Kadang-kadang si kecil hilang selera bila terlalu lama makan makanan yang sama. Apa kata mama cuba menu yang baharu untuk menambat selera si manja. Selain itu resipi ini juga boleh diguna ketika hari raya menjelang.
Hi mommies… nak menu Hari Raya untuk Baby tak x ? nantikan menu2 lain , biskut raya baby dari ummi deejah keyh , menyusul satu satu hehe Hari ni deejah makan Sate Versi baby tau.. Ummi deejah pun membesar dengan perniagaan sate.. Rindu nk cucuk sate, nah untuk deejah sambil 1st day intro kacang tanah ni buat kuah kacang
1. Gaul ayam dengan bahan diatas.
2. Nak lagi sedap boleh blend bawang kecil,bawang putih,serai dan perap ayam bersama kunyit.
3. Ummi guna frying pan je tak guna arang pun, tgk pada gambar ya.
Bahan-bahan Kuah kacang:
– kacang tanah 1/2cup *nak buat lebih okay je*
– tomato paste homemade (dah complete blend bawang merah,bawang putih,
halia,capsicum,tomato,celery,sedikit carrot) * resepi boleh search je dlm grp ni ya*
1. Kacang tanah ummi goreng dgn minyak, dh masak blend dgn air.
2.tumis tomato paste sehingga naik bau, masukkan kacang dan air agak2 sekiranya pekat sgt..
3. Masak kuah kacang sehingga pecah minyak dah siap!
Deejah licin makan
Selamat mencuba dear mommies Ummi akan letak hashtag #menurayaummideejahuntuk setiap idea Raya ya so nanti search je
*Awasi si kecil semasa makan, lidi boleh mencederakan.
Bagi ibu yang mempunyai anak kecil malah sedang menyusukan bayi, melakukan diet harian pastinya terasa tidak mudah. Menyusu memerlukan nutrsi secukupnya malah ibu pastinya akan merasa terlampau lapar. Namun berdiet dengan cara sihat, cukup nutrisi juga tidak salah.
Resipi diet yang dikongsikan oleh ibu menyusu Fafae Mimie ini cukup sedap. Semuanya nampak segar tetapi kaya nutrisi. Bukan itu sahaja malah semua resipi yang dikongsikan olehnya cukup ringkas dan mudah disediakan. Jom kita sama-sama cuba!
Nak share menu diet saya untuk minggu ni kot boleh bagi idea kat kawan-kawan untuk masak apa esok. Resepi semua simple-simple je. Mak anak kecik, tak sempat nak lama-lama kat dapur. Semua less oil, less salt, no sugar, sayur lebih. #bfmom.
Ayam Berempah (saya buat banyak sekaligus)
1/2 ekor ayam -perap bersama 5 ulas bawang putih, halia tumbuk, serai hiris halus dan tumbuk, 1 sudu cili kisar, sedikit garam/ serbuk cendawan, 1 sudu kecil rempah kari. Lagi lama perap lagi sedap. Nak makan masuk je dalam air fryer/ grill.
Macaroni Carbonara Simple
Rebus 30g macaroni bersama isi ayam sampai agak lembut, toskan. Masukkan separuh kotak kecil susu low fat, macaroni dan ayam tadi, sayuran, sedikit garam/ serbuk cendawan, dan 1 keping beqa cheese. Perasakan dengan sedikit lada hitam, bdan tabur mix herbs. Sedia untuk dihidang. Boleh potong cili kalau suka pedas.
Yang ni lebihan macaroni carbonara, tambah 1 sudu sos linghams, hirisa capsicum, oregano, dan 1 keping chese slim beqa koyak-koyak, bakar kejap sampai cheese cair.
Macaroni Carbonara Simple
Rebus 30g macaroni bersama isi ayam sampai agak lembut, toskan.
Masukkan separuh kotak kecil susu low fat, macaroni dan ayam tadi, sayuran, sedikit garam/ serbuk cendawan, dan 1 keping beqa cheese. Perasakan dengan sedikit lada hitam, dan tabur mix herbs. Sedia untuk dihidang.
Ikan Kukus Simple
Ikan gaul dengan sedikit garam/ serbuk cendawan, lada hitam, lada sulah, hirisan halia, cili, serai, bawang putih, bawang merah, daub limau purut, kukus dalam 20 minit.
Ikan Bakar Bersambal
Kisar bawang merah 1 bji bawang putih 2 ulas, serai sebatang, sedikit serbuk cendawan, sedikit cili kisar (air jangan banyak). Tuang atas ikan dan bakar. Saya guna air fryer je.
Gaul telur rebus dengan bahan-bahan di atas, sapu pada roti.
Banyak lagi resipi menarik dan sedap yang dikongsikan oleh ibu di facebooknya. Semuanya nampak sedap-sedap belaka.
Bukan sedap sahaja malah tak kalah dengan nutrisi yang hebat dan padu. Jadi jom kita sama-sama cuba. Mana tahu mula menampakkan hasilnya. Bukan untuk cantik tapi untuk sihat!
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Risau betul bila menjelang hari raya, ada yang cuba menyuapkan si kecil dengan biskut raya yang banyak dengan pewarna, kandungan gula yang tidak sesuai untuk bayi. Untuk mengelakkan bayi disuap dengan makanan orang dewasa, apa kata mama cuba resipi biskut bayi ini yang bebas bahan pewarna, gula dan garam.
Hi mommies ! Ingat lagi tak resepi resepi cookies dari ummi deejah. Tinggal satu lagi nak buat sebenarnya.. Tapi belum siap chocolate chip homemade untuk deejah
So ni nak bagi tahu cookies2 raya baby boleh la kite guna bekas2 comel ni, mudah nak bawak pergi beraya… Hias comel2… Letak atas meja makan jugak cookies raya baby ni.. Kte raikan anak raya dengan healthy cookies raya without additional sugar and salt , surely very tasty
Hi…. Ummi gigihkan diri share resepi biskut raya baby to all mommies ??
Biskut kacang ni senang macam kacang goreng jek ?
Bahan2 :
? 1cup kacang tanah
? 1/2cup minyak jagung
? 1/2 cup tepung jagung
? 3/4 cup tepung gandum
1. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kopek kulit.. Kisar halus..
2. Sebatikan kacang, tepung gandum, tepung jagung..
3. Masukkan minyak jagung sikit sikit sehingga terbentuk doh yg boleh dibulat2kan..
Ummi tak pakai minyak mazola.. Guna minyak jagung pun sedap 🙂
4. Sapu kuning telur atas biskut. Bakar 170°C api atas bawah 10-12minit shj ?
Hari ni dua cookies buat ?
Nah mommies idea biskut raya anak2 nanti… Tapiii biskut ni sesuai 1tahun ke atas ya… Ada penggunaan koko…
Bahan2 :
? Serbuk koko 20gram
? unsalted butter 150gram
? puree kurma 1 sudu besar
? almond flakes dihancurkan kasar
? organic dried cherry ( ummi cincang2)
? Tepung gandum ( sehingga aduanan okay ? ummi tak sempat buat sukatan) ⭕ notes : adunan lembik cedok guna sudu
? telur sebiji
1. Hanya menggunakan whisk, putar butter yg lembut bukan lembik ya. Sebelum mula buat biskut keluarkan butter 30minit awal. Putar butter sehingga rata.
2. Masukkan puree kurma gaul rata.
3. Serbuk koko, almond flakes dan cherry kering.
4. Sedikit serbuk penaik
5. Sebiji telur dan gaul sebati.
6. Tapung gandum agak2 tak lembik sangat tak pekat sangat. Lihat pada gambar ya untuk tahu lembik mana adunan.. *Maaf tak sempat buat sukatan. Ibu2 boleh letak 1/2 cup dulu, gaul dan tambah lagi sekiranya lembik sangat.
7. Bakar suhu 170°C 20 minit api bawah 10minit api atas.. Ni oven ummi laa.. Adunan dicedok guna sudu kecil pun boleh dan jangan terlalu tebal nanti tak masak tengah. Try bakar satu ya. *Try and error* ??
Selamat Mencuba ! Sedap ni ?? Melt cookies
? Kitty Cream Cracker ?
? Cream cheese tatura 2 1/2 sudu besar
? Unsalted butter 2sudu besar
? tepung gandum 1cup
? extra virgin olive oil 2sudu besar
? Air
1. Gaul cream chesee,butter, dan tepung sedikit demi sedikit.
2. Masukkan olive oil..
3. Masukkan air sikit2 sehingga jadi doh yang cantik dan x melekat ditangan.
Bentukkan biskut ikut kreativiti mommies, tak perlu tebal2 nanti tak masak tengah, bakar 180°C 20minit api atas bawah.