Kalau dulu seorang, kini sudah punya dua cahaya mata membuatkan usahawan dan pelakon, Neelofa mengakui masanya kini agak terbatas malah seakan tidak cukup masa menguruskan dua anaknya, Bilal dan Abbas.
Tambah pula kata Neelofa, kehidupannya bertambah sibuk selepas mahu kembali aktif dalam bidang seni dan perniagaannya secara aktif.
Akui isteri kepada Haris Ismail ini lagi, tidak mudah menguruskan kedua anaknya pada masa yang sama tanpa dibantu oleh orang lain untuk menguruskan pelbagai perkara.
Ads
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam.
“Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup,” katanya berkongsi.
Ads
Ujar Neelofa lagi, walaupun punya pembantu, pada awalnya dia menguruskan sendiri dua anaknya namun mengalah kerana keletihan dan meminta persetujuan suami untuk mendapatkan seorang jururawat untuk membantunya.
Ads
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah terkenal, Haris Ismail pada 27 Mac 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua anak cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Memetik Majalah People, anak pertama Paris Hilton dan Carter Reum merupakan bayi lelaki menerusi kaedah ibu tumpang (surrogate mother).
Paris pernah berkongsi dalam Podcast The Trend Reporter With Mara pada Januari 2021 bahawa dia bersedia melalukan ujian In Vitro Ferilization (IVF) , Bayi Tabung Uji.
“Kami melakukan IVF agar boleh memilih anak kembar, kalau kami suka” tambah pewaris Conrad Hilton.
Rata-rata rakan selebriti mengucapkan tahniah di atas kehadiran cahaya mata Paris dan Carter.
Paris Hilton mendirikan rumah tangga diusia 40 tahun bersama Carter Reum dalam satu majlius yang diadakan di Estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat pada 11 November 2021.
Setiap ibu bapa inginkan terbaik buat anaknya. Begitu juga dengan pelakon Rita Rudain. Walaupun Rita sibuk dengan dunia lakonan dan komitmen kerja yang tak menentu, dia tetap utamakan tanggungjawab sebagai ibu.
Dalam kesibukan jadual, tetap mencari masa untuk pantau pelajaran anak-anak, ambil tahu perkembangan mereka kerana bagi Rita, kejayaan sebenar adalah bila anak-anak membesar dengan ilmu, akhlak dan kasih sayang yang cukup.
Malah kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak lelaki Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13, sering menjadi perhatian dan pujian warga maya.
Baru-baru ni, Rita ada share satu teknik belajar yang anaknya guna. Kapsyen yang ringkas tetapi menarik perhatian ramai. Namun tak sangka, ramai pula yang komen kata teknik tu sebenarnya memang berkesan ada yang dah cuba, dan nampak perubahan pada anak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Moktar berkongsi tentang teknik pembelajaran anak sulung, Airit Rayyan Rizqin. Lebih menarik, rupanya ,gaya belajar Rayyan yang santai dan bersahaja rupa-rupanya teknik yang berkesan untuk belajar
“Kisah malam tadi. Macam-macam cara belajar, Dag macam cakap seorang-seorang.
“Tak sampai 30minit dia kacau kucing pula. Lepas tu tinggal buku atas meja.
Namun, siapa sangka hantaran yang nampak biasa-biasa itu, perkongsian seorang ibu mengenai kegigihan anak untuk belajar telah menarik perhatian seorang kaunselor terkenal.
Hantaran tersebut menarik perhatian Coach Azizul, seorang kaunselor terkenal, yang berkongsi pandangannya melalui satu thread di akaun @coachazizulofficial. Beliau menjelaskan bahawa gaya belajar Rayyan sebenarnya selari dengan satu teknik psikologi yang terbukti berkesan.
“Rayyan sebenarnya menggunakan Teknik Jeda yang diperkenalkan oleh Dr Marthy Lobdel, pakar psikologi. Teknik ini menyarankan pelajar untuk belajar selama 30 minit dan berhenti selama lima minit untuk rehat singkat. Tujuannya adalah untuk ‘mengecas’ semula minda,” terang Coach Azizul.
Menurutnya, waktu rehat itu boleh diisi dengan aktiviti ringan yang menyeronokkan seperti bermain dengan haiwan peliharaan. Selepas itu, pelajar boleh menyambung semula sesi pembelajaran dengan lebih segar.
Beliau turut menjelaskan perbezaan antara Teknik Jeda dan Teknik Pomodoro, satu kaedah pengurusan masa popular dalam kalangan pelajar.
“Teknik Pomodoro diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada 1980-an, manakala Teknik Jeda berasal daripada Dr Marthy Lobdel, profesor psikologi dari Pierce College, Washington. Konsep Dr Marty lebih kepada belajar dengan bijak, bukan belajar lebih lama,” tambahnya lagi.
Rita turut menghargai penerangan tersebut dan berkongsi satu lagi kisah menarik tentang Rayyan. Menurutnya, seorang guru pernah menceritakan pengalaman melihat Rayyan tertidur sewaktu menunggu giliran dalam ujian hafazan al-Quran. Namun selepas dikejutkan, dia dapat menyambung hafazannya dengan lancar.
Rita berkata Rayyan sering memberitahunya bahawa tidur dan ulang kaji saat akhir adalah cara paling berkesan untuknya mengingati pelajaran.
“Saya selalu tanya dia, ‘Bila nak belajar? Mommy tak nampak pun Rayyan study. Dah nak exam ni.’ Tapi dia jawab, ‘Rayyan kena tidur dulu, baru boleh ingat. Study last minute baru lekat.’”
Untuk makluman, Rayyan kini menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dalam program Ulul Albab dan sering menerima Anugerah Pengetua atas pencapaiannya yang cemerlang.
Selain akademik, Rayyan juga aktif dalam bidang sukan seperti bola sepak dan olahraga. Baru-baru ini, dia berjaya memecahkan beberapa rekod kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam, termasuk rekod yang telah bertahan selama dua dekad.
Belum lagi kes Zara Qairina selesai, terbaru berita meruntun jiwa apabila seorang pelajar tingkatan tiga jatuh bangunan asrama tingkat tiga dan didakwa menjadi mangsa buli.
Hati seorang ibu mana yang tidak luluh bila melihat anak sendiri kini terlantar di hospital dalam keadaan kritikal. Itulah yang sedang ditanggung oleh Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, apabila anak kesayangannya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, pelajar Tingkatan Tiga, kini ditidurkan dan masih dalam pemantauan rapi selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Ibu mangsa, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, berkata, anaknya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi kini sedang ditidurkan di hospital dan masih dalam pemantauan rapi pihak perubatan, lapor SH Online.
Tanbahnya, keputusan imbasan CT scan mendapati anaknya mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.
“Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, mestilah patah riuk. Tapi hasil imbasan hanya tunjuk rahang sahaja yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli,” katanya.
Susulan kejadian, Siti Muhaini berkata, pihaknya telah buat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam.
Beliau kemudiannya memberitahu, dia dimaklumkan lima pelajar telah ditahan polis untuk siasatan, namun setakat ini masing-masing enggan memberikan keterangan.
Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lewat memaklumkan kejadian kepada penjaga.
“Keluarga hanya dimaklumkan pukul 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi.
“Warden kata Irfan jatuh dari tingkat tiga selepas makan mi segera. Tapi dalam laporan perubatan, dalam perutnya langsung tiada sisa makanan,” katanya lagi.
Ditanya sama ada Ahmad Irfan pernah mengadu mengenai perkara tersebut, Siti Muhaini memberitahu anaknya sentiasa ceria malah aktif di sekolah.
“Sebelum ini dia tidak pernah tunjuk ada sebarang masalah dengan rakan-rakan. Ahmad Irfan memang aktif, dia ada jawatan dalam biro agama asrama,” katanya lagi.
Terlalu awal kaitkan kes buli – Ketua Polis Selangor
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, terlalu awal untuk mengesahkan punca kejadian, termasuk spekulasi mengaitkannya dengan unsur buli.
“Pihak polis menyeru orang ramai agar tidak membuat andaian yang boleh mengganggu proses siasatan atau menjejaskan emosi keluarga mangsa.
“Polis Selangor komited untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau mengesahkan polis menerima satu laporan polis berhubung kejaduan berkenaan.
Sehubungan itu Shazeli berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.