Kuih seri muka kebiasaannya dibuat dalam loyang besar namun lain pula bila dimasak di dalam bekas kecil dan comel. Nampak lain dari kebiasaannya.

Rupanya menghasilkan kuih seri muka tidaklah sesukar mana. Cukup lemak dan manisnya, menjadilah kuih seri muka kita dengan sedapnya. Nak buat macam mana? Jom cuba seri muka versi mini dan comel ini.

Bahagian bawah:
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
Cuci pulut toskan masukkan santan & garam.

Resepi Seri Muka Pandan Mini, Cukup Rasa Manis, Lemak. Nak Buat Pun Senang!

 

Kukus dalam talam selama 25 minit then angkat penyek-penyekkan bagi padat.

Bahagian atas (tepung):
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan) bersama setitis dua pewarna hijau epal.
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
Secubit garam

IKLAN

Resepi Seri Muka Pandan Mini, Cukup Rasa Manis, Lemak. Nak Buat Pun Senang!

Masukkan semua bahan-bahan dan kisar hingga adunan halus.

Kemudian tapis dan masukkan ke dalam pulut yang telah di padatkan.

Kukus 30 minit dan siap.

IKLAN

Resepi Seri Muka Pandan Mini, Cukup Rasa Manis, Lemak. Nak Buat Pun Senang!

Boleh guna cawan apa-apa jenis, asalkan sukatan guna cawan yang sama.

Note:
* Untuk pulut saya guna pulut susu. Rendam sekejap.

* Kemudian toskan baru campur santan, garam dan kukus.

IKLAN

Resepi Seri Muka Pandan Mini, Cukup Rasa Manis, Lemak. Nak Buat Pun Senang!

* Saya kukus pulut berasingan kemudian baru letak dalam bekas tu dan tekan-tekan bagi padat.

Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

Resepi Seri Muka Pandan Mini, Cukup Rasa Manis, Lemak. Nak Buat Pun Senang!

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI