Bila memikirkan sarapan atau minum petang anak memang buat kita buntu. Resipi terlajak mudah dan paling membantu disaat kita kesuntukan masa pasti menu berasaskan roti.
Lebihan roti gardenia yang hampir tamat tarikhnya kita jadikan pizza untuk sarapan anak-anak. Jom cuba resipi mudah lagi pantas ini.
Mempunyai anak yang terlalu cerewet dalam soal pemakanan pastinya merupakan satu cabaran. Setiap kali tiba waktu makan, pastikan kesabaran anda sebagai ibu bapa akan teruji apabila anak anda menolak setiap makanan yang disediakan.
Namun, anda jangan lekas melenting. Bersabar dan teruskan mencuba. Belajar untuk menjadi kreatif dalam penyediaan untuk menjadikan setiap hidangan tampak menarik di matanya. Dan yang paling utama, pastikan rasanya sedap agar ia dapat menambat selera anak anda itu. Anda juga boleh mencuba resepi ayam yang disediakan atau mempelbagaikan lagi resepi ayam, siapa tahu anak anda akan menyukainya.
Parmesan Crusted Chicken
Bahan-bahan untuk salutan ayam:
½ cawan tepung serba guna
2 biji telur
⅔ cawan serbuk roti
⅓ cawan keju parmesan
¼ sudu teh lada hitam
2 sudu besar campuran herba segar yang dicincang halus seperti thyme, pasli, atau rosemary
Bahan-bahan untuk ayam:
3-4 ketul bahagian dada ayam tanpa tulang, ditumbuk sehingga ¼ ketebalan
Garam dan lada hitam
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar minyak zaitun
Lemon, untuk penambah perisa
Cara penyediaan:
Sediakan tiga bekas atau mangkuk untuk proses penyediaan. Pada bekas atau mangkuk pertama; letakkan tepung.
Pada mangkuk kedua, pukul telur. Pada mangkuk atau bekas yang terakhir, iaitu yang ketiga, campur dan gaul rata herba yang dicincang.
Gaul rata ayam bersama lada hitam. Kemudian celupkan ayam ke dalam mangkuk pertama berisi tepung dan goyangkan sedikit sehingga lebihan tepung jatuh dan hanya lapisan nipis sahaja kekal tersalut pada ayam. Kemudian celupkan ayam ke dalam telur, terbalikkan ayam sehingga telur bersalut rata pada ayam, pastikan tiada lebihan salutan telur pada ayam. Akhir sekali celupkan ayam dalam campuran herba, terbalik ayam beberapa kali untuk memastikan campuran herba menyaluti ayam dengan baik. Letakkan ayam yang tersedia bersalut di dalam pinggan lain. Teruskan mengulangi langkah yang sama pada isi ayam yang lain.
Campurkan kedua-dua minyak dan panaskan dalam kuali atau saute pan dengan api sederhana. Apabila minyak sudah panas, masukkan ayam yang sudah bersalut dan masakkan selama dua hingga tiga minit sehingga bahagian pertama berwarna coklat keemasan, kemudian terbalikkannya. Masak pada bahagian yang kedua sehingga berubah menjadi warna yang sama untuk tempoh dua hingga tiga minit. Hidangkan dengan potongan lemon.
Popcorn chicken
Bahan-bahan:
4 bahagian dada ayam
3 cawan bertih beras (rice krispies)
1 ½ auns keju parmesan, diparut halus
2 sudu minyak zaitun
1 sudu teh oregano kering
½ sudu teh serbuk bawang putih
2 biji telur
1 sudu makan susu
Cara penyediaan:
Panaskan ketuhar pada 200℃ dan sediakan dulang pembakar dengan kertas parchment.
Potong dada ayam ke dalam ketulan bersaiz kecil dan letakkan dalam mangkuk
Campurkan bertih beras, parmesan, oregano dan serbuk bawang ke dalam pengisar. Selepas dicampur rata, masukkan minyak zaitun dan kisar sekali lagi. Kemudian taburkan campuran yang dikisar ini ke dalam pinggan dengan rata. Pukul telur dan susu dalam sebuah mangkuk.
Masukkan ketulan ayam yang sudah dipotong kecil ke dalam mangkuk yang mengandungi campuran telur dan susu, kemudian masukkan ke dalam pinggan berisi kisaran campuran bertih beras, oregano, serbuk bawang dan minyak zaitun. Anda boleh lakukan sehingga 6 hingga 8 ketulan ayam dalam satu-satu masa.
Ketulan ayam yang sudah bersalut diletakkan dalam dulang pembakar dan dibakar selama 13 hingga 15 minit sehingga warnanya berubah kepada coklat keemasan dan masak.
Hidangkan dengan segera bersama sayuran cincang (sebarang sayuran yang anda suka), atau bersama potato wedges.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nasi ayam, anak-anak pastinya akan melompat keriangan. Menu nasi dengan ayam sememangnya cukup disukai anak-anak kita. Apa lagi kala disediakan dengan sup ayam yang membuatkan mereka makan bertambah. Bosan dengan nasi ayam biasa, apa kata cuti hujung minggu ini kita sediakan Nasi Ayam Hainan pula untuk anak-anak dan suami.
Menariknya resipi Nasi Ayam Hainan ini dihasilkan oleh seorang superdaddy, Khairul Abdullah yang cukup gemar memasak buat ketiga-tiga anaknya. Resipinya cukup mudah, hanya satukan semua bahan di dalam periuk dan biarkan dimasak. Paling menarik, kulit ayam dijadikan tumisan untuk meninggalkan rasa dan nasi yang teksturnya lebih lembut. Rasanya cukup padu. Tak percaya anda wajib cuba!
Aku bila anak-anak cakap nak makan nasi ayam maka bahagia sungguh rasanya. Mudah kerja aku wehh. Nasi ayam jenis masak sekali harung ni memang senang yakmat kalau nak buat. Yang nubis tak berapa reti masak pun pasti berjaya kalau buat menu ni.
Aku dah banyak kali share dah, dan tiap kali share aku derhaka resepi aku sendiri. Tapi sepanjang beberapa tahun dok masak style gini, aku dah dapat dah rasa yang aku nak dan yang budak-budak suka.
So, jomlah aku share resepi PKPB hari ni iaitu Nasi Ayam Hainan Segera dan Sos Thai ala SuperDaddy Khairul Abdullah. Aku dah ringkaskan resepi ni dengan bahan-bahan yang mudah sahaja okeh.
Bahan-bahan yang diperlukan:
3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.
Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.
Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.
Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.
Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa. Siap dah nasi. Mudah jer.
Untuk sos thai lagilah senang yakmat. Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.
Siap. Senang dan cepat oih.
Paling penting adala rasanya yang lazat. Kami 4 beranak 2 pot beras tu sekali hadap jer okeh.
Rupanya yang bulat dan montel membuatkan kebanyakkan anak-anak kita cukup sukakan donat. Lagi-lagi jika donat yang disediakan lembut dan gebu, makin mudahlah anak-anak kita menjamahnya. Siap minta lagi dan lagi.
Hujung minggu ini apa kata ibu persiapkan resipi donat bagi meraikan cuti hujung anak-anak. Resipi ibu ini, Puan Farisha Sofea seharusnya dicuba kerana resipi yang dikongsikannya lain daripada yang lain.
Penambahan ovalette dalam donatnya membuatkan donat makin cantik, gebu dan lembut. Nak tahu hasilnya, ada baiknya kita cuba sediakan Donat Mama Sofea ini.
DONAT GEBUS MAMA SOFEA
Hari ini saya nak share resepi donat gebu yang menggunakan ovallete. Kebiasaannya ovallete digunakan untuk membuat kek kan ? Haa apa kata cuba buat donat menggunakan ovalette pula. Kali ini saya menggunakan 1kg tepung.
Bahan Bahan :
Bahan A :
1 kg tepung gandum
11g yis
4 sb marjerin
4 sb gula kastor
3 sb susu pekat
2 sb susu tepung
1 sb ovallete
1 sk garam halus
2 sk serbuk penaik
Bahan B :
2 cawan air
Sediakan bekas yang besar dan satukan ke semua Bahan A. (Untuk yang belum mahir/yang baru mahu belajar membuat donat. Boleh hidupkan yis dahulu dan tuangkan ke dalam adunan tepung bagi mengelakkan yis yang digunakan telah rosak atau tidak aktif. Andai kata semua bahan telah dicampur ke dalam tepung dan yis pula telah rosak, adunan tersebut terpaksa dibuang. Kan membazir tu.
Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Jika keras boleh tambahkan lagi sedikit air.
Kemudian uli doh sehingga lembut dan elastik. Lagi lama uli lagi lembut doh. Saya uli menggunakan tangan je dan saya uli sehingga doh lembut dan ringan.
Perapkan doh sehingga mengembang dua kali ganda. Tumbuk tumbukkan doh tersebut. Timbang doh dan rounding kemas.
Masa ni dah boleh panaskan minyak ya, guna api kecil sahaja.
Saya timbang 40g, dapat 41 biji donat. Boleh kurangkan lagi jika mahu mendapatkan donat yang lebih banyak.
Apabila telah siap rounding, ambil satu doh dan leperkan. Lubangkan bahagian tengah doh menggunakan penutup botol / nozel.
Jika tak pandai rounding, adunan tersebut boleh dicanai dan diterap menggunakan acuan. Kemudian biarkan doh tersebut mengembang sebelum digoreng.
Balik balikkan doh dua kali sahaja agar doh tidak menyerap minyak. Angkat dan toskan .
Sejukkan sebelum disalut dengan gula. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!