Buah cempedak selain digoreng sebenarnya boleh juga dibuat kek sebagai kuih kudapan petang. Bagi yang pertama kali ingin mencuba, boleh ikuti resipi yang dikongsi ini.

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Resipi Cempedak Butter Cake Viral, Buat Sendiri Memang Puas Hati! Gebu & Moist Sangat

Baca: Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini!

Ceritanya begini. Teringin nak makan cempedak butter cake, tiba tiba ternampak iklan online, maka beli lah 1 slice.

Resipi Cempedak Butter Cake Viral, Buat Sendiri Memang Puas Hati! Gebu & Moist Sangat

Peniaga letak harga RM7. Ingatkan slice dia ala ala secret recipe lah. Sekali sampai kek dia slide kurus nipis je. Masuk dalam paper bag kecik macam tu je. Alahai terasa mahal betul. Rasanya memang first and last la beli dari kedai tersebut. Takpelah.

IKLAN

So kitapun mula lah cari barang barang untuk buat cempedak butter cake sendiri.

Bahan bahan:

Pure butter anchor 227gram – rm10.50
Tepung bunga ros 850gm- rm2
Esen vanila -rm2
1 biji cempedak – rm10
Gula kastor – rm 2.80
Serbuk penaik – rm1
10 biji telur – rm 4.70

Jumlah harga rm33

IKLAN

Bahan bahan yang diperlukan untuk buat cempedak butter cake:
170gm gula kastor
250gm tepung serbaguna
250gm pure butter
200gm isi Cempedak (dikisar)
4 biji telur B atau 3 biji telur A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik diayak bersama tepung
Secubit garam
Isi cempedak boleh dipotong potong untuk hiasan

Resipi Cempedak Butter Cake Viral, Buat Sendiri Memang Puas Hati! Gebu & Moist Sangat

Cara pembuatan:

IKLAN
  • Butter pada suhu bilik dipukul bersama gula sehingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji dan dipukul rata. Langkah diulang sehingga sebati.
  • Masukkan bancuhan tepung (tepung +garam+ serbuk penaik) sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga bancuhan rata.
  • Masukkan cempedak yang dikisar. Guna konsep kaup dan balikkan supaya rata ke semua bahagian adunan
  • Panas kan oven suhu 190 celcius, api atas bawah. * sila observe suhu oven masing masing. Bergantung size oven juga.
  • Masukkan aduhan dalam loyang 7×7 atau 8×8. Kalau 8×8 agak rendah sedikit kek nya. Ketuk sekali untuk buang udara
  • Hiaskan dengan isi cempedak yang dipotong tadi.
  • Bakar selama 45minit-50minit. Boleh cucuk dengan lidi halus ditengah, bila tak melekat maknya dah masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Cempedak Butter Cake Viral, Buat Sendiri Memang Puas Hati! Gebu & Moist Sangat

Boleh dimakan berkali kali, malah boleh berkongsi dengan keluarga mahupun jiran jiran. Cake ini gebu dan moist. Memang berbau wangi cempedak satu rumah masa kek sedang dibakar.

Kredit: Arya E-ra

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Resipi Cempedak Butter Cake Viral, Buat Sendiri Memang Puas Hati! Gebu & Moist Sangat

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI