Resepi Daging Masak Kicap Abah-Abah, Sedap Menyengat, Tak Cukup Nasi Sepinggan!

Share

Resipi daging masak kicap antara yang menjadi kesukaan kita anak beranak. Bukan sahaja ringkas bahannya bahkan rasanya pun sedap. Nak cuba resipi daging masak kicap yang sedap, air tangan bapa, Adnan Mat Abu ini anda harus cuba.

Resipi dan bahannya yang ringkas buat anak makan nasi bertambah. Jom cuba!


Resepi DAGING MASAK KICAP versi ABAH.

Bahan-bahan. ( Utk 30 org makan )
Daging lembu 3 kg -dipotong dan direbus hingga lembut
4 inci halia -dihiris.
8 biji bawang kecil. Dihiris.
8 ulas bawang putih. Dihiris.
4 sekawan
1 kg kentang. Dibelah 4.
3 sudu besar serbuk lada.
2 sudu besar lada hitam dikisar kasar.
2 sudu besar air asam jawa.
3 sudu besar gula.
Cili besar merah dan hijau serta bawang besar utk hiasan.
Kicap pekat dan kicap lemak manis secukupnya.

Tumis bawang putih, bawang kecil dan halia hingga kekuningan. Masukkan 4 sekawan. Masak seketika dan dimasukkan ubi kentang.

Bila ubi kentang separuh masak masukkan serbuk lada yang dibancuh dengan air rebusan daging. Masak selama seminit baru dimasukkan daging. Gaul rata.

Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis. Masak selama 5 minit.

Masukkan gula, air asam jawa dan garam. Masak hingga naik minyak baru dimasukkan lada hitam dan bahan hiasan. Gaul rata.

Bila bawang besar hampir layu tutup api. Hidangkan.

Siap!

Menarik: Sesi Pembelajaran Interaktif, Anak Lebih Yakin Dengan Kelas Bahasa Inggeris di Novakid!

Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN