Anak mana yang tak suka makan ayam goreng. Lagi-lagi ayam goreng dengan keruping rangup, sepinggan ayam goreng boleh licin dalam tempoh sekejap saja.
Resipi perkongsian Nrl Intan Syafinas ini lain macam keruping rangupnya. Jom cuba!
Resepi ayam goreng crunchy by syafinas, menggunakan Tepung Bestari Original sahaja.
Bahan utama
Ayam
Tepung Bestari Original (nak guna yang spicy pun boleh) ikut selera masing-masing
Minyak
Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam. Kena fahamkan jangan la letak 1 plastik tepung nak perap tu, agak-agak ayam banyak mana, banyak tu la tepung nya. Bancuh dengan air.
Lagi lama ayam diperap lagi rasa juicy tau tapi kalau tak nak perap lama pun tak pe dalam 10 minit pun ok. Ikut pada kerajinan nak menunggu. Yang ni saya tak bancuh dengan telur sebab kalau letak telur minyak kan jadi cepat hitam. (jangan letak garam /perasa sebab tepung bestari ni dah cukup masin)
Tepung kering (menggunakan tepung bestari jugak) guna bekas yang besar sebab senang nak gaul ayam nanti.
Ambil ayam yang diperap tadi ke tepung kering dan gaul sama rata. Masa ni tekap ayam dengan tepung bagi tepung tu bersalut dengan ayam.
Ni lah kejadian ayam.
Ok yang ni sediakan bekas/mangkuk ikut pada korang la. Isi air dalam bekas (air sejuk @air paip terpulang )dan letak penapis. Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi ke dalam dan remdam ayam, jangan lama sekejap je dalam 2 saat.
Angkat ayam direndam tadi dan toskan.
Lepas tu masukkan semula dalam tepung kering dan gaulkan (tepung kena banyak ye jangan sikit nanti tak jadi kerinting ayam). Lepas tu akan nampak hasil kerinting macam ni.
Goreng ayam ni saya pilih dalam periuk sebab kejadian ayam bila digoreng akan jadi cantik. Minyak kena banyak bila goreng ayam tu, tak ada la hangit tang bawah tu.
Ni lah hasilnya. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gabungkan Dua Tauhu Dalam Resipi Tauhu Berlauk, Menu Tinggi Protein Dan Kalsium Buat Anak!
Jika menu bergedil atau bebola berinti mungkin sudah terbiasa bagi anak-anak kecil kita, kali ini menu Tauhu Berlauk dilihat cukup unik dan istimewa buat si kecil kita. Sesekali mencuba resipi baru pastinya buat anak-anak lebih teruja.
Tauhu jarang disukai anak-anak kita tetapi resipi yang disediakan oleh Puan Dahlia Kamaruzza di facebooknya ini mungkin membuka selera anak-anak kita. Gabungan dua jenis tauhu pastinya memberi rasa berbeza dan khasiat berganda buat anak-anak. Jom cuba!
Pagi ni makan tauhu berlauk je. Lama tak buat kudap-kudap untuk dia. Buat lebih simpan frozen. Esok-esok nak makan boleh goreng. Alhamdulillah Hilman suka.
Resepi Tauhu Berlauk
Tauhu biasa 3 keping
Tauhu telur 1 tube
Daging kisar 2 tbs
Daun ketumbar 1 tangkai
Carrot 1 inci
Telur 2 biji
Blackpepper sedikit
Serbuk ayam homemade sedikit
Bawang putih 1 ulas
Tepung jagung 1 tbs
Loyang/bekas untuk mengukus
Sedikit minyak
Masukkan semua bahan ke dalam blender atau food processor.
Blender sampai sebati.
Sapu sedikit minyak pada loyang atau bekas. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Ketuk-ketuk sikit loyang supaya adunan padan dan tak berongga.
Kukus selama 25 hingga 40 minit atau sehingga masak. Sejukkan.
Cara menggoreng, minyak perlu panas betul sebelum masukkan tauhu. Guna api sederhana saja. Boleh goreng terus atau celup dalam bancuhan telur dan goreng. Boleh juga celup dalam bancuhan telur dan golek dengan breadcrumb atau oat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini Untuk Tambah Susu Badan, Confirm Mama Suka!
Setiap ibu pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak, terutamanya aspek penyusuan eksklusif, kan? Tapi ia tidaklah semudah disangka. Usah bimbang, ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Cabaran penyusuan eksklusif
Antara cabaran utama ibu-ibu dalam melakukan penyusuan eksklusif adalah untuk memastikan bekalan susu mencukupi bagi memenuhi keperluan si manja.
Tetapi, masalah tersebut boleh diatasi dengan pengambilan makanan penggalak susu yang sihat dan berkhasiat.
Dalam perkongsian artikel ini, ikuti resipi yang sedap dan paling penting berkhasiat untuk ibu. Dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan bekalan susu badan untuk bayi.
5 resipi makanan penggalak susu sedap
1. Smoothie epal beri
Minuman ini boleh diambil sebagai sarapan atau snek minum petang. Ia dipenuhi dengan buah-buahan yang kaya protein dan nutrien.
Yogurt Greek adalah sumber kalsium yang hebat dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lama. Ia mengandungi bakteria dan probiotik sihat yang bagus untuk sistem pencernaan ibu dan bayi.
Bahan-bahan:
3 cawan jus epal
2 biji epal, dicincang halus
2 pisang beku, dipotong dua
2 cawan beri biru beku
2 cawan strawberi beku
1⅓ cawan yogurt Greek kurang lemak
Cara membuatnya:
Campur semua bahan dalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
Tuangkan smoothie dalam bekas minuman kecil. Sejukkan semalaman dalam peti ais sehingga pekat.
Jangan lupa goncang sebelum minum.
2. Tauhu cili manis dan bijan
Bagi ibu yang sedang mencari menu untuk makan tengah hari, mungkin boleh cuba idea resepi makanan penggalak susu ini.
Tauhu adalah alternatif daging yang baik dan merupakan sumber kalsium. Biji bijan juga tinggi kalsium, selain menjadi sumber serat dan zat besi.
Sebagai penyeri masakan, anda juga boleh menambah lada benggala. Haa, jangan tak tahu lada ini mengandungi lebih banyak vitamin berbanding buah sitrus!
Bahan-bahan:
600g tauhu lembut, dibasuh dan dikeringkan
2 sudu besar biji bijan
1 sudu kecil bawang putih dicincang halus
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili manis Thai
1 sudu kecil minyak bijan
¼ cawan daun bawang, dipotong
Cara membuatnya:
Masukkan tauhu ke dalam periuk bersama air sehingga menutupi permukaan tauhu. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api untuk mengekalkan kepanasan tauhu. Panaskan periuk kecil pada suhu sederhana. Masukkan biji bijan dan masak selama 2 hingga 3 minit sehingga dipanggang dengan baik.
Tumbuk menggunakan lesung batu atau lenyekkan biji bijan yang telah dipanggang sehingga menjadi separuh serbuk. Lakukan kaedah yang sama dengan bawang putih.
Satukan biji bijan, bawang putih, kicap, sos cili dan minyak di dalam mangkuk kecil. Angkat tauhu dengan berhati-hati daripada air rebusan dan potong. Letakkan di atas pinggan dan tuangkan sos yang disediakan tadi. Jangan lupa taburkan daun bawang yang telah dipotong. Sedia untuk dimakan!
3. Daging bersama brokoli tumis
Makanan ini penuh dengan nutrien yang menyokong kesihatan ibu dan bayi. Daging lembu dapat meningkatkan tenaga dan merupakan sumber protein dan zat besi yang hebat. Brokoli pula adalah sumber kalsium dan vitamin A yang bagus.
Resepi ini juga sedap dimakan bersama nasi panas!
Bahan-bahan:
500g daging lembu, dihiris nipis
1 sudu besar jus lemon atau limau nipis
2 sudu besar kicap, dibahagi 2
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar bawang putih, dicincang
2 sudu teh halia, dicincang
6 cawan brokoli
2 sudu besar stok ayam/ boleh gantikan dengan campuran air bersama mentega cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 1 sudu besar air
¼ cawan air
Cara membuatnya:
Campurkan daging bersama jus lemon atau limau nipis bersama 1 sudu besar kicap. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Ratakan seluruh permukaan kuali dengan minyak.
Masukkan daging dan biarkan selama 1 minit sehingga bertukar kecoklatan tetapi tidak masak sepenuhnya. Keluarkan daging ke dalam pinggan dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan halia ke dalam kuali, tumis selama 30 saat atau sehingga naik bau wangi. Campurkan brokoli dan tumis untuk tempoh seminit atau sehingga warnanya bertukar menjadi hijau terang.
Kemudian, masukkan ¼ cawan air dan tutup kuali. Biarkan selama 2 minit atau sehingga brokoli menjadi lembut.
Campurkan 1 sudu besar kicap, stok ayam dan sos tiram ke dalam kuali. Biarkan ia mendidih dan masak selama 1 minit atau sehingga perisanya bergabung.
Masukkan daging yang telah diketepikan awal tadi ke dalam kuali. Kacau adunan air bersama tepung jagung dan masukkan ke dalam kuali. Masak hingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dinikmati!
4. Puding coklat chia
Puding ini sesuai dijadikan sarapan pagi yang lazat atau pencuci mulut enak. Ia juga makanan penggalak susu terbaik untuk dimakan. Makanan ini turut tinggi kandungan protein dan dapat membuat ibu berasa kenyang.
Bahan-bahan:
1 cawan susu lembu
6 sudu besar biji chia
¼ cawan madu
2 sudu besar serbuk koko
⅛ sudu kecil garam
1 sudu kecil ekstrak vanila
Pilihan untuk topping: buah beri, cip coklat atau kacang
Cara membuatnya:
Masukkan susu, biji chia, madu, serbuk koko, vanila dan garam ke dalam mesin pengisar. Mulakan kisaran tahap rendah sebelum menukar kepada kisaran lebih tinggi, sehingga campuran bahan-bahan menjadi halus dan sebati.
Puding ini harus mempunyai konsistensi pekat dan ia sedia untuk dinikmati bersama pilihan topping anda.Jika mahukan puding yang sejuk, tuang kisaran ke bekas dengan penutup dan sejukkan dalam peti ais. Sejukkan untuk tempoh 3 hingga 4 jam sebelum dimakan.
5. Booby bites
Snek ini bagus sebagai makanan peningkat tenaga segera. Tambahan pula ia mengandungi bahan seperti oat dan biji rami yang dapat menggalakkan susu.
Bahan-bahan:
1 cawan oat
½ cawan mentega kacang
½ cawan biji rami
⅓ cawan madu
½ sudu besar ekstrak yis
1 sudu kecil ekstrak vanila
½ cawan cip coklat mini
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan kering: oat, biji rami, cip coklat dan ekstrak yis. Masukkan mentega kacang, madu dan vanila. Gaul rata. Sejukkan adunan untuk tempoh sejam.
Keluarkan daripada peti ais dan bentukkan menjadi bebola kecil. Sudah boleh makan!
Baki bebola itu boleh disimpankan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan kembali ke dalam peti ais. Snek ini boleh tahan sehingga 2 minggu!
Selamat mencuba resepi yang dicadangkan di atas. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang berusaha melakukan penyusuan eksklusif!
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli Mahal, Buat Sendiri Corndog Roti Gardenia Lagi Puas Hati!
Sebut sahaja corndog, anak-anaklah yang paling suka. Mana tidaknya campuran sos yang sedap buat anak suka. Pun begitu bagi ibu beranak ramai, pastinya tak cukup dengan hanya membeli beberapa keping corndog. Apa kata kita buat sendiri dengan resipi perkongsian Suzana Othman.
Dilema mak-mak nak belikan anak corndog tapi berkira fulus sebab anak ramai?
Kalau begitu samalah halnya dengan kita. Nak jimat dan dapat banyak, buat sendiri adalah solusiya.
Jom belajar buat corndog menggunakan roti gardenia. Langkah demi langkah yang ringkas dan mudah ada disertakan di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 buku roti gardenia
Beberapa batang sosej yang sudah di masak sebentar atas pan kemudian potong 4 bahagian.
Mozarella block-potong ikut saiz yg sesuai
3biji telur
Serbuk roti (bread crumbs)
Lidi sate
Minyak masak
Gelekkan roti hingga nipis.
Susun sosej dan cheese kemudian gulung dengan kemas.
Siap digulung.
Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul hingga kembang, salut roti dengan telur.
Kemudian salutkan dengan serbuk roti.
Boleh terus digoreng atau boleh juga difrozenkan.
Panaskan minyak dalam kuali. Bila dah cukup panas, perlahankan api. Goreng corndog hingga keperangan, kemudian angkat dan toskan.
Cucukkan lidi sate pada corndog, paipkan sos, mayones dan cheezy mayones atasnya.
Nikmati ketika panas supaya cheese boleh ditarik panjang-panjang.
Menarik: Resipi Cucur Jagung Oat Simple, Sesuai Untuk Anak Tolak Nasi, Wajib Cuba!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI