Kadang-kadang si kecil hilang selera bila terlalu lama makan makanan yang sama. Apa kata mama cuba menu yang baharu untuk menambat selera si manja. Selain itu resipi ini juga boleh diguna ketika hari raya menjelang.

Hi mommies… nak menu Hari Raya untuk Baby tak x ? nantikan menu2 lain , biskut raya baby dari ummi deejah keyh , menyusul satu satu hehe Hari ni deejah makan Sate Versi baby tau.. Ummi deejah pun membesar dengan perniagaan sate.. Rindu nk cucuk sate, nah untuk deejah sambil 1st day intro kacang tanah ni buat kuah kacang

Resipi Satay Versi Baby Bersama Kuah Kacang Boleh Tambat Selera Makan Si Kecil

Bahan-bahan sate:

– Isi ayam (agak2 nak berapa banyak)
– lada sulah
– serbuk kunyit/ kunyit hidup

Resipi Satay Versi Baby Bersama Kuah Kacang Boleh Tambat Selera Makan Si Kecil

IKLAN

1. Gaul ayam dengan bahan diatas.
2. Nak lagi sedap boleh blend bawang kecil,bawang putih,serai dan perap ayam bersama kunyit.
3. Ummi guna frying pan je tak guna arang pun, tgk pada gambar ya.

Bahan-bahan Kuah kacang:

– kacang tanah 1/2cup *nak buat lebih okay je*
– tomato paste homemade (dah complete blend bawang merah,bawang putih,
halia,capsicum,tomato,celery,sedikit carrot) * resepi boleh search je dlm grp ni ya*

IKLAN

Resipi Satay Versi Baby Bersama Kuah Kacang Boleh Tambat Selera Makan Si Kecil

1. Kacang tanah ummi goreng dgn minyak, dh masak blend dgn air.
2.tumis tomato paste sehingga naik bau, masukkan kacang dan air agak2 sekiranya pekat sgt..
3. Masak kuah kacang sehingga pecah minyak dah siap!

Deejah licin makan

IKLAN

Resipi Satay Versi Baby Bersama Kuah Kacang Boleh Tambat Selera Makan Si Kecil

Selamat mencuba dear mommies Ummi akan letak hashtag #menurayaummideejahuntuk setiap idea Raya ya so nanti search je

*Awasi si kecil semasa makan, lidi boleh mencederakan.

Sumber: Khalida Mahsari Ummi Khadeejah 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI