Nasi goreng sememangnya menjadi kegemaran kita. Nasi goreng cili kering yang satu ini, khas buat suami yang suka makan pedas-pedas. Simple tapi terangkat.
Bukan sahaja ringkas bahkan rasanya cukup enak dan sedap. Jom cuba resipi perkongsian Pn Nasriah Ramli ini.
Permintaan dari En Suami. Nasi Goreng Cili Kering.
Bahan blend:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Goreng ikan bilis dan telur hancur dan ketepikan.
Ads
Panaskan minyak dan tumis bahan blend. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan kiub bilis. Perasakan garam dan gula.
Kemudian masukkan nasi dan kacau sebati.
Ads
Masukkan fishcake yang dipotong nipis dan goreng sekata.
Kemudian masukkan telur hancur dan biarkan masak sekejap.
Ads
Akhir sekali sebelum tutup api, taburkan ikan bilis goreng tadi.
Tak ada oven, mixer atau penyukat bukan alasan untuk elak buatkan kek buat anak-anak kita. Tanpa kesemua peralatan ini pun tetap terhasil cantik dan gebu malah sedap, sama seperti kek-kek lain.
Resipi dan cara yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Marlia Lia di facebooknya sememangnya cukup membanggakan. Demi anak-anak yang meminta disediakan kek, gara-gara terlepas cakap, akhirnya kek tetap berjaya dihasilkan olehnya. Memang hebat!.
Nak tahu apa cara yang digunakannya? Jom intai perkongsian beliau. Superb!
Saya sertakan resepi dibawah dengan cara-cara bakar kek tak guna oven. Saya terr….lepas cakap kat bebudak ni, kata mak nak buat kek. Asalnya sebab nak suruh diorang mandi je. Tak sangka pulak diorang ni ingat. Dah 3 hari menuntut bila nak buat. Bukan tak nak buatkan tapi kat rumah ni tak ada oven, tak ada mixer, tak ada penyukat.
Tapi sebab nak beli jiwa mereka kan, dan maknya pun terrrr….lepas cakap, kita ada kan jugak lah. Struggle sikit la part nak bagi gebu mentega + gula tu. Bergotong royong 3 beradik ni membuat kek. Bersemangat. Alhamdulillah, kek menjadi sesedap rasa. Mereka makan dengan gembira.
Resepi Kek Marble sukatan cawan
*2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin
*4 biji Telur gred A
1 sudu Teh esen vanilla
*Saya takda tepung naik sendiri. Jadi gantikan dengan 2 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking powder + 2 sudu besar susu pekat. *Telur kat rumah gred B. Jadi saya gunakan 5 biji.
Marjerin + gula dikacau. Tak ada mixer, jadi saya guna sudip kayu. Kacau laju-laju sampai gula tu hancur, marjerin bertukar color putih kuning. Bila penat, anak pulak ganti kacaukan. Anak sorang dah penat, ganti anak lain pulak. Sampailah gebu ye.
Masukkan telur ayam satu persatu dalam adunan. Aduk rata je.
Masukkan esen vanilla. Kacau rata lagi. Tujuannya supaya kek tak bau hanyir telur.
Campurkan baking powder ke dalam tepung gandum. Ayakkan dulu. Tak nak ada yang berketul atau ada bendasing. Lepas tu boleh tuang sikit-sikit dalam adunan. Sampai habis, kacau rata.
Boleh tambah warna ikut suka. Kat rumah cuma ada pewarna hijau dengan serbuk koko. Jadi saya guna yang tu.
Loyang bawah lapik kertas dan keliling loyang sapu marjerin.
Tuang adunan selang seli warnanya. Buat sampai habis.
Sementara tu dah boleh panaskan periuk. Dalam periuk, jangan letak air sebab kita bukan nak buat kek kukus. Kalau ada pasir, letak pasir di dasar periuk untuk tujuan kekalkan suhu. Takda pasir pun tak mengapa. Saya takda pasir, alhamdulillah periuk tak ada bocor pun.
Dalam periuk tu, wajib letak tungku. Yang alas besi letak periuk panas tu. Atas tungku tu nanti la letak loyangnya. Pastikan loyang kuih anda lebih kecil dari periuk. Dan periuk tu hendaklah di tutup rapat.
Periuk dah panas, boleh letakkan loyang yang dah isi adunan tadi. Tutup rapat periuk tu. Bakar guna api kecil sahaja. Jangan cuba nak intai-intai kek tu. Dah 30 minit baru boleh buka penutup. Cucuk lah dengan lidi nak tau dah masak ke tak. Lidi clear bersih, dah masaklah kek tu. Kat rumah tak ada lidi, saya guna kayu chopstick.
Dah boleh tutup api. Terus bawa keluar kek tu, telangkupkan atas relai. Keluar kan terus dari loyang kek. Kalau di biarkan terus dalam loyang, nanti kek jadi mendap.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekian lama menyediakan mi kari namun masih tidak sama rasanya dengan mi kari yang berlemak dan sedap, sama seperti di restoran kegemaran. Rupanya nak hasilkan kuah pekat dan likat perlu ada tekniknya. Patutlah sedap semacam!
Resipi dan tip ringkas yang dikongsikan Pn Fara Lome ini mama wajib cuba. Memang padu habis!
Resipi mi kari cara saya. Resipi kuah mi kari (untuk sebungkus mi yang peket besar)
Bahan-bahan:
Ayam potong kecil
Udang
Santan (saya guna 1 biji lebih, air dalam 2 liter)
Kiub ayam 1
Bahan kisar
Bawang merah 4 biji (besar punya ya)
Bawang putih seulas
Udang kering segenggam (Wajib!! Utk naik kan bau mi kari lagi sedap padu. Sy tak suka guna ikan bilis sebab tak kick)
Cili kering
Serai 2 batang (diketuk)
Serbuk cili
Serbuk Kari daging (sepeket kecik)
Hiasan
Fishcake
FishBall
Telur
Bawang goreng
Cili potong
Sawi celur
Taugey
Daun sup *Fishcake dan fishball tu nak masukkan terus dalam kuah pun boleh
Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau/bawang masak elok. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis hingga naik minyak. Time Tumis ni taruk terus gula, garam. Nanti baru dah masak baru ejas blik rasa.
Masukkan ayam dan biarkan air ayam kering sedikit.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun pegaga memberi banyak khasiat untuk para ibu berpantang. Daun pegaga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, melancarkan dan meningkatan pengeluaran susu badan, melancarkan peredaran darah dan banyak lagi khasiatnya.
Paling menarik, pegaga juga dapat membantu menjadikan wanita awet muda. Pasti semua tertanya apakah resipi yang sesuai untuk dimasak dengan menggunakan daun pegaga.
Daun pegaga ini merupakan ulam yang diamalkan oleh nenek moyang kita dari dahulu lagi. Para ibu janganlah berasa amalan- amalan tradisional semasa berpantang itu menyusahkan dan ketinggalan zaman.
Jom kita lihat resipi mudah daun pegaga untuk ibu berpantang yang dikongsikan oleh kumpulan Facebook Resepi Makanan Pantang!
PEGAGA MASAK LEMAK LADA HITAM
Bahan- bahan:
– 200gm daun pegaga
– 1/3 cawan santan pekat
– 1 sudu makan ikan bilis
– 2 ulas bawang putih dihiris
– 1 ulas bawang merah dihiris
– 1 batang serai dititik
– 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
– Gula dan dan garam secukupnya
Cara penyediaan:
1. Cuci daun pegaga dan ketepikan.
2. Panaskan santan bersama ½ cawan air.
3. Kemudian, masukkan bawang yang telah dihiris dan serai yang telah dititik.
4. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam yang telah ditumbuk halus. Kacau sebati.
5. Masukkan daun pegaga, kacau sebati dan perasakan garam dan gula secukupnya.
6. Angkat dan dihidang, dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh tambah lada hitam yang tidak ditumbuk jika mahu. Lada hitam sangat elok diambil oleh ibu berpantang kerana dapat membantu memanaskan badan dan mengeluarkan angin dalam badan.
Mudah bukan resipi ini? Para ibu berpantang bolehlah mencuba resepi ini di rumah ataupun minta suami masakkan. Hidangkan dengan nasi panas, pasti berselera.
Nak menu lengkap bolehlah dimakan bersama ikan atau ayam bakar. Memang sedap! Selamat mencuba dan memberi manfaat buat ibu berpantang.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI