Ramai wanita akan mengalami bengkak kaki ketika mengandung. Kondisi ini sudah pastinya akan membuatkan ibu rasa tidak selesa. Ini merupakan sesuatu yang normal.
Bagi ibu yang baru pertama kali hamil pasti tertanya-tanya mengapa kaki sembab ketika hamil?
Ada 3 penyebab utama kaki membengkak ketika hamil:
1. Sepanjang kehamilan, badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk membantu tumbesaran bayi.
2. Apabila bayi membesar, uterus akan menekan vena yang membawa darah dari bahagian kaki ke jantung.
3. Hormon juga akan membuatkan dinding vena menjadi semakin lembut. Oleh sebab itu, lebih sukar untuk vena menjalankan tugasnya dengan betul.
Atas sebab inilah, darah akan ‘terperangkap’ pada kawasan kaki. Malah, ada juga darah yang akan terbocor ke kawasan tisu dan menyebabkan bengkak.
Pun begitu kaki sembap semasa hamil bukanlah sesuatu yang berbahaya kepada ibu atau bayi. Namun, ia akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
Selalunya, kondisi ini akan berlaku pada akhir kehamilan.
Ads
Atasi kaki sembab ketika hamil
Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah kaki sembap. Antaranya ialah:
1. Pakai compression socks
Cuba pakai compression socks atau stoking ibu hamil untuk mengurangkan simptom bengkak kaki. Stoking ini dapat memastikan tekanan pada kawasan kaki kekal normal. Selain itu, ia juga dapat membantu menolak semula cecair lebihan kembali ke dalam salur darah.
Elakkan memakai stoking yang ketat atau mempunyai getah pada bahagian atas. Ini boleh meningkatkan risiko darah beku.
2. Rehat secukupnya
Ibu hamil perlulah berehat dengan secukupnya. Pengaliran darah ke seluruh tubuh badan akan menjadi semakin lancar jika ibu mendapatkan rehat yang cukup.
Ads
Ketika anda menonton televisyen, membaca atau sedang duduk, cuba tukar posisi badan dan lunjurkkan kaki ke depan dan ke atas, lebih tinggi daripada dada. Posisi ini akan mengurangkan tekanan pada kawasan vena dan mengurangkan kaki sembab ketika hamil.
3. Basahkan kaki anda
Rendamkan kaki yang sembap di dalam air sejuk selama 20 minit untuk mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, ibu juga boleh kurangkan rasa hangat disebabkan cuaca yang panas.
Tetapi, pastikan suhu air tidak terlalu sejuk! Suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan salur darah kecil mengecut dan mengurangkan peredaran darah. Silap-silap, kaki boleh menjadi lebih bengkak!
4. Beli kasut yang muat
Kasut yang ketat bukan sahaja tidak menyelesakan, ia juga akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan yang lebih teruk.
Ads
Disebabkan masalah ini selalunya akan berlarutan selepas kelahiran, tidak rugi jika anda berbelanja lebih untuk sepasang kasut yang selesa. Sebagai panduan, pilih kasut yang rata dan boleh disarung dengan mudah.
5. Jumpa pakar jika kaki sembab makin serius
Kadangkala, masalah kaki sembab ketika hamil hanya boleh diselesaikan oleh pakar. Mungkin ibu tidak sedar kesakitan pada tapak kaki mungkin berlaku disebabkan perkara lain seperti kuku cengkam.
Walau apapun keadaannya, dapatkan segera nasihat dan pandangan dari doctor terlebih dahulu.
“Tatkala melihat kakak terbaring dan sedang mengandungkan anak sulungnya, hati mana yang tak sedih. Walaupun tidak banyak perubahan yang berlaku pada kakak, tapi sudah ada petanda positif apabila bola matanya bergerak dan jari tangannya sudah boleh menggenggam objek,” kata Fazariah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 43, yang koma selepas disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.
Fazariah, 38, berkata, bagaimanapun Jahidah masih belum boleh mengeluarkan suara sekali gus tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.
Mata mula berkelip-kelip, dah ada pergerakan jari
Menurutnya, Jahidah kini dijaga rapi adiknya, Fauziah Nordin, 40, di rumah di Bandar Seri Sendayan, dekat sini.
“Kakak masih di tahap separuh sedar di mana kedua-dua matanya yang terbuka mula berkelip-kelip berbanding sebelum ini ia hanya statik.
“Tidak banyak perubahan dari segi kesihatannya namun ada pergerakan pada jari di kedua-dua tangannya dan kami memberikan bola kertas untuk dia menggenggam.
“Anggota badan yang lain tidak menunjukkan perubahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hanya bergantung dengan bubur dan susu khas
Fazariah berkata, kakak sulung daripada tujuh beradik itu kini hanya bergantung kepada bubur dan susu khas yang diberikan melalui saluran tiub.
Kandungan dah berusia 18 minggu
Katanya, doktor dan kakitangan Pusat Kesihatan Daerah masih terus merawatnya bagi memastikan tahap kesihatannya bertambah baik termasuk keadaan anak sulung yang sedang dikandungnya.
“Daripada maklumat yang diberikan doktor, keadaan anak yang dikandung dalam keadaan baik dan sudah memasuki minggu ke-18.
“Kami sekeluarga akan terus mendoakannya agar kesihatan dia pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sebelum ini,” katanya yang berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menyalurkan bantuan RM500 sebulan untuk urusan penjagaan kakaknya itu.
Kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian selepas koma akibat mengalami kecederaan serius di kepala dan tengkorak disyaki akibat dipukul suami, Rosmaini Abd Raof, 38, di rumah mereka pada 4 Mei lalu.
Suaminya sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tuduhan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit gastrik di kalangan ibu hamil, ketahui punca dan cara rawat. Gastrik atau penyakit gastroesophageal reflux (GERD) merupakan satu keadaan yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Penyakit Gastrik Di Kalangan Ibu Hamil, Ketahui Punca & Cara Rawat
Keadaan ini berlaku apabila asid perut naik ke esofagus, menyebabkan rasa terbakar di dada atau pedih ulu hati. Gastrik boleh menjejaskan kualiti hidup wanita hamil, tetapi terdapat beberapa cara untuk mengurus dan merawat keadaan ini.
Punca Gastrik Semasa Kehamilan
Perubahan Hormon
Semasa kehamilan, hormon progesteron meningkat. Hormon ini membantu melonggarkan otot-otot di rahim, tetapi ia juga melonggarkan injap antara perut dan esofagus. Ini membolehkan asid perut naik ke esofagus dengan lebih mudah.
Tekanan Pada Perut
Rahim yang semakin membesar boleh memberi tekanan kepada perut. Tekanan ini boleh menyebabkan asid perut naik ke esofagus, terutama selepas makan.
Perubahan Diet dan Gaya Hidup
Wanita hamil sering mengalami perubahan dalam selera makan dan mungkin makan lebih kerap atau dalam kuantiti yang lebih besar. Ini boleh meningkatkan risiko refluks asid.
Gejala Gastrik Semasa Kehamilan
Rasa terbakar di dada (pedih ulu hati)
Rasa masam atau pahit di mulut
Kembung perut
Loya dan muntah
Sendawa yang kerap
Cara Mengurus dan Merawat Gastrik
Makan dalam Kuantiti Kecil dan Kerap
Makan dalam kuantiti kecil tetapi lebih kerap boleh membantu mengurangkan tekanan pada perut dan mengurangkan risiko refluks asid.
Elakkan Makanan Tertentu
Makanan pedas, berlemak, dan berasid boleh mencetuskan gejala gastrik. Mengelakkan makanan ini boleh membantu mengurangkan gejala.
Elakkan Berbaring Selepas Makan
Berbaring selepas makan boleh memudahkan asid perut naik ke esofagus. Tunggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam selepas makan sebelum berbaring atau tidur.
Gunakan Bantal Tambahan
Mengangkat kepala semasa tidur dengan menggunakan bantal tambahan boleh membantu menghalang asid perut daripada naik ke esofagus.
Pakai Pakaian Longgar
Pakaian yang ketat boleh memberi tekanan pada perut dan memperburuk gejala refluks asid. Pakai pakaian yang longgar dan selesa.
Rujuk Doktor
Jika langkah-langkah di atas tidak membantu, rujuk doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut. Doktor mungkin akan mengesyorkan ubat antasid atau ubat lain yang selamat untuk wanita hamil.
Gastrik semasa kehamilan adalah masalah yang biasa, tetapi ia boleh diuruskan dengan perubahan gaya hidup dan diet. Wanita hamil perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Wanita hamil cubalah elakkan makanan yang boleh mencetuskan gejala, dan mengikuti nasihat doktor untuk memastikan kesihatan mereka dan bayi dalam kandungan terjaga. Dengan pengurusan yang betul, gejala gastrik boleh dikurangkan, dan wanita hamil boleh menjalani kehamilan dengan lebih selesa.
Makan nasi semasa berpantang tanpa bertambah dan amalan memakan cuka bersama halia adalah antara rutin berpantang pengacara TV Pa&Ma Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau Shiera. Disiplin mengambil jamu berpantang yang diramu ahli keluarga sendiri juga salah satu kemestian.
Ibu kepada lima anak ini melalui enam kali proses berpantang. Setiap satunya dilalui dengan rutin yang diatur oleh ahli keluarga seperti ibu, arwah nenek tiri, ibu mertuanya, Datin Maria Arshad, arwah nenek dan ibu saudara suaminya, Ijoy Azhari. Hasil daripada gabungan rutin berpantang beberapa orang ahli keluarga terdekatnya maka terhasillah amalan pantang yang menjadikan dirinya sangat selesa dan seronok berpantang.
SAPUAN MINYAK URAT
“Saya amalkan pantang selama 44 hari. Dalam pantang, yang paling saya suka ialah bertungku dan memakai minyak urat. Dalam family memang ada minyak urat yang pakcik buat sendiri. Lepas mandi dan urut semua saya akan sapu banyak-banyak minyak urat pada keseluruhan badan.
“Minyak tersebut tidak panas cuma menyebabkan badan rasa ringan. Kita rasa buang angin dan kulit juga rasa sangat halus kerana ada kunyit sebagai ramuan di dalamnya. Rasa lembut. Kalau orang tanya, inilah yang saya suka, seolah-olah memanjakan diri,”kata Shiera.
CUKA DENGAN HALIA & IKAN TENGGIRI
Siapa yang menjaga Shiera semasa pantang? Aktres yang juga turut bertugas sebagai DJ radio ini amat menghargai pengalamannya dijaga orang-orang lama yang berusia hampir 100 tahun.
“Dulu-dulu arwah nenek jaga. Arwah nenek tiri dan mak menjaga pemakanan saya ketika berpantang. Makan yang kering-kering sahaja. Tapi bila kenal ibu mertua saya, Datin Maria Arshad, dia ajar saya makan halia dengan cuka. Pantang pemakanannya juga saya buat. Dalam berpantang, nasi dihidang banyak dalam pinggan tapi kalau dah makan habis jangan tambah lagi. Itulah yang sama amalkan.
IKAN TENGGIRI SEBAGAI MENU
“Saya makan ikan tenggiri sahaja sepanjang pantang. Ibu mertua saya akan beli ikan tenggiri segar setiap hari dan kemudian perapkan dengan garam dan kunyit dan salaikan (goreng tanpa minyak). Dulu-dulu memang saya makan ikan bilis, tetapi selepas itu saya buat apa yang macam ibu mertua selalu masakkan iaitu ikan tenggiri. Lepas tiga minggu, barulah saya akan ambil sajian sup.
“Tapi apabila berpantang bersalinkan Adeena baru-baru ini secara caeserean, doktor nasihatkan untuk tidak mengambil cuka. Jadi masa berpantang baru-baru ini cara pemakanan saya agak lain sikit. Bila tahun 2018 ni banyak yang dah tawarkan pakej berpantang, jadi perawat pantang yang akan sediakan makanan. Perawat pantang yang bantu dengan menu dan cara pantang mereka,” kata Shiera lagi.
IKUTI SHIERA DALAM RANCANGAN TV PA&MA
Ikuti Shiera bersama suaminya Ijoy Azhari dalam rancangan TV Pa&Ma yang ke udara setiap Selasa, jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam. Rancangan TV Pa&Ma yang kini sudah Musim Kedua mengutarakan topik-topik menarik keibubapaan yang sangat berinformasi dan bermanfaat diketengahkan setiap minggu.
Minggu depan, episod 9 rancangan TV Pa&Ma Survival Anak Pramatang akan diutarakan. dan akan disiarkan pada 6 November 2018 yang mengupas topik berkenaan kelahiran bayi pramatang dan survival anak-anak yang dilahirkan pramatang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!