Resepi Roti Strawberry Yogurt, Simple Tapi Rasa Padu, Sekali Letak Dah Licin!

Share

Menu-menu simple berasaskan roti perlu diperlbagaikan supaya anak tak bosan dengan menu sama. Kali ini mama cuba cari kelainan, buatkan roti yogurt ni pula. Lain dari yang lain.

Sebab apa? Ada campuran yogurt, buah stawberi dan juga madu. Memang sedap. Nak cuba jom ikuti resipi perkongsian Pn Linda Safar ini.

Menu ilham dari resepi yang viral kat Tiktok. Sedap, lembut dan topping juicy macam pudding gitu. Rasa masam-masam manis strawberry yogurt.

Bahan cuma perlu ada :
Roti
Telur
Yogurt
Strawberry
Vanilla (optional)
Madu@Maple Syrup (tak nak manis boleh skip)

Mula-mula satukan vogurt bersama telur dan madu serta vanilla.

Gaul sampai sebati macam ni.

Kemudian ambil roti putih dan nipiskan bahagian tengah roti. Boleh lenyekkan sikit.

Letakkan adunan tadi.

Tabur hirisan strawberi dan bakar.

Siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Linda Safar

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN