Resepi Kuih Dangai Kukus, 4 Bahan Sahaja. Simple Tapi Sedap Tak Terkata!

Share

Kuih Dangai cukup popular di negeri sebelah Utara. Mungkin kuih Dangai yang biasa agak renyah pembuatannya tetapi ada cara yang lebih mudah untuk buat kuih Dangai iaitu dengan cara kukus.

Resepi Dangai Kukus

Bahan-bahan:

  • 3 cwn kelapa parut putih
  • 1 cwn tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Gula merah @ gula melaka secukupnya

Cara penyediaan:

  • Gaul sebati kelapa parut ,tepung pulut & garam.
  • Sediakan acuan lompang ( acuan tak perlu sapu minyak)

  • Sudukan adunan tpg td dlm acuan…tekan tgh …masukkan gula merah @ gula melaka ditengah.
  • Sediakan periuk kukus..masukkan daun pandan dalam air kukusan untuk aroma.

  • Kukus adunan…saya kukus dalam 15 – 20 minit.
  • Siap di hidang

Kredit: Anie Japri 

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN