Masakan berkuah ada ketikanya cepat jemu. Apa kata cuba buat menu ikan bakar berempah sebagai hidangan seisi keluarga. Menu ni ringkas saja tapi penangannya boleh buat makan nasi bertambah-tambah.

Bagi yang nak cuba buat resipi ikan bakar ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Amy Tommy. Bukan semata-mata ikan saja, tetapi boleh juga dibakar dengan ayam atau makanan laut.

Buat banyak-banyak stok rempah ikan bakar, boleh masak pelbagai jenis lauk. Berbaloi dan puas hati nak makan. Berikut dikongsikan resipinya.

Resipi rempah ikan bakar Terengganu style saya. Buat banyak tak apa lebih boleh simpan dalam peti buat stok. Saya halalkan resepi ini, cuma doakan saya boleh jalan seperti biasa tak lah masak pakai wheelchair.

ARTIKEL MENARIK [Kurma Fresh, Sejuk Beku Atau Kering, Basuh Dulu. Bukan Terus Makan Ye!]

Rempah Ikan Bakar Terengganu Style & Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar

RESEPI REMPAH IKAN BAKAR TERENGGANU STYLE

*Boleh bakar bersama ikan/ayam/sotong/udang/lala dan lain-lain.

Bahan-bahan :-

IKLAN

Bawang merah besar – 1kg
Bawang putih – 1 labu
Serai – 5 batang
Cili boh @ cili kering kisar – 1kg
Gula – 1 cawan
Nissang (gula merah) – 3 kerek
Garam – secukup rasa
Belacan Bakar – 1 sudu
Air asam jawa/asam keping secukup rasa
Daun kesum – 1 genggam
Daun Limau
Minyak masak 1 cawan

Langkah 1
– Blender bawang besar, serai dan bawang putih serta belacan sehingga lumat

Rempah Ikan Bakar Terengganu Style & Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak lepas tu masukkan bahan-bahan yang sudah diblender tadi. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili boh atau cili kering dan tumis sehingga garing dan naik bau.

3. Masukkan gula dan nissang. Biarkan sehingga cair.

IKLAN

4. Masukkan garam. Gaul sebati kemudian masukkan air asam jawa

5. Biarkan mendidih.

6. Masukkan hirisan daun limau dan daun kesum

7. Masak selama 1-2 jam. Jangan biar, kacau perlahan-lahan tak mahu bagi hangus

RESIPI MENARIK [Step By Step Buat Tauhu Telur. Tak Perlu Nak Susah Cari Keluaran Muslim Lagi!]

Rempah Ikan Bakar Terengganu Style & Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar

IKLAN

Tip semasa bakar supaya rempah tak kering, tak hangit boleh makan banyak kuah:

  1. Alas daun pisang atau aluminium foil.
  2. Letak minyak sikit.
  3. Letak ikan lepas tu letak nipis sahaja rempah ikan bakar atas ikan, tutup dengan daun pisang.
  4. Bakar seketika. Lepas tu balikkan ikan, letak nipis sahaja rempah ikan bakar dan biar seketika.
  5. Lepas masak, angkat letak atas pinggan barulah tuang kuah ikan bakar selebihnya atas ikan. Perah asam limau atas hidangan sebelum makan. Selamat mencuba! Makan nasi panas-panas sedapnya.

Kredit: Amy Tommy

Rempah Ikan Bakar Terengganu Style & Tip Tak Bagi Rempah Kering Masa Bakar

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI