Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Maka sebab itulah amat penting untuk memilih tukang urut yang tepat selepas bersalin.
Waktu berpantang sememangnya saat paling penting kepada wanita. Ibu perlu memikirkan cara paling sesuai dan memberikan keselesaan kepada diri serta bayinya dengan mengambil kira semua aspek berkaitan. Perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang remeh kerana ia memberikan kesan jangka panjang kepada si ibu.
Tip Pilih Tukang Urut Untuk Ibu Lepas Bersalin
Dr Rusyaine Ramli berkongsi 10 tip mengenai pemilihan tukang urut dalam tempoh berpantang supaya tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.
Boleh Ikut Saranan Doktor Ini
1.Nama dia tak boleh mula dengan Bidan sekian sekian. TAK BOLEH. Bidan adalah jururawat terlatih yang dah lulus kursus posbasik Perbidanan selama 1 tahun ATAU jururawat masyarakat. Mereka ni berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia. Bidan kampung dah tak ada ya. Generasi mereka sama ada dah terlalu tua atau dah meninggal.
Bila tukang urut kata dia bidan, tu tandanya dia memang tak tahu pun apa maksud bidan, sebab dia tak pernah terlibat dalam menjaga mak mengandung dan apatah lagi membantu dalam proses kelahiran. Maka, dia bukan bidan.
2.Asas sains biologi bab anatomi dan fisiologi manusia dia tak bertentangan dengan doktor. Dia tak boleh menggunakan frasa yang mengelirukan. Contoh, meroyan, bentan, angin, urat yang dia punya definisi sendiri dan ia sangat berlawanan dengan istilah perubatan.
3.Dia tak buat urutan yang pelik, contoh sengkak rahim. Ia adalah prosedur yang tidak perlu langsung pun. Dia kena sedar, urutan dan bertungku tu hanya untuk rileks kan otot. Dan untuk mak manjakan diri. Tak lebih dari tu. Ia tak wajib pun.
4.Dia tak takutkan atau momokkan kalian dengan ayat, kalau tak buat ni, nanti tombong la bagai. Untuk elakkan tombong, dia sepatutnya tunjuk ajar pada kalian macam mana nak buat senaman Kegel.
Dia tahu bengkung itu hanya untuk menyokong abdomen yang menggelebeh dan bukannya untuk bagi tak buncit.
5.Dia tak suruh kalian makan jamu, minum air rebusan, pakai pilis semua. Dia tahu yang semua tu tak terbukti pun efektif. Malah ada jamu yang boleh jadi mudarat. Sebab jamu yang berdaftar dengan KKM pun tak pernah dibuat kajian tentang keberkesanannya atau kesan sampingannya. Jadi nak buat apa ambil jamu.
6.Dia tak merapu bab makan minum dalam pantang. Dia ikut saranan KKM, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah dalam 1 pinggan hidangan. Dia tak kata buah atau sayur jenis ini angin la, jenis itu sejuk la. Dia nak kalian pelbagaikan jenis makanan untuk dapatkan khasiat sepatutnya.
Ads
Dia tak catu air yang kalian minum. Dia suruh minum air dalam 2 ke 3 liter sehari. Nak minum air sejuk pun tak adalah jadi macam dosa besar dibuatnya.
Ada tukang urut tak bagi kalian mandi. Negara kita kan panas dan lembap. Takkan nak biar berkuap busuk tak basuh rambut. Atau kena dok dalam panas berpeluh, pakai stoking masa cuaca panas, tak boleh buka kipas atau pendingin hawa.
7.Dia bantu dengan bagi sokongan emosi dalam kalian melalui proses adaptasi dengan bayi yang baru lahir dan segala perubahan fizikal yang dilalui. Memang ramai mak dalam pantang senang rasa stres, jadi dengan adanya dia, tu kan dapat meringankan tekanan
Ads
8.Dia tak pandai-pandai sendiri dengan buat diagnosis entah apa-apa sedangkan dia bukan doktor atau misi. Dia tahu, kalau mak tu demam, terus kena pergi jumpa doktor. Kalau dia tahu, darah nifas tu banyak dari biasa, cepat-cepat ke klinik atau hospital. Dia tak pandai-pandai sendiri. Dia tak payah pun tunjuk dia hebat sebab dia ada fungsi dia sendiri dan dia tak nak pun jadikan doktor atau misi sebagai saingan pun. Dia tak tergedik buat video yang niatnya nak burukkan doktor dan misi semata-mata nak jual diri dia.
Hujungnya, matlamat dia, dia nak kalian dapat penjagaan post partum yang baik dari semua pihak yang terlibat.
9.Dia bukan penjual produk yang tak berdaftar atau pun produk yang ada tuntutan melampau. Setakat minyak panas yang ada notifikasi dengan KKM tu ok la. Ni segala mak bapak jus la, jamu la, dan apa-apa lagi yang merapu.
10.Yang paling penting, caj yang dikenakan berpatutan dengan servis yang diberikan pada kalian. Dan kalian berpuas hati dengan perkhidmatan tukang urut pilihan kalian.
Anak alami rabun? Ibu bapa perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Perlu kurangkan gajet & banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Cermin mata pula perlu dipakai selalu.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah berkongsi mengenai kerabunan yang dialami oleh kanak-kanak. Peranan ibu bapa penting untuk memastikan ia dikendalikan dengan betul, elakkan sama sekali mitos yang karut.
Mesti dipakaikan cermin mata, nanti makin rabun.
Bawa anak ke doktor mata & optometris yang bertauliah. Cermin mata perlu dipakai selalu, bukan semasa sekolah sahaja.
Gajet perlu dikurangkan, banyakkan aktiviti luar rumah.
Pemakanan seimbang, sayur & buah yang sarat antioksidan & vitamin.
Doktor terangkan beberapa perkara perlu dielakkan. Ibu bapa jangan mudah terpengaruh dengan rawatan yang kononnya boleh menyembuhkan rabun.
Tiada bukti saintifik, silap hari bulan anak boleh buta kerana kesan steroid yang mungkin terdapat didalamnya.
Ada dikalangan anda yang mengalami masalah sakit belakang semasa menyusu walaupun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Ramai yang mengeluh tentang sakit belakang.
Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat bayi berlebihan boleh menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Ikuti perkongsian dari pakar laktasi, Puan Rita Rahayu tentang langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang.
Berhati-hati dengan posisi dan postur tubuh
-Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak
– Jika anda sakit belakang di bahagian bawah, gunakan pelapik kaki bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai
-Pilih kerusi selesa yang mempunyai tempat letak tangan dan gunakan bantal yang banyak sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan
Bersenam secara beransur-ansur
-Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibilitinya
– Amalan berenang dapat membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada sendi
– Lakukan senaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang abdomen. Selain itu, biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah dua tahun menanti, akhirnya pasangan selebriti media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim yang lebih dikenali dengan nama Durian Kimchi selamat menimang cahata mata sulung mereka petang semalam.
Tepat jam 6.27 petang, Maryam, anak kelahiran Korea Selatan itu selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang dinantikan sekian lama.
Berkongsi cerita melalu Mstar, baik Ryzal mahupun Maryam, sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki zuriat dari Allah SWT.
Malah kata Ryzal kini dia mula merasakan satu tanggungjawab baru dalam hidupnya sebaik melihat wajah anaknya yang diberikan nama Rina. Malah amat bersyukur Maryam dapat melahirkan bayi sulung mereka secara normal petang semalam.
“Walaupun sebelum ini Maryam mengandung, tapi tak rasa lagi macam seorang bapa sebab tak nampak baby depan mata. Tapi semalam bila anak kami keluar sahaja tiba-tiba air mata saya jatuh.
” Saya tak fikir apa pun, cuma rasa tersentuh dan tak percaya sudah menjadi bapa kepada seorang cahaya mata perempuan. Banyak perkara yang saya kena belajar mulai sekarang,” kongsinya.
Panik bukaan sudah 9cm
Malah Ryzal turut bercerita bagaimana dia menjadi panik sebaik diberitahu Maryam bukaan servik sudah pun sembilan sentimeter. Ryzal yang terpaksa berpatah balik semula ke rumah gara-gara tertinggal barang baby terus memecut dan meredah kesesakan lalu lintas untuk kembali bersama Maryam.
“Doktor kata biasanya selepas bukaan dua sentimeter akan ambil masa dalam tiga hingga empat jam, jadi saya pun balik ke rumah sekejap untuk ambil kain pembalut bayi.
” Bila dekat rumah, satu jam selepas itu Maryam telefon beritahu bukaan dah sembilan sentimeter. Cepat-cepat saya gerak semula ke hospital dengan jalan sesak sampai terlanggar side mirror dua buah kereta.
” Saya nak minta maaf sangat-sangat kepada pemilik kereta tersebut kerana terlalu kelam kabut ketika itu sebab Maryam dan nak bersalin.
” Alhamdulillah saya sempat sampai di hospital dan Maryam masih tengah ‘push’ untuk lahirkan anak kami,” kongsinya lagi.
Usaha sediakan makanan pantang Korea
Kata anak kelahiran negeri Kelantan ini lagi, sepanjang berpantang ini, biarpun mereka di taja oleh sebuah pusat berpantang namun kata Ryzal dia akan belajar memasak makanan Korea kerana itulah kesukaan Maryam.
“Kami dapat sponsor daripada sebuah pusat berpantang sepanjang 44 hari ini tapi saya tak boleh nak serahkan 100 peratus untuk menguruskan semuanya.
“Saya kena belajar juga macam mana nak sediakan lauk pantang sebab makanan Maryam ni makanan Korea. Orang kita tak tahu sangat lauk mereka macam mana.
“Jadi saya kena belajar saya macam mana nak masak sup seaweed dan hidangkan untuk Maryam setiap hari,” kongsi lagi.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam You Narae berkahwin pada 16 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul di Korea Selatan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar Nourul Depp kanser membuka mata wanita tentang pentingnya pemeriksaan awal, keputusan berani membuang rahim dan ovari, serta perjalanan pulih yang penuh kekuatan dan inspirasi.