‘Aishh gelisah je tengok baby Rayyan ni, macam susah nak tidur. Dia gosok mata pula, pegang tangan dia sayang..tak elok kalau dia asyik gosok mata’

‘Cuba angkat dan dodoikan dia, dia susah nak tidur tu asyik pusing ke kiri dan ke kanan’

Pernah tak anda dan pasangan melalui situasi ini? Melihat si manja anda seakan sukar untuk melelapkan mata dan akhirnya anda membuat keputusan untuk mendodoikannya tanpa memberi peluang untuk si manja belajar tidur sendiri?

Kadang-kadang kita merasa pelik tapi beginlah cara bayi tenangkan diri untuk tidur. Ikuti perkongsian daripada konsultan tangisan bayi ini;

PELIK TAPI BENAR !…BEGINI RUPANYA CARA BAYI RILEKSKAN DIRI UNTUK TIDUR

Antara bahagian paling sukar untuk saya yakinkan ibubapa yang sedang menjalankan sleep training ialah kenalpasti bila ibubapa perlu masuk campur membantu anak.

Ramai ibubapa resah bila melihat anak mereka gelisah. Ramai ibubapa tak tenang bila melihat anak mereka ‘tak duduk diam’.

Ramai ibubapa GAGAL FAHAM bahawa aksi resah-gelisah, bangun-duduk, pusing kepala kiri – kanan, terlentang – tertiarap, membebel, membuat pelbagai bunyi suara naik-turun dan 101 lagi aksi ‘banyak gerak dan banyak bunyi’ yang lain SEBENARNYA ADALAH CUBAAN ANAK MERILEKSKAN DIRI SENDIRI.

Di fikiran ramai ibubapa, mereka SILAP FAHAM bahawa anak yang SEDANG CUBA ‘self sooth’ itu adalah anak yang dah baring elok – elok, yang matanya sudah kuyu menanti masa tertutup dan bernafas tenang melayan perasaan mamai…

IKLAN

SALAH!

Bayi buat aksi ‘banyak gerak dan banyak bunyi’ TERLEBIH DAHULU sebelum boleh masuk ke fasa mamai!

Tiada satu manusia pun yang baring saja serta -merta mamai ➡ puff! Lelap. TIADA!

Tak percaya? Baik ingat kembali kelakuan ‘biasa’ anda ketika sudah berbaring menanti tertidur. Anda akan:
✔ Pusing kiri – kanan betulkan posisi badan
✔ Bangun-duduk tepuk-tepuk bantal/betulkan kedudukan bantal.
✔ Menggaru sana sini
✔ Melayan handphone
✔ Menggosok-gosok mata,hidung
✔ Berbual/berborak ringan
✔ Berzikir/terkumat-kamit membaca ayat/kira biri-biri atau melayan lagu.

Betul, bukan?

Sama halnya jika anda gemuruh atau cemas.
Anda akan:
✔ Mundar – mandir
✔ Bangun – duduk
✔ Terkumat -kamit membaca kalimat /doa menenangkan diri
✔ Menyanyi
✔ Menggoyang-goyang tangan, tengkuk dan kepala..

Begitu juga bayi. Bayi buat hal yang sama setiap kali mereka cuba nak tenangkan diri

Jadi, USAH sabotaj dan ganggu cubaan anak merilekskan diri sendiri dengan sibuk-sibuk nak angkat, tepuk dan dodoi anak HANYA kerana anda yang melihat ‘merasa rimas dan sakit mata’.

Ibubapa yang terlalu sibuk nak masuk campur ketika anak sedang berusaha gigih menenangkan diri sendiri akan sebabkan anak: makin rimas atau makin tak jadi tidur atau tidak pandai menenangkan diri kerana tidak di beri peluang.

Bila ibu perlu masuk campur?

➡ Hanya bila anak mula menangis. Kerana menangis ialah isyarat.: ‘ saya tak ok ‘ dan
‘saya perlukan bantuan’. Maka ibu bantulah setelah anak meminta ⚠.

Tipsnya: tunggulah sehingga anak membuat 3 tangisan terus menerus sebelum bantu anak. Ini kerana ada kalanya, anak hanya menangis 1 atau 2 kali dan tiba-tiba terlelap.

Kadang-kala anak menangis 1 atau 2 kali dan tiba-tiba dia OK pula (kembali menghiburkan diri sendiri atau kembali berusaha menenangkan diri sendiri).

Maka, ibu berilah sebanyak boleh peluang berlatih menenangkan diri sendiri yang anak perlukan. Ingat, tugas ibubapa ialah menunjuk cara dan membimbing anak. Bukan tolong buatkan semuanya untuk anak.

NOTA PENTING

⏺ Sleep training bermula usia 4 bulan ke atas SAHAJA. Sleep train TIDAK SESUAI untuk bayi kecil 0-3 bulan atas sebab:

– Jam biologi (hormon bangun-tidur) yang belum teratur.
– Bayi kecil mempunyai skil menenteramkan diri yang sangat terbatas kerana perkembangan mental dan motor yang terhad serta sistem saraf yang masih ‘rapuh’ (fragile).
– Peralihan alam rahim ke alam dunia yang masih sangat baru membuat bayi kecil panik dan perlu masa menyesuaikan diri. Mereka perlu merasa selamat dan aman, bukannya latihan atau aturan.

⏺ Tiada masalah dan sangat di galakkan untuk ibu dengan bayi kecil iaitu 0-3 bulan beri peluang bayi menenangkan diri sendiri JIKA & BILA ibu ternampak anak cuba buat. Ia semata – mata untuk beri peluang anak mencuba bila jelas nampak dia mahu mencuba dan bukannya untuk sleep training.

USWATUN HASANAH MOHD HABIB
Baby Language
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION