Resipi Aiskrim Kacang Merah, Buat Sendiri Anak-anak Boleh Makan Banyak Kali

Share

Resipi Aiskrim Kacang Merah, Buat Sendiri Anak-anak Boleh Makan Banyak Kali

Aiskrim kacang merah memang sedap. Rasanya sedap lemak-lemak manis. Bila buat sendiri, anak-anak boleh makan banyak kali. Puas hati bila tengok anak-anak suka makan hasil air tangan sendiri.

Jika dahulu, aiskrim potong kacang merah sering dijual di kedai runcit, kini, aiskrim ini boleh dibuat sendiri di rumah. Boleh buat banyak-banyak, simpan stok di dalam peti sejuk. Jika teringin, ambil sahaja.

Jomlah kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini.

RESIPI AISKRIM KACANG MERAH

Bahan-bahan:

350 gram kacang merah
2.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
1 kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung jagung
3 sudu sirap
1 sudu kecil garam

Cara membuat:

  1. Rendam kacang semalaman. Kemudian rebus sampai empuk dan kisar kasar.

 

2. Didihkan air, masukkan gula.

3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau.

4. Masukkan susu pekat, santan, sirap dan garam.

5. Masukkan kacang merah dan kacau sebati.

6. Bila sudah sejuk boleh masukkan dalam plastik aiskrim. Simpan dalam peti beku semalaman.

Kredit: Zaky Mat Ali

 

IKLAN