Buntunya nak masak hidangan sarapan atau makan makan kan? Nak masakkan air tangan untuk anak tapi rasa penat nak masak menu berat. Resipi Potato Au Gratin ini pilihan paling tepat untuk mama jimat masa.

Bukan saja kenyang kerana diperbuat daripada kentang bahkan cara nak buatnya cukup mudah. Senang sangat. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Marina Ismail ini.

Resepi Potato Au Gratin, Menu Mudah, Simple Nak Buat & Teramat Sedap!


Menu ni menu kegemaran mak dan juga puteri bongsu. Hahhh semalam sampai 2 kali buat. Satu untuk bawak pergi pot-luck kat ofis. Satu lagi untuk dinner. Semua suka sesangat!

Kalau search kat google, resepi Potato Au Gratin ada memacam version. Tapi dalam beberapa resepi yang kak M dah cuba, recipe dari Chef Laura Vitale ni paling sedap pada tekak kak M. Cukup rasa.

Menu mudah, simple nak buat tapi sangat sedap! Try buat untuk breakfast atau dinner esok mesti anak-anak dan family kat rumah suka dan teruja. Makan pulak panas-panas. Creamy, cheesy and rich!

Resepi Potato Au Gratin

Bahan-bahan:
4 biji kentang, kupas dan hiris nipis.
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar salted butter
250ml susu segar
200ml whipping cream
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Grated cheddar cheese
Grated mozzarella cheese
Parsley flakes
Lada hitam (kisar)
Garam

IKLAN

Resepi Potato Au Gratin, Menu Mudah, Simple Nak Buat & Teramat Sedap!

Panaskan oven kepada 180 C. Panaskan butter dalam saucepan, lepas tu masukkan tepung gandum dan kacau rata lebih kurang 1-2 minit.

Masukkan susu, whipping cream, bawang putih, lada hitam dan garam. Renih hingga mendidih dan sedikit pekat. Pastikan cukup rasa. Griskan butter pada baking dish.

Resepi Potato Au Gratin, Menu Mudah, Simple Nak Buat & Teramat Sedap!

Kemudian susunkan kentang dalam baking dish tadi. Lapisan kedua letakkan pulak bawang yang di potong bulat.

IKLAN

Tuangkan separuh dari cream sauce tadi atas kentang. Ulang, susun selapis lagi kentang dan bawang tadi.

Tuang baki cream sauce tadi. Tabur mozzarella cheese, cheddar cheese dan parsley flakes. Cover baking dish dengan aluminium foil dan bakar selamat 45 minit.

Resepi Potato Au Gratin, Menu Mudah, Simple Nak Buat & Teramat Sedap!

 

IKLAN

Buka aluminum foil dan bakar lagi 15 minit hingga menggelegak dan kuning keemasan.

Siappppp!

Artikel berkaitan: Tak Perlu Nasi Gantikan Kentang Untuk Bubur Anak, Resipi Kentang Dengan Ikan Merah Ni Terbaik

Resipi Mudah Hot Dog Tots, Kentang Parut Sosej Paling Sedap Makan Panas-Panas

Resepi Potato Au Gratin, Menu Mudah, Simple Nak Buat & Teramat Sedap!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI