Ibu-ibu boleh membuat biskut bayi sepantas 15 minit sahaja. Mudah dan berkhasiat. Paling penting sudah tentu bersih dan halal. Bahan-bahan yang digunakan pun terjamin berkhasiat untuk si manja.
Orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. Bila ada anak kecil, stok snek untuk kudapan kena sentiasa ada di rumah. Mereka sedang membesar memang akan kerap mengunyah. Selain itu untuk si kecil yang baru belajar makan sendiri, biskut ini boleh jadi pilihan finger food yang baik untuk mereka.
Resipi Buat Biskut Bayi Yang Mudah & Berkhasiat
Kalau yang beli di luar, kita tak pasti bahan-bahannya sesuai atau tidak untuk bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan biskut komersil yang dijual walaupun dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak mesti mengandungi gula dan garam yang tinggi. Terlalu manis pun tak elok untuk tumbesaran si kecil.
Belum lagi dengan harganya yang boleh tahan mahal. Sebekas kecil biskut bayi dah mencecah RM20!
Jadi, untuk menjimatkan wang ringgit dan sudah tentu ibu-ibu mahu berikan makanan terbaik untuk anak-anak cubalah buat biskut sendiri. Resepi biskut untuk kudapan bayi dan kanak-kanak ini dikongsi oleh Emilia Salim dalam laman Instagramnya.
Ads
Mama Boleh Buat Sepantas 15 Minit
Bahan-bahan:
1 cawan unbleached flour
2 sudu besar unsalted butter
2 sudu besar olive oil
Air secukupnya
Cara membuat:
Ads
1. Gaul semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
3. Canai nipis dan terap menggunakan acuan pilihan.
Ads
4. Bakar pada suhu 150°c selama 15 minit/sehingga keperangan/mengikut oven masing-masing.
Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh dijadikan stok snek untuk si manja.
Bosan menikmati sajian nasi setiap hari, apa kata bawakan ayam panggang terkenal, Nando’s ke rumah dengan cuba menyediakan nya sendiri untuk anak-anak.
Sos masam dan pedas yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini memang nampak menyelerakan. Nak buat pun nampak cukup mudah. Jom cuba ikuti resipi yang dikongsikan olehnya.
Apa kata kita masak resepi ayam dari Afrika Selatan. Pernah makan ayam Nando’s? Ya, kita masak Ayam Peri Peri macam dekat Nando’s tu. Kita buat sos dia sekali!
Bahan-bahan: (2-3 orang)
½ ekor ayam
1 biji tomato
3 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
½ biji bawang merah /Holland
2 sudu serbuk paprika/cili
1 biji lemon
1 cubit oregano
1 cubit parsli
2 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Saya guna ayam bahagian pinggul dan peha. Jika nak diet gunakan bahagian dada ayam, ambil isi dia sahaja. Bersihkan dan tos air sampai kering.
Sementara tunggu ayam ditos. Kita sediakan bahan-bahan untuk buat perapan ayam. Jika nak pedas, lebihkan cili merah, atau tambah cili padi.
Bakar bahan-bahan untuk dapatkan aroma smoky. Tu bukan terhangus, tapi memang sengaja dibakar sampai macam tu. Jika tak nak bakar, celur bahan-bahan sampai lembut.
Lepas bakar, masukkan dalam pengisar. Letak oregano, parsli dan serbuk paprika. Kalau tak ada paprika, guna serbuk cili pun boleh.
Perah separuh lemon. Saya tak ada lemon, jadi saya gantikan dengan limau nipis.
Masukkan minyak 2 sudu. Boleh guna minyak zaitun, minyak sawit, minyak jagung, dan sebagainya. Letak garam dan gula secukupnya, dan kisar sehingga halus.
Tuang bahan kisar ke atas ayam. Perap ayam selama 1-2 jam dalam peti ais agar ramuan meresap ke dalam isi ayam.
Di Nando’s, ayam dibakar atas api. Di rumah kita bakar dalam ketuhar sahajalah. Tapi untuk dapatkan kesan “bakar”, kita bakar atas kuali dulu. Kalau nak bakar atas kuali macam ni sampai masak pun boleh.
Bakar dua-dua belah. Sementara bakar ayam atas kuali panaskan ketuhar dahulu ke suhu 180°C.
Dah ada kesan bakar, boleh angkat ayam dan letak atas dulang pembakar. Alas kertas minyak supaya mudah nak bersihkan dulang nanti.
Kelar ayam, dan masukkan dalam ketuhar. Set oven pada 180°C, bakar selama 30 minit jika oven ada setting convection.
Jika tak ada setting convention, bakar lama sikit. Dalam 45 minit. Jika tak cukup lama, nanti dalam dia tak masak.
Sementara tunggu ayam dibakar. Kita sambung buat sos peri peri. Bahan perapan tadi, kena tambah air dan ditapis. Kalau tak tapis, nanti sos berketul-ketul.
Cantik warna sos peri-peri ni, kan? Panaskan. Tambah garam dan gula secukupnya. Sos ni patut rasa pedas, dan masam. Kalau tak cukup masam, perah lebihan lemon tadi. Limau nipis saya dah habis, jadi saya tambah cuka untuk tambah masam.
Rasa dah OK, tapi sos ni kurang likat, jadi saya pekatkan dengan tepung jagung. Sos likat baru melekat pada ayam.
Yeya ayam dah siap bakar! Bau ayam, bau sitrus memang mengancam. Semerbak bau dia bila keluar dari ketuhar.
Semasa saya siapkan ayam. Isteri saya buat coleslaw dan goreng kentang. Coleslaw tu dia buat dengan kobis, lobak merah, bawang, mayonis, garam dan lemon. Eh, ada lemon? Biasalah kalau suami cari mesti tak jumpa. Kena isteri juga cari.
Hidang cantik dalam pinggan. Paduan ayam yang di tuang sos peri-peri yang pedas, dan coleslaw yang lemak dan sejuk, memang menyelerakan. Kentang tu pun sedap cicah dengan sos peri-peri.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nasi lemak boleh dimasak mengikut selera masing-masing. Nasi juga boleh dimasak dengan pelbagai cara untuk menaikkan lagi selera. Salah satunya adalah resepi nasi lemak pandan.
Nasi lemak Asli Pandan. Autentik.. anak zie makan nasi saja dah separuh pinggan.. sedap katanya. Lemak, masin wangi nasi tambat selera sekeluarga
Bahan-bahan:
🌼3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI @sajimalaysiaofficial
🌼2 biji bawang merah dihiris
🌼2 sudu besar minyak kelapa
🌼1 kotak kecil santan SAJI
🌼2 cubit garam
🌼4 keping hirisan halia
🌼15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja
Cara penyediaan:
Basuh beras 3x dan masukkan santan, garam, bawang,halia, minyak dan air pandan lalu kacau sebati. Sukatan air seperti masak nasi biasa. Siap.
Bahan Kisar Sambal Nasi Lemak:
🌻5 biji bawang besar
🌻5 biji bawang merah
🌻3 ulas bawang putih
🌻1 inci halia
🌻15 ekor ikan bilis dibasuh dahulu
🍹kisar semua bahan diatas.
🍎2 inci gula melaka
🍎1 sudu belacan
🍎5 sudu besar cili kisar atau ikut pedas disukai
🍎1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara : Tumis Bahan kisar bersama cili kisar dgn api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan semua bahan berbaki dan masukkan 1 gelas air reneh dgn api perlahan hingga kuah memekat dan bewarna merah gelap. siap.
Pening juga kepala bila melayankan si kecil yang jenis memilih makanan. Hanya makan makanan yang dirasakan bersesuaian dan tidak berani untuk mencuba.
Membiasakan anak dengan ruang dapur dan memberi peluang untuk membantu urusan ibu di dapur sebenarnya membuka lebih minda pada anak kecil dalam memilih makanan. Malah mengelakkan anak jadi picky eater. Jom ikuti perkongsian Dietitian, Fizah Sobri.
Awal lagi nak start anak buat keje rumah. Relax dulu..tunggu masuk sekolah baru buat. Tak juga.
Sebenarnya antara teknik saya nak galakkan picky eater atau anak anak yang memilih makan adalah untuk mereka melibatkan diri dalam kerja kerja rumah, terutamanya yang ada makanan. Contoh: basuh sayur dan buah, tolong potong, tolong basuh beras, basuh pinggan, tolong set meja
Kenapa anak memilih makan ada kaitan dengan buat keje rumah?
1. Anak anak belajar main melalui ‘play’ – Kita tak boleh bebel dekat anak sayur bagus, buah bagus kena makan. Mana ada, mereka belajar dengan main. – Masa buat keje rumah boleh buat ala game juga. Mana buah warna oren? Mana sayur yang pendek?
2. Bila anak buat, anak boleh rasa bangga – Anak tolong basuh beras..bangga – Anak tolong potong sayur dan buah..bangga Sebab dengan cara ni mereka rasa mereka sudah dewasa. Lagi seronok ketika penyediaan makanan lagi tinggi penerimaan anak terhadap makanan tersebut.
3. Boleh consistent – Faham kita yang dewasa nak konsisten makan sayur pun payah. Nak ikut #sukusukuseparuh tu pun payah, lagilah anak kan. Tapi masak boleh consistent, kalau tak masak susah lah nak makan kan (melainkan selalu beli dekat luar).
Aktiviti yang konsisten dan berterusan boleh jadi habit/ amalan untuk anak anak. Contoh: setiap kali masak ada lauk sayur, nanti aktiviti tersebut boleh dijadikan amalan kepada anak anak sampai dewasa dimana setiap kali dia masak mesti ada sayur.
Yes, galakkan anak anak buat kerja rumah. Kita tak nak besarkan generasi nak sapu rumah pun tak reti. Baik anak lelaki atau perempuan, sama je dua dua kena buat.
Jangan pula asingkan mana tugas girl dan boy. Takkan kerja rumah pun nak diskrimanasi jantina?