Cuti sekolah yang panjang ditambah pula dengan musim panas ini, apa kata kita buatkan anak dengan aiskrim malaysia di rumah. Barulah anak seronok sepanjang bercuti.
Perisa apa? Lain dari yang lain, aiskrim Malaysia dengan filling cream cheese ini mama kena cuba. Memang terlajak sedap resipi perkongsian Nurul Zainuddin ini.
Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.
Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha. Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling.
Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula
Emulco (apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa
Ads
Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.
Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
Ads
Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu.
Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang memgikut saiz plastik yang korang guna. Banyak tau. Hehe
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Rangkaian sos sememangnya menjadi stok wajib ada di rumah kita. Selain menambah rasa sesuatu jenis makanan, aneka sos ini juga dapat membantu menyedapkan lagi hidangan tambahan seperti nugget, wedges, french fries dan sebagainya. Jika anda menyediakan burger homemade di rumah, sos yang satu ini wajib ada cuba. Memang awesome!
Resipi sos cheezy yang dikongsikan oleh Ebby Hidil ini cukup menarik kerana kuahnya pekat dan likat. Jadi tidak perlulah membeli sos lagi, buat sahaja resipi yang dikongsikan ini. Memang padu!
Kali ni Cikrose nak share cara membuat sos cheezy untuk burger.
Resipi:
1 tin susu cair
Air setengah tin
5 keping keju (cikrose guna brand Emborg)
1 ketul kiub ayam
1 sudu kecil lada hitam -diblend halus
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung (untuk pekat kuah sos) letak air sedikit
Pewarna kuning
Masukkan semua bahan kecuali kepingan keju dan tepung jagung.
Masak hingga mendidih baru masukkan kepingan keju. Bila dah mendidih masukkan air tepung jagung tadi dan kacau hingga pekat.
Guna api perlahan. Bila dah meletup-letup sos tadi, boleh lah tutup api.
Kacau selalu hingga sejuk untuk mengelakkan berketul. Boleh buat penyicah untuk nugget, wedges, french fries dan sebagainya.
Selamat mencuba!
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Resepi bancuhan tepung goreng rangup. Boleh buat untuk goreng ikan. Seafood, Pisang. Ubi. Cempedak dan lain-lain. Tauhu bergedil jualan saya pon saya buat bancuhan tepung ni. Rangup krup krap walaupunn sejuk. 👍
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujg sudu kecik)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4@5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sgt) nanti ais akan mencair.
Cara-caranya:
1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.
Kredit: Adriana Arissa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Selain perasa CBB, CFS, serbuk ikan bilis dan serbuk ayam homemade, Mirepoix juga tidak kurang hebatnya dalam memberi rasa kepada makanan bayi. Bukan hanya rasa bahkan mirepoix juga dikatakan baik untuk menaikkan selera anak kecil kita. Bagi anak yang tidak mahu makan, mama boleh cuba resipi ini.
Paling penting cara hendak menyediakannya juga teramat mudah. Hanya gunakan tiga bahan sahaja dalam cara pembuatannya. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea ni. Ringkas.
MIREPOIX ( BAHAN PERASA ) UNTUK BABY
Pernah dengar pasal mirepoix tak? Selain cbb dan cfs , mirepoix juga salah satu bahan perasa dalam masakan anak anak. Ramai yang mengatakan bahawa bahan bahan ini membantu untuk menaikkan selera makan anak anak.
Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan mirepoix ialah bawang holland, celeri dan lobak merah. Bahan ini dipotong kasar dengan nisbah 2 : 1 : 1. Mudah je kan bahan bahannya.
Mirepoix ini sebenarnya sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan marinate. Kalau anak anak macam dah tiada selera makan tu cubalah buat mirepoix ini. Siapa tau boleh tarik selera anak makan kan.
Bahan Bahan:
2 cawan bawang holland
1 cawan lobak merah
1 cawan seleri
2 sb minyak zaitun
Potong kasar ke semua bahan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan sehingga kekuningan menggunakan api kecil. Tidak perlu lama kerana hanya mahu mengeluarkan aroma sahaja. Sejukkan seketika.
Kemudian kisarkan bahan bahan tersebut. Tuangkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti bahagian sejuk beku.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.