Resipi Aiskrim Kacang Merah, Buat Sendiri Anak-anak Boleh Makan Banyak Kali
Aiskrim kacang merah memang sedap. Rasanya sedap lemak-lemak manis. Bila buat sendiri, anak-anak boleh makan banyak kali. Puas hati bila tengok anak-anak suka makan hasil air tangan sendiri.
Jika dahulu, aiskrim potong kacang merah sering dijual di kedai runcit, kini, aiskrim ini boleh dibuat sendiri di rumah. Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di dalam peti sejuk. Jika teringin, ambil sahaja.
Jomlah kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini.
RESIPI AISKRIM KACANG MERAH
Bahan-bahan:
350 gram kacang merah
2.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
3 sudu sirap
1 sudu kecil garam
Ads
Cara membuat:
Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.
Ads
2. Didihkan air, masukkan gula.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.
4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.
Ads
5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.
6. Bila sudah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.
Bosan dengan bubur ketika waktu sajian utama, selitkanlah pemanis mulut atau dessert untuk bayi comel kita. Sesekali selitkan kudapan ringkas tapi berkhasiat di antara waktu makan utama sebagai snek tambahan mereka.
Sudah cuba jejari kentang, jejari sayuran, kita cuba dessert mudah pula untuk bayi. Tofu dengan Puri Mangga ini merupakan resipi yang cukup unik tetapi rupanya cukup mudah disediakan. Hanya gunakan tofu asli dan gabungkan bersama puri kesukaan anak anda. Mudah! Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Noor Farhana Sariff ini.
Hi mummyss. Hari ni ibu Anaqi bagi dessert Tofu With Puree Mangoo. So yummyyyy…simple dan mudah untuk mummy-mummy cuba buat dessert untuk bayi.
Resepi Tofu with Puree Mango:- Smooth Tofu (tak kisah brand apa) Mangga / Buah Naga / Kurma (Cari buah yang manis dan sesuai untuk dessert)
Steam Tofu dalam 10 hingga 15 minit.
Nak buat topping atas dessert bergantung pada umur & kesusaian baby..(maksud saya kalau dia lambat kunyah blend halus jadikan puree tapi kalau baby dah pandai mengunyah potong halus-halus untuk toping atas dessert)
Bakinya boleh simpan dalam chiller.
Saya bagi masa umur anak 7 bulan. Kalau baby yang tak tahan soya atau jenis lactosa saya tak pasti..tofu ni berasakan soya tak silap saya. Boleh cuba dulu.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dadih sememangnya cukup disukai anak-anak kita. Dengan hanya menggunakan serbuk dadih, dadih boleh disediakan dengan cukup mudah dan pantas malah tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.
Pun begitu, tanpa serbuk dadih pun, dadih masih boleh dihasilkan sama seperti serbuk dadih biasa dan hasilnya cukup lembut dan gebu. Nak tahu bagaimana menyediakannya, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nur Haziqah ini. Terbaik!
Beli dadih kat luar mesti tak puas hati. 1 cup kat sini RM2.50. Langsung tak berkrim, rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yang rasa cuma manis gula, bau cocoa pun tak bau.
Jadi hari ni buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih. Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak letak tepung jagung pun, tapi tengok youtube resepi tu letak tepung jagung. Memang rasa lain letak dan tak letak tepung jagung. Sedap tu lagi berganda.
Resepi ni ikut sukatan saya sendiri. Kalau ada yang nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa. Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups.
Bahan-bahan yang diperlukan
150gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Saya buat manis sedang-sedang )
20gm serbuk agar-agar ( saya guna cap bunga raya )
1 sb tepung jagung
1 sk garam
1 liter susu segar / susu kotak
500 ml air
Perasa – depends nak guna perasa apa pun
1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api sehingga mendidih dan agar-agar larut.
Api slow sekejab sehingga agar-agar larut lepastu baru api kuat sampai mendidih.
2. Bila agar-agar dah larut tapiskan. Dah tapis masukkan susu dan kacau sebati. Tak perlu masak dah lepas masukkan susu.
3. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan flavor kesukaan. Saya buat tiga flavor. Susu yang plain , cocoa dan nescafe. Kalau guna nescafe ni masukkan half packet saja. Kalau masukkan satu packet nanti manis sangat pulak.
4. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.
5. Dah sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais dalam 1-2 jam. Cocoa , nescafe , susu.
Saya guna serbuk koko dan serbuk nescafe 3 in 1. Guna half packet saja.
6. Siap untuk dimakan.
Selamat mencuba. Lepasni tak payah beli dah bila dah pandai buat sendiri kan #nuhazkitchen.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!