top pakar

Bila anak-anak sakit, pastinya selera makan akan berkurangan. Namun kalau dibiarkan badan akan terus menjadi lemah. Sakit yang berpanjangan bimbang akan memudaratkan tahap kesihatan merea.

Disebabkan itu, mama dan papa perlu pastikan si kecil yang sakit diberikan makanan yang berkhasiat supaya dapat membantu menyembuhkan sakit yang dihidapi. Makanan yang diberikan juga mungkin berlainan yang mana terkandung pelbagai khasiat untuk keperluan nutrien dalam badan mereka.

Bila Sakit Anak Kurang Berselera, Doktor Pesan Ini Yang Mak Ayah Boleh Buat Nak Anak Dapat Khasiat Dalam Makanan Masa Sakit!

Perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang pemberian makanan kepada anak-anak yang sakit mungkin boleh menjadi rujukan para ibu bapa.

Ikuti perkongsian daripada beliau:

MEMBERI MAKAN KEPADA KANAK-KANAK YANG SAKIT

Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak boleh menjejaskan pengambilan makanan mereka. Kanak-kanak yang sakit mungkin terlalu lemah untuk makan, sukar untuk makan disebabkan oleh hidung yang tersumbat atau batuk, atau mengalami kesukaran untuk menelan makanan. Kanak-kanak yang mendapat jangkitan juga selalunya kurang berselera untuk makan.

Oleh itu, kanak-kanak yang sakit perlu diberikan makanan yang berlainan daripada mereka sihat. Walau bagaimanapun secara amnya, ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk terus memberi kanak-kanak makanan pilihan mereka dan tidak mengehadkan makanan yang ingin mereka makan. Ini bagi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat nutrien yang diperlukan semasa sakit dan semasa mereka sedang sembuh.

Bila Sakit Anak Kurang Berselera, Doktor Pesan Ini Yang Mak Ayah Boleh Buat Nak Anak Dapat Khasiat Dalam Makanan Masa Sakit!

Mengapa kanak-kanak yang sakit memerlukan makanan yang berkhasiat?

Kanak-kanak yang sakit perlu diberi makan makanan yang berkhasiat walaupun mereka tidak aktif. Mereka memerlukan nutrien yang mencukupi bagi melawan jangkitan dan menggantikan nutrien yang hilang semasa sakit.

Jika seorang kanak-kanak yang sakit tidak mengambil makanan dengan secukupnya, lemak dan otot tubuhnya akan digunakan untuk membekalkan tenaga dan nutrien. Ini akan menyebabkan mereka kehilangan berat badan dan mengalami masalah kekurangan zat makanan.

IKLAN

Semasa sakit, tumbesaran seseorang kanak-kanak itu selalunya akan terjejas, walaupun tempoh sakitnya adalah singkat. Sistem imun mereka juga boleh menjadi kurang berkesan dan tidak mampu melawan jangkitan. Jangkitan juga meningkatkan keperluan beberapa nutrien sekiranya usus tidak dapat menyerap nutrien dengan baik; atau tubuh menggunakan nutrien lebih pantas daripada biasa (contohnya, untuk membaik pulih sistem imun).

Apakah makanan yang perlu diberi kepada kanak-kanak yang sakit?

Memberi makan kanak-kanak yang sakit merupakan cabaran kepada ibu bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang sakit selalunya enggan makan atau hanya makan sedikit sahaja. Semasa kanak-kanak sakit, adalah penting untuk tidak mengehadkan makanan atau minuman yang ingin mereka makan.

Berikut adalah beberapa panduan untuk memberi makan kanak-kanak yang sakit:

1. Bagi bayi atau kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu, teruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap dan susukan bayi atau kanak-kanak dengan lebih lama pada setiap pe nyusuan. Jika bayi terlalu lemah untuk menyusu, ibu-ibu boleh memerah susu ibu dan memberi susu ibu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.

Bila Sakit Anak Kurang Berselera, Doktor Pesan Ini Yang Mak Ayah Boleh Buat Nak Anak Dapat Khasiat Dalam Makanan Masa Sakit!

2. Beri kanak-kanak makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil.

3. Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan ayam atau ikan. Sedikit mentega atau marjerin boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk meningkatkan kandungan kalori.

IKLAN

4. Beri kanak-kanak makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan.

5. Beri kanak-kanak makanan yang lembut atau dilecek jika mereka menghadapi masalah untuk menelan. Walau bagaimanapun, elak daripada mencairkan makanan atau susu yang diberi kepada mereka.

6. Bersabar dan berikan makanan yang digemari kanak-kanak untuk meningkatkan seleranya.

7. Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk. Elakkan memberi kanak-kanak makan semasa berbaring kerana ini boleh menyebabkan mereka tercekik.

Bila Sakit Anak Kurang Berselera, Doktor Pesan Ini Yang Mak Ayah Boleh Buat Nak Anak Dapat Khasiat Dalam Makanan Masa Sakit!

8. Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama sepuluh minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan.

9. Elak memaksa kanak-kanak untuk makan.

IKLAN

Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit atau diarea selalunya akan mengguna atau kehilangan lebih banyak air daripada biasa. Oleh yang demikian, mereka perlu diberi lebih banyak air dan pastikan air tersebut adalah bersih dan selamat untuk diminum. Air kosong, susu, minuman yogurt dan minuman berk hasiat yang lain hendaklah diberi kepada kanak-kanak yang sakit. Elakkan memberi kanak-kanak minuman berkarbonat atau kordial. Kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu pula hendaklah disusukan dengan lebih kerap, sementara kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu hendaklah diberi air atau cecair lain seperti sup dengan banyak setiap satu hingga dua jam.

MEMBERI MAKAN KEPADA KANAK-KANAK YANG SEDANG SEMBUH

Tempoh penyembuhan merupakan perkara yang penting dalam penjagaan pemakanan kanak-kanak yang sakit. Kebiasaannya penyembuhan penyakit akan mengambil masa. Ibu bapa atau penjaga perlu memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pengambilan makanan kanak-kanak yang sakit untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu selepas mereka sembuh. Makanan berkhasiat yang diambil semasa kanak-kanak sedang sembuh dapat memastikan mereka memperoleh kembali nutrien yang hilang semasa mereka sakit.

Semasa sedang sembuh

Kebiasaannya kanak-kanak akan lebih berselera untuk makan dan akan teruja untuk makan lebih daripada biasa. Terus berikan kanak-kanak makanan yang mereka gemari dengan kerap.

Bila Sakit Anak Kurang Berselera, Doktor Pesan Ini Yang Mak Ayah Boleh Buat Nak Anak Dapat Khasiat Dalam Makanan Masa Sakit!

Kanak-kanak hendaklah digalakkan untuk makan lebih pada setiap waktu makan, diberi snek berkhasiat seperti roti sardin atau yogurt di antara waktu makan dan tingkatkan kuantiti makanan yang diberi setiap hari untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Terus berikan kanak-kanak makanan yang berkhasiat seperti daging, ikan, hati, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memenuhi keperluannya . Kanak-kanak perlukan makanan yang lebih untuk mendapat semula berat badan mereka yang hilang semasa sakit, dan supaya mereka sihat seperti sedia kala.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Bila Sakit Anak Kurang Berselera, Doktor Pesan Ini Yang Mak Ayah Boleh Buat Nak Anak Dapat Khasiat Dalam Makanan Masa Sakit!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI