Resipi Ayam Bawang Ala Mamak, Sedap Sungguh, Habis Sepinggan Nasi!

Share

Bagi yang pernah merasai keenakkan Ayam Bawang Mamak pasti tak cukup sepinggan nasi. Nasi boleh habis licin dek kesedapannya.

Cukup semua rasa, wajib cuba resipi Ayam Bawang yang dikongsikan oleh Anna Azilla ini. Sedap!


Dah lama save resepi ni sebab suka makan. Kalau pergi kedai mamak, ni antara pilihan utama. Arini akak rajin lebih sikit. Kita main masak-masak, sambil mood “standby”. Maka trjadi la, “Ayam Bawang”. Terima kasih pada yang share resipi. Hakak ada ngelat-ngelat sikit.

Bahan-bahan:
Ayam –
4..5 ulas bawang -dimayang
Serbuk kunyit, serbuk kari dan lada sulah
Pes bawang merah -5 ulas
Pes bawang putih -4 ulas
Pes halia -seinci lebih
1 sdk serbuk jintan manis, jintan putih
2 sb serbuk kari
Sedikit serbuk kari
2 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
Daun pandan, daun kari

Basuh ayam bersih. Gaul dengan garam, kunyit, serbuk kari, lada sulah dan serbuk cili.

Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang. Goreng sampai perang, jangan rentung pulak.

Ni rupa kejadian nya. Time ni, bau dia..perghhh…harum.

Guna minyak goreng bawang tadi, goreng ayam yang telah d mekap tu. Angkat dan toskan.

Tumis tiga sekawan, masukkan pes bawang dan serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk cili.


Masukkan sos-sos tadi. Kacau bagi sebati.

Dah garing, tambah kan air sedikit. Time ni perasakan la dengan garam, gula dan serbuk perasa. Ikut suka.

Ok masukkan ayam tadi dan gaul sebati.

Last sekali tabur la bawang yang dah siap goreng tadi.

Siap!

Menarik:  Cara Buat Ayam Goreng Berempah Sempoi, Cukup Semua Rasa, Padu Sungguh!

Nak belanja anak hujung minggu, jom dapatkan Coconut Shake 336.

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN