil. Namun tak ramai yang berjaya untuk kembali turunkan berat semasa berpantang kerana cara pemakanan dan emosi yang tidak dikawal dengan betul.
Dietitian, Lily Moha berkongsi nota ringkas buat ibu-ibu yang bakal berpantang atau yang sedang berpantang untuk turunkan berat badan secara betul dan sihat.
Bagaimana turun berat semasa berpantang? Nota ringkas;
1. Jangan stress unnecessarily. Stress nanti badan letih, susu pun kurang, lagi tambah stress, tidur pun tak cukup, tak dapat beauty sleep, berat susah turun, muka jadi mak lampir.
2. Jangan stress unnecessarily. Mengandung selama sembilan bulan dan kita benarkan kenaikkan berat semasa enam bulan terakhir. Enam bulan kasi naik, takkanlah 44 hari dapat licin semuanya. Nak pula kenaikkan melampau dari julat sepatutnya, lagilah.
Kenaikan normal bagi berat ideal adalah dalam lingkungan 10 – 15kg. Katalah naik sebanyak 10kg.
Anak 3kg. Segala uri semua lagi 2kg. Air terkumpul dalam badan lagi 2kg. Total sudah 7kg, baki 3kg memanglah senang nak turun.
Masalahnya naik 20kg, maka untuk turun akan ambil masa sikit. Pelan-pelan jalan.
Nikmati masa-masa berpantang, makan dengan betul akhirnya matlamat akan tercapai.
3. Jangan stress unnecessarily. Maka elakkan bandingkan diri kita dengan orang lain. Jadikan inspirasi untuk dapatkan semangat, buat dengan cara yang betul.
4. Makan makanan berkhasiat. Always nutrients over calories.
Takut makan nasi tapi ganti dengan biskut Hup Seng.
Keperluan badan individu katalah 1600kCal. Semasa menyusu kita boleh tambah sehingga 500kCal dari keperluan. Maka total 2100kCal.
Boleh bahagi kepada beberapa kali makan. Menyusu memang lapaq, berjaga malam lagi tambah lapaq. Cheq tau aih, cheq anak lima dah. Menyusu, exclusive pumping, mixed feeding semua ada. Pantang sendiri, mak jaga, duduk rumah mak, duduk rumah sendiri, duduk hospital pun ada.
Okay, berbalik kepada pembahagian kalori tadi.
BF – 400 S -150 S – 150 L – 400 S – 150 S-150 D – 400 S – 150 S – 150
Haaaaa.. ambik, nak makan sangat.
Jom bandingkan.
Nasi 1 cawan + ikan bakar 1 ketul tapak tangan + sup sayur 1 cawan + 1 buah – 310kCal.
Eh.. sikitnya. Tambah lagi.
Nasi 2 cawan + ikan bakar 1 ketul tapak tangan + sup sayur 1 cawan + 1 buah – 460kCal
Kalau kita makan accordingly seperti di atas, lapar tu dapat dikawal. Dalam kebanyakan masa, takut makan nasi dan makan pula tak ikut #sukusukuseparuhmaka kita makan snacking banyak. Snacking pula ambil yang kecil, manis dan susah nakkasi kenyang. Maka tersnacking lebih banyak sebab tak dapat kawal.
Snacking pula sehari 8 kali Hehe. Memang tak dapatlah kan?
Makanya 3 hidangan utama ikut prinsip #sukusukuseparuh. Guna ukuran tangan untuk tentukan kuantiti. 1 penumbuk karbohidrat, 1 tapak tangan lauk, dan sekurang-kurangnya 1 penumbuk sayur/buah.
Makan snacking yang kenyang dan ambil masa mengunyah. Hadkan. Ambil dan masuk dalam pinggan ikut keperluan, bukan makan terus dari bekas besar.
Menyusukan seorang anak pun sudah terasa kepenatannya, inikan pula menyusukan anak kembar. Kegigihan dan kecekalan hati isteri Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina Yunos menyusu dua anak kembarnya sememangnya amat dikagumi.
Lebih-lebih lagi terpaksa bekerja dan fokus pada tanggungjawab dikala negara berdepan pandemik. Bukan satu hal yang mudah. Pastinya sebuah kekuatan yang dibawakan oleh ibu cekal ini.
Menerusi beberapa entrinya di Instagramnya jelas menunjukkan kekuatan yang dibawanya. Tidak hanya berjaga malam menyusukan anak, bahkan asal ada waktu terluang sahaja, ibu kepada enam orang cahaya mata ini cepat-cepat mengepam susu untuk stok Eusoff dan Emelia.
Kata Dr Halina, dia kini masih lagi menyusukan kedua kembarnya yang kini sudah pun berusia sembilan bulan.
“This is how I drive my car.. and I believe many others are doing the same. Bila nampak roadblock. Kelam kabut cari nursing cover 😀 Time waits for no woman,” kongsi Dr Halina menerusi sekeping gambar yang dikongsikannya ketika memandu kereta.
Asal ada waktu terluang, walaupun di dalam kereta, stok susu harus terus dibekalkan buat kedua anak kembarnya. Memang terbaik!
Kongsi tip penyusuan
Menerusi entri terawalnya selepas kelahiran Eusoff dan Emelia, Dr Halina juga turut berkongsi beberapa tip dan panduan untuk penyusuan ibu. Malah turut berkongsi tip penyusuannya ketika menyusukan Noah dan Adam menerusi blog peribadinya, BarelySupermommy. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Minumlah air yang banyak. Bahan utama susu adalah air. Bagaimana kita nak hasilkan susu kalau kita sendiri mengalami dehidrasi. Hanya minum, bawa air ke tempat kerja, simpan sebotol di mana sahaja yang mudah dicapai.
Sekarang ni saya minum 5L sehari untuk jaga kesihatan diri dan hasilkan susu! Jangan tanya saya berapa kali saya kencing haha..saya akan buat apa saja untuk pastikan saya mempunyai cukup susu untuk anak-anak saya.
Pam lah secara berkala, tak kisah walaupun ada di rumah atau ibu bekerja. Sebab apa penting? Untuk hasilkan lebih banyak susu, payudara kita perlu dikosongkan selepas menyusu.
Payudara kosong akan beri isyarat kepada otak kita untuk hasilkan lebih banyak susu (otak tak hasilkan susu tetapi otak melepaskan prolaktin, hormon yang beritahu kelenjar susu kita sebagai kelenjar payudara untuk hasilkan lebih banyak susu).
Selama tiga bulan pertama, saya biasa mengepam lepas bagi makan anak kembar saya. Saya tahu saya tak akan dapat banyak pun, mungkin 0.5oz. Dalam jangka masa panjang, percayalah, anda akan dapat lebih banyak susu, in shaa Allah.
Adakah saya masih minum kopi masa menyusu? Ya, saya kurang minum kopi masa mereka kecil sebab bayi kita akan terkena kesan kafein, melalui susu ibu. Ada waktu mereka susah nak tidur jika ibu minum kopi. Saya perasan ni masa Adam dan Noah kecil lagi.
Saya harap, dengan berkongsi pengetahuan saya, saya dapat membantu ibu dalam perjalanan penyusuan anda. Saya mungkin menulis entri lain mengenai mengepam susu pula, in shaa Allah,” kongsinya lagi.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drhalina & barelysupermommy.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!