Kuih bingka ada pelbagai versi. Kuih bingka roti pandan antara sajian yang sangat sesuai sekali buat mereka yang gemarkan sajian manisan. Rasanya sangat sedap dan mudah disediakan. Memang jadi pencetus pembuka selera seisi rumah.
Roti yang hendak tamat tempoh jangan dibuang. Tak elok kita membazir. Mama boleh masak kuih bingka dengan menggunakan roti sebagai bahan utama. Bau haruman daun pandan menjadikan kuih bingka roti pandan begitu menyelerakan.
Kalau anda nak cuba buat kuih bingka roti pandan ini, ikutlah resipi seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini. Pasti menjadi!
RESIPI BINGKA ROTI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan gula – boleh tambah gula jika nak manis lagi
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan jus pandan (kisar 7 – 8 helai daun pandan dengan air dan tapis)
2 sudu makan mentega /marjerin
12 – 14 keping roti – potong kecil
3 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan semua bahan kecuali roti. Kisar.
2. Tuang bancuhan bahan kisaran tadi ke atas roti dan biarkan roti terendam selama 5-10 minit.
3. Ambil loyang bersesuaian. Sapu mentega atau marjerin di permukaannya dan panaskan dalam ketuhar selama 10 minit.
4. Tuang adunan bingka ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit bagi merata dalam loyang.
Ads
5. Bakar bingka roti pandan pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Bila sudah masak, sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Resipi muffin puding roti dan sos mangga sangat mudah disediakan dan sesuai untuk dihidang pada si manja mommies yang dah berusia 8 bulan ke atas. Jom ikuti resipi yang dikongsi ini.
Cara penyediaan:
🧀 Potong roti dalam bentuk dadu, ketepikan.
🧀 Satukan telur, unsalted butter yang dicairkan, susu dan 1 sdk serbuk mangga Izzly. Kacau sebati.
🧀 Masukkan roti ke dalam adunan telur dan kacau sebati. Biarkan sekejap hingga roti meresap adunan telur.
🧀 Masukkan adunan dalam bekas yang sesuai untuk di bakar.
🧀 Taburkan serbuk mangga dan cheese atas puding roti.
🧀 Bakar pada suhu 160°c selama 5 minit (KakMas bakar dalam air fryer).
🧀 Sejukkan puding roti dan tuang sos mangga.
SOS MANGGA:
Campurkan 1 sudu serbuk mangga Izzly dengan sedikit air panas. Kacau sebati. Tuangkan atas puding roti.
– boleh tambahkan isi buah mangga yang dipotong dadu dalam adunan.
– boleh gantikan dengan puri mangga sebagai sos.
– sesuai untuk bayi 8 bulan dan ke atas.
Kredit: Mas Ayu Ibrahim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang mengikuti akaun Tik Tok pelakon, Nabila Huda pasti sentiasa melihat pelbagai menu disajikan setiap hari.
Hari demi hari, menu bekal ke sekolah yang disediakan Nabila buat anaknya ke sekolah ternyata semakin menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, rata-rata netizen terkejut melihat makanan yang disediakan aktres itu disusun cantik malah dimasak dengan cukup baik, lengkap dengan buah dan menu sampingan lain. Tidak hairanlah dipuji ramai.
Walaupun hanya menu berlauk ayam goreng, namun ia dilengkapkan dengan sayur dan buah dan tersusun cantik dan sempurna. Tidak terkecuali menu daging wagyu yang turut disediakan Nabila buat anaknya ke sekolah.
Menurut Nabila, dia dan keluarga hanya hidup bersederhana, namun apabila melibatkan soal makanan dia akui sedikit mewah.
“Bila melibatkan masakan dan makanan memang saya tidak kisah untuk bermewah sedikit tentang makanan.
“Saya suka makan benda yang berkualiti dan sedap. Apa yang penting adalah mengikut kemampuan masing-masing.
“Anak saya tidak kisah, dia akan makan apa yang saya makan,” luahnya bercerita.
Rata-rata pengikut Nabila di Tik Tok dan Instagramnya turut memuji air tangan aktress itu tidak ketinggalan juga yang memuji kerajinan Nabila memasak setiap pagi untuk anaknya ke sekolah. Memang ibu yang rajin dan terbaik!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Ada pelbagai cara untuk membesarkan anak mengikut acuan tersendiri. Hal ini termasuklah dalam memastikan anak dapat dibentuk menjadi insan yang pintar mindanya dan pada masa yang sama sihat dan kuat fizikalnya juga.
Dalam memenuhi hasrat memiliki anak sebegini, ibu bapa perlu melakukannya sejak daripada usia anak kecil lagi. Jom lihat apa yang patut anda berdua lakukan.
Anda perlu sediakan dan beri anak makanan berkhasiat yang seimbang kandungan nutrisinya. Cara ini dapat membantu fizikal anak anda menjadi kuat. Secara tidak langsung, ia menolong dia memiliki tubuh badan yang sihat dan otaknya pintar.
Jadi, pastikan setiap hidangan makanan yang diambilnya mempunyai semua keperluan nutrisi yang diperlukan oleh si kecil membesar. Ia perlu lengkap dan mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan DHA juga.
Selain daripada itu, ajar anak untuk amalkan pemakanan sunah yang ternyata baik untuk kesihatan tubuh badan dan merangsang perkembangan otak juga. Antaranya kurma, kismis, madu, delima, susu kambing dan banyak lagi.
Makanan membekalkan sumber tenaga. Jadi, mulakan hari dengan mengambil makanan yang berzat agar hari yang dilalui itu dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk itu, anda perlu disiplinkan anak-anak tidak meninggalkan sesi makan setiap pagi.
Jadi, anda sendiri mesti melakukan tabiat yang sama dan perlu rajin menyediakan makanan untuk sesi sarapan yang mampu memberikan bukan sahaja tenaga tetapi yang boleh memantapkan perkembangan otaknya. Paling mudah dan ringkas yang boleh disediakan ialah roti bijirin penuh yang dimakan bersama telur hancur dan segelas susu rendah lemak.
Ada anak yang tidak suka makan sayur sedangkan ia memberi sumber vitamin yang baik untuk fizikal dan mental. Jika ia berlaku kepada diri anak anda, jangan terlalu bimbang. Gantikannya dengan buah-buahan yang dia suka.
Namun begitu, galakkan juga anak anda makan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Buah-buahan superfruit adalah pilihan terbaik. Antaranya strawberi, bluberi, anggur hitam, epal, oren, delima dan buah naga.
Dalam pada itu, beri anak makan dalam bentuk segar dan mentah kerana ia lebih berzat. Antara lain, digalakkan untuk makan buah dahulu sebelum mengambil nasi atau karbohidrat yang lain bagi mengelakkan rasa mengantuk dan lemah semasa menghadapi pelajaran.
Keraplah melakukan aktiviti luar rumah bersama anak-anak. Paling kurang, seminggu sekali. Bukan sahaja tubuh menjadi sihat, mental pun sama terjaga tahap kesihatannya. Anda boleh mengajak anak berlari-lari anak atau joging di taman permainan di kawasan perumahan.
Aktiviti riadah terbukti baik untuk otak kerana dapat menjadikan anak fokus kepada sesuatu tugasan. Malah, pernafasannya pun terkawal apabila aliran masuk dan keluar oksigen dan karbon dioksida berjalan lancar. Bila tubuh sihat, secara langsung ia menjadikan otak pun sama-sama sihat.
Suplemen baik untuk diamalkan sekiranya anda kurang yakin dalam memberikan makanan berkhasiat sepenuhnya kepada anak. Dengan Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons yang terdapat dalam dua varian iaitu DHA dan Manuka Honey, ia menjadi snek sihat kepada si kecil.
Mengandungi 100% Premium Australia Milk dan kaya dengan Manuka Honey, membantu anak anda menguatkan sistem ketubuhannya. Malah ia juga kaya dengan kalsium yang membantu anak menjadi tinggi.
Manakala Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons yang kaya dengan DHA pula, bagus untuk membantu merangsang anak menjadi kanak-kanak yang bijak. Sama juga halnya jika anak anda mengamalkan Nature’s Way Kids A+ Omega-3 Fish Oil. Ia mengandungi kandungan DHA yang tinggi, baik untuk perkembangan otak, daya tumpuan, minat belajar dan sikap peribadi si kecil.
Suplemen-suplemen ini bukan sahaja snek yang sihat, malahan menyihatkan badan dan mind ajika diambil konsisten. Dapatkan produk-produk ini melalui pembelian online di Lazada. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...