Penampilan dan sharing nya sentiasa jadi inspirasi dan beri semangat kepada semua ibu yang melalui fasa mencabar membesarkan anak.
Siapa tak kenal Hanis Zalikha, satu ketika dulu terkenal sebagai blogger sebelum menceburi bidang lakonan dan kini bergelar menjadi usahawan tudung berjaya.
Kelahiran cahayamata sulung, Yusuf Iskandar selepas mendirikan rumah tangga dengan Hairul Azreen membuatkan ramai yang semakin gemar mengikut segala aktiviti instafamous ini.
Sharing ibu muda yang lebih dikenali sebagai Keknis hari ini di laman instagramnya benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai pengikutnya yang juga bergelar ibu.
Semalam merupakan hari yang menyeronokkan dan memenatkan bagi Yusuf. Dan hari ini saya akan bawa dia keluar lagi tetapi dia bangun seawal 7.30 pagi jadi saya kena pastikan dia mesti tidur siang pukul 1 tengahari.
Saya sangat risau kalau nak keluar tapi dia belum tidur siang. Jadi pada pukul 12.40 tengahari tadi saya baringkan dia atas katil dan bagi susu dan dia terus tidur, macam yang dirancang. Macam dirancang.
Kenapa saya tulis semua ni? Sebab ini adalah pencapaian saya sebagai seorang ibu. I rasa kita berhak mengakui fakta yang kita telah mencapai sesuatu fasa.
Fasa di mana saya boleh faham keinginan dan isyaratnya. Saya tahu bagaimana untuk membuatkan dia tidur siang, makan, mandi. Saya tak perlu paksa dia lakukan apa-apa kerana saya tahu cara untuk bercakap dengannya, untuk mengendalikannya.
Dan saya selalu memberitahu ini kepada kawan-kawan saya yang juga bergelar ibu yang melalui masa sukar (lagi-lagi masa dalam pantang), anak kita ni anugerah Allah, dia datang ke dunia kita, jadi dia sangat terkejut dan nak adjust diri dia, dia perlukan masa.
Ads
Waktu dalam pantang memang tunggang terbalik hidup kita sebab kita nak faham dia. Tapi satu hari nanti kita akan sampai satu tahap yang kita dah faham dia. Dan semuanya jadi lancar bila Allah izin.
Malam semalam, bila Kak Nina hantar kami pulang, Yusuf dah meragam sangat dan saya meribanya. Selepas seketika, anak remajanya (Kakak J) berpusing pada saya dan cakap “Kak Hanis, saya sangat hormat akak” dan saya tanya “kenapa?” kemudian dia menjawab “sebab cara akak jaga Yusuf”.
Ketika itu saya rasa terharu dan tenang walaupun Yusuf yang serba tak kena. Padahal satu ayat tu je dia cakap. Tapi ia sangat bermakna buat seorang ibu muda.
Dan saya rasa sangat emosional kerana is benar, ia satu perjuangan dan saya telah sampai ke sini. Jadi ibu-ibu muda jika anda sedang berjuang dengan bayi, cuba katakan ini kepada diri sendiri ok “ni semua fasa ni, fasa!”. Dan banyak lagi fasa seronok (dan mencabar) nak tempuhi. Semoga semua usaha kita diberkatiNya.
“You Just Make My Day Hanis Zalikha!”
Ads
Mereka bersetuju dengan perkongsian Hanis yang dianggap mewakili suara hati mereka sebagai ibu yang melalui fasa mencabar ketika membesarkan anak.
Kesukaran dan cabaran memahami tingkah laku anak daripada fasa bayi kepada fasa kanak-kanak bukan satu tugas yang mudah.
Kadangkala orang lain tidak faham apa yang dirasakan dan dilalui oleh seorang ibu yang cuba sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik pada anak tapi dalam masa yang sama menghadapi tekanan dengan kerenah anak yang sukar difahami.
Jadi, bila ibu berjaya memahami kemahuan dan kehendak si kecil ia bagaikan satu ‘kejayaan’ peribadi yang harus diraikan diri sendiri.
Ads
Ramai pengikut Hanis berharap agar dia boleh terus berkongsi pelbagai tip dan sharing yang boleh menjadi sumber kekuatan, semangat dan inspirasi kepada mereka untuk menjadi ibu terbaik kepada anak masing-masing.
Pa&Ma mengucapkan tahniah kepada Keknis kerana menjadi ibu yang hebat kepada Yusuf Iskandar!
Baju anak kecil sebenarnya ambil masa lama untuk melipat. Ibaratnya ‘bercinta’ jugalah nak lipat. Tambah pula nak cari seluar dan baju yang sama. Kadang bila lipatan baju tak kemas ia mudah terlerai. Lagi satu bila dah elok mama melipat dan susun, tengok-tengok anak dah lembang dan keluarkan dari bakul atau almarinya.
Jadi bagi memudahkan kerja mama apa kata cuba teknik lipatan ‘tuck in’. Walau diselongkar atau dikeluarkan oleh anak sekalipun, baju anak tetap dalam keadaan berlipat.
Caranya dikongsi oleh Ojie Ismail yang turut mengalami pengalaman yang sama.
Konsep lipat baju ‘tuck in’
Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek Baris tengah dan belakang: baju lengan pendek+seluar pendek
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab selongkarlah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila anak dah puas selongkar sampai laci kosong, ibu-ibu hanya perlu susunkan semula saja. Dah tak payah lipat baju balik. Cuma kemaskan lipatan jika perlu.
Step by step lipatan
1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
2. Terbalikkan baju.
3. Letak seluar, lipat kaki seluar ikut panjang baju.
4. Lipat bahagian badan baju. Pastikan bahagian bahu lurus untuk buat ‘pocket’
5. Lipat lengan baju.
6. Lipat lagi sebelah.
7. Lipat 1/3 baju.
8. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.
9. Dah siap dan kemaskan lipatan.
Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju. Nak pilih baju pun senang. Ini baju petang dan malam.
Teknik lipatan tuala, kain lampin, selimut, sapu tangan
Ini pula teknik lipatan untuk kain segi empat sama.
Susunlah ikut kreativiti & citarasa masing-masing lepas lipat baju tu, yang penting nampak kemas, teratur dan mudah diambil.
Doktor selebriti, Dr Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin berkongsi tentang pengalaman kehidupan bersama isteri tercinta yang bekerja dalam bidang perubatan.
Menurutnya, pada awal dia tidak dapat menerima sekiranya isteri lebih berjaya namun akhirnya tetap menyokong minat isterinya dalam bidang kerjaya yang diceburi. Walaupun Dr Azura mempunyai klinik sendiri tetapi Dr Say tidak menjadikan ianya alasan untuk culas dalam memberikan nafkah.
Lagi Isteri Berjaya, Lagi Down Suami
Satu perkara yg buruk mengenai sy adalah sy ade ego/ inferiority/ cemburu sekiranya bini sy lagi berjaya daripada sy. Zaman medical school dulu, kalau bini sy score higher in any subject sy akan down & kami akan berkelahi. Kalau orang puji dia cantik melambung sy akan down & kami akan berkelahi. Yup as bad as that & ive been working on this attitude little by little. Kesian bini sy hidup dalam ketakutan sebab yelah some things dia tak boleh kawal contoh dia takleh kawal orang puji dia atau takkan dia saje2 nak score rendah untuk elakkan pergaduhan?
Tapi Alhamdullilah lepas banyak kali self reflection & bini menangis, i managed to overcome this. To be honest, bini sy lagi berjaya daripada sy yakni dia ada Masters & dia ada her own clinic. Sy ni ada instagram & ada “terduduk sy dibuatnya” jelah. Cuma satu yg sy akan jaga sampai ke arini, yg sy akan usaha bermati2an adalah pendapatan (income) sy. No matter what happens sy tak akan benarkan income bini lagi tinggi dari sy sebab if income bini lagi tinggi, sy akan rasa “Bini boleh jaga anak, dia boleh kemas rumah, dalam sakit dia boleh buat segala2nya & at the same time dia earn more than aku, then apa gunanya aku ni?”.
Sy tahu ada suami yg tak kisah wifenya earn more than dia, in fact ada suami yg lagi happy wifenya earn more supaya dia boleh 50-50 on households or even worse, culas nafkah but not for me. I dont know if this is a bad thing or a good thing but one thing’s for sure, selagi sy hidup, selagi tu sy akan cuba sara isteri sy & not vice versa. Unless bini nak belanja Bentley/ Aston Martin, sy takkan rasa “tewas” dengan pemberian bini tu ahaha. What say u on this? Open discussion please, sy curious nak tahu sebab ramai je isteri kat sini earns more than suami kalian. Depa gelisah ampa earns more atau depa chillax & happy ja ampa earns more & how do you feel about that?
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Dr Say tentang nafkah untuk anak-anak dan isteri. Walaupun isteri mempunyai kerjayanya sendiri namun ia bukan alasan untuk culas dalam memberikan nafkah.
Di pilih menjadi Ahli Parlimen Muar selepas PRU-14, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini makin dikenali dari pelbagai lapisan masyarakat. Berikutan kehebatannya berhujah sekaligus hebat dalam berpolitik kini dia juga dianggap ikon belia kerana keintelektualan dalam bidang akademik.
Menarik mengenai Syed Saddiq ini, setiap apa yang dilakukannya mesti akan mendapat restu ibu bapanya. Anak bongsu dari 4 beradik ini juga turut menyatakan tanpa ibu tak mungkin dia mampu meraih kejayaan hari ini.
Dia juga cukup mengagumi ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz kerana telah banyak berkorban dan memahami minatnya.
Dunia kanak-kanak saya banyak cabaran dan dugaan. Bukan kepada saya, tapi ibu saya. Lagi-lagi sebagai anak cikgu, semua gelagat nakal saya akan menarik perhatian yang tidak enak.
Tanpa ibu saya, mungkin saya hanyut penuh khayalan. Tanpa ibu saya, sukar untuk saya kembali bangun dan terus berjuang. Tanpa ibu saya, saya tiada apa-apa.
Syed Saddiq sewaktu kecil.
Wonderwoman saya, ibu saya.
Kadang-kala, saya terlepas pandang penat lelah ibu menjaga saya. Mujur Tuhan masih berikan masa saya membalas budi wanita istimewa ini.
Saya percaya ramai wanita di luar sana juga adalah superhero. Menabur bakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Tanpa kenal erti putus asa.
Mama & Abuyah Merestui Perjuangan
Sementara itu, menurut kedua ibu bapa Syed Saddiq semasa ditemuramah Sinar Harian, sebagai ibu bapa, kami akan mendoakan yang terbaik untuknya kerana kita tidak boleh paksa dia, kami juga memahami dia yang sentiasa berusaha mendapatkan apa yang diinginkan.
Sebenarnya sejak kecil Syed Saddiq dah mempunyai semangat patriotik yang tinggi, malah dia sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari dalam dan luar negara.
Dia juga seorang yang sangat berdikari sejak kecil sehinggalah kemasukan dia ke Maktab Tentera Diraja diuruskan sendiri olehnya tanpa pengetahuan kami sehingga dia memberitahu kami dia diterima masuk.
Bermula dari situlah sikap kepimpinannya mula menonjol malah dia sangat berfikiran terbuka dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai bangsa tanpa rasa prejudis.
Sokongan dan kepercayaan keluarga amat penting, walau apa pun yang dia lakukan kami sentiasa ingatkan dia agar menjaga solat dan mendoakan yang terbaik untuknya setiap hari.
Sumber: Instagram Syed Saddiq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi rock lagenda, Ella, baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila memberikan ucapan penuh kasih sayang kepada anak perempuannya, Shanome, sempena hari lahirnya.Ella atau nama...