Resipi Biskut Casablanca, Hanya Gaul & Terapkan, Cukup Mudah Dah Sedap!

Share

Nak cuba biskut moden yang popular tetapi tidak yakin kerana sedikit menyukarkan. Apa kata kita cuba biskut ringkas yang cukup mudah disediakan.

Resipi Biskut Casablanca ini antara yang boleh dicuba bersama anak-anak. Ia ringkas dan paling mudah disediakan. Paling menarik, gabungan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan buat anak teruja. Jom cuba resipi perkongsian Pn Roz Mika.


Berhajat, boleh cuba resepi di bawah. InshaaAllah ..rasa tak mengecewakan. Casablanca Delight Cookies.

Bahan-bahan:
2 cwn mentega
1 sdb shortening
1 1/2 cwn gula kastor( nk manis lebihkan)
Esen vanila
2 cwn nestum diramas
1 cwn oat – panggang dan kisar
1/2 cwn serbuk badam
1/3 cwn bijan hitam *saya ganti chia seed + biji selasih
2 cwn cornflakes -diramas
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 sdb tepung beras

 

Sebatikan mentega, gula, esen vanila dan shortening. Kacau hingga kembang.

Kemudian masukkan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan ke dalam mentega tadi. Kacau lagi adunan.

Kemudian masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.

Terap dengan acuan, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri merah atau badam.

Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit (ikut oven masing-masing).

p/s: Adunan agak berderai sebab tambah cornflakes, tekan bagi padat. Cornflakes tak mesin halus ye sebab nak rasa rangup tu.

Selamat mencuba!

IKLAN