Nak cuba biskut moden yang popular tetapi tidak yakin kerana sedikit menyukarkan. Apa kata kita cuba biskut ringkas yang cukup mudah disediakan.
Resipi Biskut Casablanca ini antara yang boleh dicuba bersama anak-anak. Ia ringkas dan paling mudah disediakan. Paling menarik, gabungan nestum, oat, cornflakes, badam dan bijan buat anak teruja. Jom cuba resipi perkongsian Pn Roz Mika.
Berhajat, boleh cuba resepi di bawah. InshaaAllah ..rasa tak mengecewakan. Casablanca Delight Cookies.
Selain laksa, ada yang suka makan laksam? Kalau anda dan anak-anak peminat laksam dengan kuah lemak, lepas ni boleh buat sendiri di rumah. Kalau beli di kedai tak puas makan.
Ada masa, anda boleh cuba buat sendiri laksam dan kuahnya. Kadang asyik makan nasi pun bosan juga. Langkah nak buatnya sangat senang. Jika kita buat sendiri, barulah puas hati nak makan banyak mana pun.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah Mamat.
Dengan izin Allah dan ilmu hambaNya ini, jua milik Allah, saya nak kongsi cara-cara membuat laksam, ikut gaya saya ya.
Saya halalkan semua rakan yang ingin menggunakan resepi ini.
Resepi Laksam Cikgu Nor untuk satu bungkus tepung seberat 500 gram.
500 gram tepung beras, saya guna sahaja, apa pun cap. Tak ada yang khusus. Semua jadi elok jer.
3 sudu tepung gandum kalau cap biasa atau 5 sudu tepung gandum kalau cap Faiza.
Sudu yang saya guna untuk sukat tepung gandum ni, sudu makan ya. Buh penuh-penuh. Rumbu gituuu…
Laksam akan lebih putih dan cantik kalau guna tepung gandum Faiza.
1500 ml atau 1.5 liter air. Saya buh satu liter air suam dan 500ml, air tapis biasa. Air suam ya, jangan air panas.
Cara-cara nak bancuh tepung
– Masukkan tepung beras dalam bekas yang sesuai, tambahkan tepung gandum.
– Selepas itu, masukkan 1 liter air suam.Kacau sehingga tepung larut. Apabila tepung dah -larut dan tak ada yang berketul-ketul, tambah lagi 500 ml air. Kacau sebati.
– Seeloknya ditapis, sebab biasanya akan ada habuk-habuk dan kutu beras yang terapung selepas selesai membancuh.
– Rehatkan bancuhan tepung dalam kurang lebih 10 minit.
– Selepas itu dah boleh mula mengukus.
– Saya guna tudung periuk dan guna periuk mengukus atau saya panggil ‘kukusan’ untuk mengukus.
– Sebelum mula mengukus, sapukan minyak pada tudung periuk, supaya senang proses menggulung nanti.
– Setelah nampak wap keluar dari kukusan, itu tandanya laksam dah masak. Jangan terus buka selepas nampak wap keluar. Biarkan dulu anggaran dalam satu minit. Bagi laksam tu betul-betul masak.
– Buka tutup kukusan, tengok laksam. Laksam yang masak akan menggelembung masa kita buka. Apabila kita angkat, laksam akan rata semula pada tudung periuk.
– Nak mudah angkat, saya guna sudip kayu yang rata. Hulurkan ke bawah tudung periuk dan angkat.
– Selepas angkat, tegakkan. Tujuan untuk mengalirkan wap air yang ada pada laksam. Untuk mudah, saya guna tray telur. Sebab ada lekuk-lekuk. Untuk kebersihan, saya lapik kertas A4 kosong yang belum guna atas tray telur tu. Nak guna surat khabar lama pun boleh…letak tray telur tu rapat ke dinding. Jadi senang kita nak sandar.
– Biasa paling kurang saya guna 6 penutup periuk untuk dua kukusan. Saya kukus dua keping. Guna tudung periuk pertama dan kedua. Selepas angkat, tegakkan, biarkan sejuk seketika.
– Saya guna tutup periuk ketiga dan keempat. Kukus lagi. Apabila saya angkat tudung periuk ketiga dan keempat. Saya akan masukkan tudung periuk kelima dan keenam.
– Selepas itu, saya gulung laksam tudung periuk pertama dan kedua tadi. Begitulah seterusnya sehingga selesai. Saya guna masa setengah jam untuk kukus 500 gram tepung.
– Minyak pada tudung periuk perlu disapu setiap kali sebelum mengukus laksam untuk kepingan seterusnya.
– Tepung dalam bekas perlu sentiasa dikacau sebelum diambil untuk dikukus.
Saya rasa saya dah bagi step by step. Selamat mencuba. Perkongsian Lillahitaala dan dengan izinNya jua.
KUAH LEMAK LAKSAM (Dapur Cheyah)
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je) **Seeloknya tumbuk bagi bijinya hancur atau kalau tak suka nampak biji lada hitam, letak air sikit dan tapis.
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
– Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
– Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
– Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
P/S: Sukatan santan dan ikan boleh ditambah ikut laksam yang disediakan.
CARA BUAT SAMBAL
Cili merah besar, cili kecil, sedikit belacan, perahan air limau kasturi, garam, gula. Campurkan semua dalam blender, blend. Jangan bubuh air, sebab cili besar tu dah banyak air.
Dah siap blend masukkan dalam bekas, potong kulit limau kasturi halus-halus masukkan ke dalam sambal. Pastikan kulit yang lembut atau limau kasturi yang masak. Kalau kulit limau keras, sambal akan jadi pahit. Buat ya, memang sedap.
Menu berasaskan ayam antara menu kegemaran anak-anak kita. Jika bosan dengan ayam goreng, jadikan ayam panggang sebagai pembuka selera anak. Kali ini lebih istimewa dengan Ayam Panggang Ala Dominos yang cukup enak rasanya. Sama seperti di restoran terkemuka, rasa ayam panggang ala dominos ini cukup hebat.
Bahan yang digunakan tidaklah banyak malah senang untuk dicuba. Perapkan sahaja seketika dan panggang hingga masak. Memang sedap!
Sekilo drumstik yang kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam. Cuci bersih..toskan. 120g sos cili 120g sos tomato 120g sos tiram (yang ni saja makcik tambah) 2sb madu (yang ni pun makcik tambah) 2sb gula 1sb garam 1sb serbuk cili 2sb lada hitam 2ulas bawang putih di tumbuk lumat 60g butter
Masak kesemua bahan sampai butter cair. Sejukkan.
Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak.
Perap (lagi lama lagi sedap).
Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing-masing api atas bawah. 30 hingga 40 minit (ikutlah nak garing mana yer..jangan rentung sudah)
Selamat mencuba!
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bosan dengan makaroni bakar biasa, apa kata kali ini kita cuba kelainan dengan Baked Macaroni Berapi pula untuk sajian seisi sekeluarga. Memang lain cari yang lain.
Paling penting sekali, asingkan siap-siap untuk anak kecil versi tak pedas dan kemudiannya bolehlah ditambah kepedasan untuk suami pula. Memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian Pn Tiesha Abdul Rahman ini.
BAHAN-BAHAN
BAHAN (A) :
1 cawan macaroni
1 kiub pati ayam / air rebusan ayam
1 sb minyak masak – untuk elak melekat
Rebus macaroni sampai empuk. Tos dan ketepikan.
BAHAN: SOS PUTIH CREAMY
1 cawan susu segar
1 sb tepung gandum
2 sb mentega
Sedikit garam
Satukan ke semua bahan, kacau hingga tepung larut. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga creamy dan ketepikan.
BAHAN (C):
1/4 biji bawang holland – dadukan
1 ulas bawang putih – cincang
1/2 st serbuk lada hitam
1 tin sos prego – Tradisi
1 batang lobak merah – dadukan
1/2 tin cendawan butang – hiris
5 batang sosej – hiris
5 batang sosej cheese – hiris
Cili padi – hiris
1/8 cawan minyak
2 sb mentega
Garam / gula
Cheese
Panaskan minyak dan mentega, tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.
Masukkan sosej, sosej cheese, lobak merah dan cendawan butang. Gaul rata.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Masukkan sos prego, sedikit gula dan macaroni yang telah direbus tadi. Gaul rata.
Cara nak melapis pulak, masukkan macaroni ke dalam bekas dan parut cheddar cheese.
Lapiskan sekali lagi dengan macaroni dan tabur cili padi hiris.
Tuangkan sos putih. Letak cheese slice dan tabur lagi cili padi hiris.
Bakar pada suhu 160-170’c selama 20-25 minit atau hingga cheese cair dan permukaannya sedikit keperangan.
Siap!
Nota: * Boleh juga masukkan daging burger. * Nak tabur mozarella cheese pon boleh.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi 9 bulan dirawat di ICU selepas didakwa menjadi mangsa ibu saudaranya yang menuang gam segera ke dalam mulut akibat konflik keluarga. Polis kini menjalankan siasatan lanjut.