Ibu-ibu boleh membuat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja. Mudah dan berkhasiat. Paling penting sudah tentu bersih dan halal. Bahan-bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja.
Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di rumah. Mereka sedang membesar memang akan kerap mengunyah. Selain itu untuk si kecil yang baru belajar makan sendiri, biskut ini boleh jadi pilihan finger food yang baik untuk mereka.
Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah & Berkhasiat
Kalau yang beli di luar, kita tak pasti bahan-bahannya sesuai atau tidak untuk bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan biskut komersil yang dijual walaupun dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak mesti mengandungi gula dan garam yang tinggi. Terlalu manis pun tak elok untuk tumbesaran si kecil.
Belum lagi dengan harganya yang boleh tahan mahal. Sebekas kecil biskut bayi dah mencecah RM20!
Jadi, untuk menjimatkan wang ringgit dan sudah tentu ibu-ibu mahu berikan makanan terbaik untuk anak-anak cubalah buat biskut sendiri. Resepi biskut untuk kudapan bayi dan kanak-kanak ini dikongsi oleh Emilia Salim dalam laman Instagramnya.
Ads
Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit
Bahan-bahan:
1 cawan unbleached flour
2 sudu besar unsalted butter
2 sudu besar olive oil
Air secukupnya
Cara membuat:
Ads
1. Gaul semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
3. Canai nipis dan terap menggunakan acuan pilihan.
Ads
4. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit/sehingga keperangan/mengikut oven masing-masing.
Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh dijadikan stok snek untuk si manja.
Gelagat bayi kembar comel yang dikenali sebagai The Angguns, iaitu anak saudara kepada pelakon jelita Anzalna Nasir memang terkenal di Instagram.
Telatah pasangan kembar seiras Anggun Darleena dan Anggun Darleesa ini sangat lucu dan menghiburkan para pengikutnya. Dalam usia genap setahun, pasangan kembar ini memang nampak bijak dan sangat berdikari.
Melihat kepada tubuh montel kedua pasangan kembar ini mesti ramai yang geram dan rasa nak cubi pipi mereka. Keduanya juga sangat berdikari dalam bab makan sebab mereka sangat suka makan.
Ibunya Diana Nasir yang merupakan kakak kepada Anzalna berkongsi tip bagaimana melatih anak kembarnya menjadi anak yang tak cerewet makan di laman instagram peribadinya.
Sangat penting untuk anak-anak kita makan makanan berkhasiat. Bila mereka makan makanan yang sihat, ia membantu menguatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko sakit.
Sebagai ibu anak kembar, sangat penting untuk saya pastikan anak-anak sentiasa sihat, sebab kalau seorang sakit, keduanya akan sakit dan mama D pun akan pening dan ia sangat menakutkan!
The angguns sangat suka makan! Jadi, saya ambil keputusan untuk ajar mereka macam mana makan sendiri.Mula-mula memang habis berterabur tetapi perlahan-lahan mereka belajar.
Satu hari mereka akan ada 2 hidangan makanan berat dan 3 snek. Ada hari mereka akan makan banyak dan di hari lain mereka mungkin tak nak makan langsung! Tak mengapa jika anak anda pun macam tu. Memang normal selera makan anak akan berubah setiap hari.
Jangan terlalu risau, kerana mereka mungkin akan lebih berselera untuk hidangan seterusnya atau mungkin keesokan harinya.
Saya ada buat food testing dengan Angguns. Saya masak bermacam jenis makanan dan bagi mereka cuba. Biasanya saya akan bagi dalam kuantiti yang kecil sebagai permulaan sebab takut kalau mereka ada alahan atau apa-apa.
Bila dah tahu apa yang mereka boleh makan dan suka, saya akan tulis dalam menu. Jadi, untuk sarapan mereka selalunya makan telur cincang dengan roti bakar/sup sayur-sayuran/bijirin/salad buah/yogurt/roti pisang. Untuk makan tengahari pula, meka suka makan stik salmon (kegemaran sama macam mama D) dengan kentang lenyek dan sayur kukus/pasta/pizza/nasi goreng cina/mee dan untuk makan malam mereka makan yang ringan je.
Owh snek pula, saya biasanya bagi mereka buah-buahan/biskut. Yang senangnya, Angguns ni sangat senang makan dan tak cerewet.
Ia bukan tentang memanjakan mereka, tetapi memastikan anak-anak sentiasa sihat. Kalau nak manjakan pun apa salahnya kan, anak-anak saya dan saya rasa tersangat gembira bila Anggun seronok makan makanan yang saya masak. ‘ HEALTHY BABIES, HAPPY MOMMA’
Semoga tip yang dikongsi oleh mama D, iaitu ibu kepada pasangan bayi kembar comel ini boleh dijadikan panduan berguna kepada semua ibu dalam memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat.
Sumber: IG diananasir86
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak-anak sakit, pastinya selera makan akan berkurangan. Namun kalau dibiarkan badan akan terus menjadi lemah. Sakit yang berpanjangan bimbang akan memudaratkan tahap kesihatan merea.
Disebabkan itu, mama dan papa perlu pastikan si kecil yang sakit diberikan makanan yang berkhasiat supaya dapat membantu menyembuhkan sakit yang dihidapi. Makanan yang diberikan juga mungkin berlainan yang mana terkandung pelbagai khasiat untuk keperluan nutrien dalam badan mereka.
Perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang pemberian makanan kepada anak-anak yang sakit mungkin boleh menjadi rujukan para ibu bapa.
Ikuti perkongsian daripada beliau:
MEMBERI MAKAN KEPADA KANAK-KANAK YANG SAKIT
Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak boleh menjejaskan pengambilan makanan mereka. Kanak-kanak yang sakit mungkin terlalu lemah untuk makan, sukar untuk makan disebabkan oleh hidung yang tersumbat atau batuk, atau mengalami kesukaran untuk menelan makanan. Kanak-kanak yang mendapat jangkitan juga selalunya kurang berselera untuk makan.
Oleh itu, kanak-kanak yang sakit perlu diberikan makanan yang berlainan daripada mereka sihat. Walau bagaimanapun secara amnya, ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk terus memberi kanak-kanak makanan pilihan mereka dan tidak mengehadkan makanan yang ingin mereka makan. Ini bagi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat nutrien yang diperlukan semasa sakit dan semasa mereka sedang sembuh.
Mengapa kanak-kanak yang sakit memerlukan makanan yang berkhasiat?
Kanak-kanak yang sakit perlu diberi makan makanan yang berkhasiat walaupun mereka tidak aktif. Mereka memerlukan nutrien yang mencukupi bagi melawan jangkitan dan menggantikan nutrien yang hilang semasa sakit.
Jika seorang kanak-kanak yang sakit tidak mengambil makanan dengan secukupnya, lemak dan otot tubuhnya akan digunakan untuk membekalkan tenaga dan nutrien. Ini akan menyebabkan mereka kehilangan berat badan dan mengalami masalah kekurangan zat makanan.
Semasa sakit, tumbesaran seseorang kanak-kanak itu selalunya akan terjejas, walaupun tempoh sakitnya adalah singkat. Sistem imun mereka juga boleh menjadi kurang berkesan dan tidak mampu melawan jangkitan. Jangkitan juga meningkatkan keperluan beberapa nutrien sekiranya usus tidak dapat menyerap nutrien dengan baik; atau tubuh menggunakan nutrien lebih pantas daripada biasa (contohnya, untuk membaik pulih sistem imun).
Apakah makanan yang perlu diberi kepada kanak-kanak yang sakit?
Memberi makan kanak-kanak yang sakit merupakan cabaran kepada ibu bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang sakit selalunya enggan makan atau hanya makan sedikit sahaja. Semasa kanak-kanak sakit, adalah penting untuk tidak mengehadkan makanan atau minuman yang ingin mereka makan.
Berikut adalah beberapa panduan untuk memberi makan kanak-kanak yang sakit:
1. Bagi bayi atau kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu, teruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap dan susukan bayi atau kanak-kanak dengan lebih lama pada setiap pe nyusuan. Jika bayi terlalu lemah untuk menyusu, ibu-ibu boleh memerah susu ibu dan memberi susu ibu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.
2. Beri kanak-kanak makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil.
3. Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan ayam atau ikan. Sedikit mentega atau marjerin boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk meningkatkan kandungan kalori.
4. Beri kanak-kanak makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan.
5. Beri kanak-kanak makanan yang lembut atau dilecek jika mereka menghadapi masalah untuk menelan. Walau bagaimanapun, elak daripada mencairkan makanan atau susu yang diberi kepada mereka.
6. Bersabar dan berikan makanan yang digemari kanak-kanak untuk meningkatkan seleranya.
7. Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk. Elakkan memberi kanak-kanak makan semasa berbaring kerana ini boleh menyebabkan mereka tercekik.
8. Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama sepuluh minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan.
9. Elak memaksa kanak-kanak untuk makan.
Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit atau diarea selalunya akan mengguna atau kehilangan lebih banyak air daripada biasa. Oleh yang demikian, mereka perlu diberi lebih banyak air dan pastikan air tersebut adalah bersih dan selamat untuk diminum. Air kosong, susu, minuman yogurt dan minuman berk hasiat yang lain hendaklah diberi kepada kanak-kanak yang sakit. Elakkan memberi kanak-kanak minuman berkarbonat atau kordial. Kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu pula hendaklah disusukan dengan lebih kerap, sementara kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu hendaklah diberi air atau cecair lain seperti sup dengan banyak setiap satu hingga dua jam.
MEMBERI MAKAN KEPADA KANAK-KANAK YANG SEDANG SEMBUH
Tempoh penyembuhan merupakan perkara yang penting dalam penjagaan pemakanan kanak-kanak yang sakit. Kebiasaannya penyembuhan penyakit akan mengambil masa. Ibu bapa atau penjaga perlu memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pengambilan makanan kanak-kanak yang sakit untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu selepas mereka sembuh. Makanan berkhasiat yang diambil semasa kanak-kanak sedang sembuh dapat memastikan mereka memperoleh kembali nutrien yang hilang semasa mereka sakit.
Semasa sedang sembuh
Kebiasaannya kanak-kanak akan lebih berselera untuk makan dan akan teruja untuk makan lebih daripada biasa. Terus berikan kanak-kanak makanan yang mereka gemari dengan kerap.
Kanak-kanak hendaklah digalakkan untuk makan lebih pada setiap waktu makan, diberi snek berkhasiat seperti roti sardin atau yogurt di antara waktu makan dan tingkatkan kuantiti makanan yang diberi setiap hari untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.
Terus berikan kanak-kanak makanan yang berkhasiat seperti daging, ikan, hati, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memenuhi keperluannya . Kanak-kanak perlukan makanan yang lebih untuk mendapat semula berat badan mereka yang hilang semasa sakit, dan supaya mereka sihat seperti sedia kala.
Si manja mama dah masuk usia 9 bulan. Bila bayi dah mula masuk 9 bulan, mereka dah mula menolak puri. Jom mama sediakan makanan yang sesuai untuk mereka. Yang penting penuh khasiat dan sedap!
Hai mommies. Ini antara menu 9 month yang mommy hidangkan untuk Princess. Tak banyak sangat lah sebab mommy banyak ulang comfort food yang bulan-bulan lepas.
Fasa-fasa gini kan biasalah. Ada hari reject nasi . Bila bagi comfort food confirm licin. Bulan ni banyak menu yang sesuai untuk tea time and breakfast. Untuk 9 bulan ni, mommy banyak tukar protein.
Nak try sesuai ke tak. Alhamdulillah semua pass. Semoga dapat bantu mommies ❤️
Resepi di setiap gambar
Nasi goreng mirepoix udang
Cheesy baked rice
Blend je semua left over nasi dengan telur. Sebab noratheefa ni sejenis cepat bosan kalau makan lauk sama. Jadi kena variasikan sikit lah. Lepas tu letak je cheese kat atas. Boleh bake suhu 180° dalam 15 minit.
Banana waffle
Putar telur smpai kembang. Lenyek pisang 2 biji. Tambah tepung, telur yang dah kembang tadi dan pisang. Boleh tuang dalam waffle maker. Siap!!
Macaroni with cheesy beef sauce
Cairkan ub. Tumis bawang putih yang dipotong dadu. Masukkan mirepoix. Masukkan daging. Tunggu sampai daging separuh masak. Masukkan fcm. Masukkan cream cheese. Agak sebati. Masukkan sawi . Perasakan dengan serbuk daging. Siap!!
Creamy Tuna Pie
Rebus kentang smpai lembut. Ketepikan. Cairkan ub Tumis bebawang, masukkan mirepoix
Masukkan tuna dan air sikit. Masukkan pakchoy, kentang yang dah dilenyek dan full cream milk. Masukkan cheese. Kacau sampai sebati. Perasa dengan serbuk keju dan serbuk sayur masukkan dalam bekas, tabur mixed herb. Bakar suhu 170° dalam 15 minit. Siap!!