Resipi Ayam Masak Thai Viral, Paling Senang, 15 Minit Dah Siap!

Share

Hujung minggu bersama anak-anak, menu simple dan pantas antara yang dicari. Nak masak menu apa? Resipi viral Ayam Masak Thai Viral ini anda kena cuba.

Paling senang dan pantas untuk sajian anak-anak. Jom cuba!


AYAM MASAK THAI VIRAL

Bahan A (wajib)
10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Minyak
Sedikit air
Bahan B (kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

Tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing.

Kemudian, masukkan Bahan B (kisar) gaul hingga sebati.

Masukkan sos tiram, sos cili dan air.

Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Secubit garam untuk rasa secukupnya.

Selamat Mencuba!

Menarik: Muka Ni Tahan Ja Tak Mau Garu, Dekat Nak Bersalin, MUA Bellaz Alami Alahan Teruk

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Kredit : Aien Weyl

IKLAN